BAB 36

62 4 0
                                    

Andainya diberi dua pilihan sama ada untuk menyintai atau dicintai,

Pilihan yang mana akan  kita ambil?

Mencintai untuk disakiti atau dicintai untuk dihargai?

Semua terletak pada diri kita.


          Usai memakirkan kereta di tempat yang telah tersedia, kami berdua terus menuju ke tempat di mana majlis dijalankan. Belum sempat aku menjejakkan kaki ke dalam, suara seseorang di belakang memaksaku berpaling.

          Setelah mengenalpasti gerangan tersebut, senyuman kecil terbentuk di kedua-dua ulas bibirku yang dicalit oleh lipgloss. Kerja siapa? Siapa lagilah kalau bukan orang sebelahku. Awalnya aku menolak, last-last aku mengalah juga. Redha gitu.

           Nial melambai-lambaikan tangannya ke arah aku dan Azra sambil kakinya dipercepatkan ke arah kami. Azra pula kelihatan seakan-akan keliru dan terkejut melihatkan reaksiku. Aku menahan gelak dalam hati.

           Saat kakinya berdiri betul-betul di hadapan kami, dia tersenyum lebar dan menggosok lembut tengkuknya. Mungkin baru sedar tingkahnya yang agak kebudak-budakan sedikit. Hehe.

          'Hai Ara! Baru sampai ke?', katanya perlahan kepadaku. Aku tersenyum lalu mengangguk. 'Oh lupa! Ni Ara nak kenalkan, sahabat sejati Ara, Azra dan Azra, ni pulak Nial', kataku sambil memperkenalkan mereka berdua.

          Aku melihat kedua-duanya menunduk tanda salam perkenalan. Dalam mereka tidak sedar, aku tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Betullah apa yang aku rasa, mereka sangat sesuai digandingkan bersama. Comel!.

          Bunyi suara pengacara majlis, membuatkan Azra terus memegang erat tanganku serta membawa aku masuk ke dalam. Nial pula hanya mengekori dari belakang.

           Azra kalau kalut memang macam ni la. Aku membawa kakiku seiring dengan langkah Azra. Nasib baik dress yang tersarung ditubuhku longgar, bolehlah aku melangkah tanpa sebarang masalah.

           Kami bertiga melabuhkan duduk di meja yang telah disediakan. Kalau diikutkan, Nial sepatutnya duduk di meja yang sama dengan tetamu VVIP, namun, dia menolaknya. Last-last, meja yang diduduki aku dan Azra menjadi pilihannya.

           Kaif dan Leya pula duduk bersama-sama kedua-dua mertuaku dimeja VVIP berdepan meja yang diduduki kami. Awalnya, daddy mengajak aku duduk bersama-sama dengan mereka tetapi melihatkan reaksi yang kurang senang dari penghuni meja itu, aku terus menolak ajakannya.

           Langkah kaki dihayun ke arah meja di sebelah mereka. Ini bermakna secara automatik, kedudukanku adalah bertentangan dengan meja mereka. Azra dan Nial pula mengambil tempat di sebelah kanan dan kiri aku.

           Aksi mesra pasangan di depan yang sedang berbual mesra, membuatkan aku memendam rasa. Aku cuba mengawal rasa yang tidak patut bertandang buat seketika. Aku tidak mahu keseronokan ini hilang dek rasa yang mencengkam.

           Tapi, mataku tetap sahaja degil bukannya semakin dielak  malahan semakin asyik melihat ke arah itu. Pasangan tersebut juga seakan sedar dengan pandanganku. Mereka hanya tersenyum miring ke arahku sebelum menyambung tingkah mereka.

            Seketika, aku mengalih pandangan ke arah Nial dan Azra yang ralit mendengar celoteh pengacara majlis. Aku memaksa mataku fokus ke depan tanpa memandang kelibat insan yang sedikit demi sedikit mencalarkan ketenanganku.

              'Ok, tanpa membuang masa, dijemput CEO muda Syarikat ZAEL D'THEAL iaitu Tengku Kaif Rezza untuk naik ke pentas dan menyampaikan ucapan beliau. Usai pengacara berbicara, Kaif ku lihat berdiri dan naik ke pentas diiringi oleh beberapa orang pengiring.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Where stories live. Discover now