BAB 18

66 4 0
                                    

         Aku menatap wajah suamiku silih berganti dengan wanita di sebelahnya. Rupanya, Kaif tidak main-main dengan kata-katanya semalam. Kakiku masih lagi terpasak di muka pintu. Bebola mataku terus menatap wajah wanita merangkap maduku di sebelah Kaif.

        ' Cantik sangat! Jauh sekali jika hendak dibandingkan denganku yang hanya memiliki rupa yang biasa-biasa sahaja. Adakah itu salah satu sebab Kaif tergamak menduakanku' monologku sendirian.

         'Ehem! Daddy bila kita nak masuk dalam ni. Kaki mummy dah lenguh sangat ni' kata wanita itu sambil memaut mesra lengan suamiku. Aku hanya memandang ke arah mereka namun pandanganku terus terarah ke lantai bila melihat suamiku mencium pipi wanita itu di depanku. Umpama aku tidak wujud di situ.

      Seketika wajah wanita itu berubah tatkala menatap ke arahku. ' Kau ni lah kan madu aku. Hmm... tak ada lah cantik mana. Patutlah Kaif lebih sayangkan aku. Daddy, mummy nak masuk dalam lah, boleh tak daddy suruh perempuan ni bagi laluan. Menyemak je mummy tengok' katanya sambil menjeling ke arahku.

      Mendengarkan kata wanita itu, Kaif terus menolakku dan terus mengheret tangan maduku itu ke dalam rumah dan terus duduk di sofa yang sedia ada di ruang tamu. Aku menggagahkan kaki mendekati mereka. ' Weh perempuan! Kenalkan inilah isteri kesayangan aku, Leya'. Aku terus memandang ke arah Kaif apabila mendengarkan kata-katanya. Panggilan kepadaku juga turut berubah.

       'And mulai hari ni juga aku nak kau keluar dari bilik aku tu. Angkut sekali barang-barang kau dari situ. Sebab mulai dari sekarang, bilik tu akan menjadi bilik kami berdua. Kau faham tak!' . Aku tidak memberi sebarang respon mengangguk tidak, menggeleng pun tak.

       Aku tak boleh membiarkan perkara ini terjadi. Bilik tu satu-satunya tempat yang boleh aku gunakan untuk dekat dengan suamiku, tak mungkin aku akan menyerah kalah dengan begitu mudah. 'Ab..abang, saya boleh terima abang nak bawa dia masuk ke sini. T..tapi tolong jangan suruh dia duduk dalam bilik tidur kita berdua abang. Pl..please...' belum sempat aku menghabiskan kataku, tanganku terus diheret kasar ke tingkat atas di mana bilikku berada.

     Suamiku terus mengutip semua pakaianku dan baranganku di dalam bilik dan kemudian mengheretku ke bilik stor di sebelah dapur. Aku memandangnya hairan. Rasa sakit di pergelangan tanganku tidak diendahkan. 'A...ap..apa kita buat kat sini?' aku cuba untuk mendapatkan kepastian walaupun jawapannya sudah ku agak.

     Dia terus mencampak beg yang berisi pakaian dan baranganku di hadapan pintu bilik tersebut. 'Kau akan duduk dekat bilik ni mulai hari ini. Aku tak nak selalu menghadap muka kau. Asalnya aku nak bagi je kau duduk bilik lain tapi kau tak layak. Jadi, aku rasa inilah tempat yang paling sesuai untuk kau' katanya sambil memandangku sinis dan terus dia mengatur langkah cuba untuk beredar dari situ.

       Aku terus mengejar dan memegang lengannya ' Kaif saya bukan macam ni. Kenapa begitu mudah abang berubah?' aku cuba meraih sedikit perhatiaanya. Namun, dia merentap kasar peganganku dan tanpa apa-apa jawapan, dia terus meninggalkan aku sendirian di situ. Aku hanya mampu menahan rasa dan masih berharap semua ini hanya mimpi semata-mata.


Asalnya nak update 2/3 bab tapi enthlh mood menulis xde plk malam ni. Huhu.. Sorry kalau chapter ni mcam entah pape. Hope enjoy reading guys.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang