BAB 13

51 3 0
                                    

      Hari ini merupakan hari kelima kami berada di sini. Sepanjang percutian, kami sangat gembira. Satu fakta yang aku dapat tahu suamiku tersangatlah romantik. Hari ini kami sudah merancang untuk meluangkan masa di tepi pantai. Tempat favourite aku.

      'Sayang! Dah siap ke belum?' suamiku mendekatiku sambil mengambil alih tugasku memakai tudung. 'Dah! Jom abang. Sayang dah tak sabar ni nak tengok pantai' , aku pula yang mengheretnya.

       'Hey, sabar dulu sayang. Pintu ni tak kunci lagi', katanya dalam kalut dalam tangannya bertindak mengunci pintu bilik penginapan kami. Sampai sahaja di pantai, aku terus berlari duduk di gigi air. Suamiku hanya menggeleng sambil tergelak melihat gelagatku.

       ' Sayang, elok-elok lari tu. Kang jatuh pulak', aku pun terus berlari diperhatikan oleh suamiku. Setelah agak penat, aku menuju ke arah bangku yang diduduki Kaif. Aku terus bersandar di bahunya untuk melepaskan penat. Tangannya terus menggosok lembut kepalaku yang ditutupi tudung.

        'Sayang penat ea. Tu la abang dah cakap tadi jangan lari-lari" , aku hanya tersengih mendengarkan suara suamiku. Kami kemudian menikmati pemandangan indah yang disajikan di tepi pantai. Suasana yang nyaman di waktu petang amat menenangkan perasaan dan mindaku. Maklumlah, area rumah opahku juga berdekatan dengan pantai. Mungkin itu menjadi salah satu sebab yang membuatkan aku tertarik dengan pantai.

       Dalam menikmati pemandangan, mataku tertancap pada sebuah gerai yang menjual aiskrim.Kaif di sebelahku yang perasan arah pandanganku terus bangun. Aku melihat dia pergi ke arah tempat penjual aiskrim tersebut. Tahulah aku bahawa dia ingin membelikannya untuk kami. ' Hailah encik suami, tahu-tahu je apa yang isteri awak ni nak'.

           Aku memandang ke arahnya dan aku merasa pelik bila melihat wajah suamiku seakan-akan berubah ketika bertembung dengan seorang perempuan. Dari sudut pandanganku, mereka seakan mengenali antara satu sama lain. Namun, aku merasa gerun bilamana suamiku mendekatiku dengan riak wajah yang menakutkan dan perempuan itu ditinggalkan begitu sahaja.

        Tiba-tiba tanganku ditarik kasar oleh suamiku. Aku yang terkejut terus bangun. Ini kali pertama aku lihat wajah suamiku begitu bengis. Tapi apa yang aku pasti, lepas dia berjumpa dengan seorang perempuan kat tempat menjual aiskrim tadi, dia terus jadi begini.


Tak tahulah apa yang sis merapu. Anyways hope enjoy. Sorry guys kalau tak best.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Where stories live. Discover now