BAB 44

107 5 0
                                    

Hati terlalu penat untuk mencuba,

Ragaku turut terseksa menahan derita,

Pedihnya! sakitnya! hancurnya hatiku,

Hanya sendirian aku menanggungnya.




             Beberapa hari berlalu, hubungan kami semakin dingin. Aku sudah agak penat untuk mencuba memperbaiki hubungan antara kami. Makin lama hatiku makin sakit. Pernah beberapa kali terfikir sama ada perlukah aku mengalah atau terus berusaha menagih cinta yang tidak pasti.

            Aku mengambil keputusan untuk keluar bersama dengan umi dan Azra memandangkan sudah lama kami tidak meluangkan masa bertiga. Kami berjalan-jalan di dalam shopping kompleks sekadar mencuci mata.

            Setelah penat, kami duduk menjamu selera di food court sebelum pulang. Hampir 5 jam masa kami dihabiskan di sini untuk tengok wayang, makan dan berjalan-jalan. Badanku juga cepat terasa penat apabila berjalan terlalu lama. Aku tidak boleh terlalu aktif kerana tidak mahu kandunganku turut terjejas.

           Aku sangat gembira bila mana Azra memberitahu kami berdua bahawa tak lama lagi dia dan Nial akan bertunang. Akhirnya, impian aku tercapai untuk melihat mereka berdua bersatu.

              Sebenarnya, Nial pernah meluahkan perasaannya kepadaku namun aku menolaknya secara baik. Aku hanya menganggap dia sebagai abang. Dan kerana itulah aku menolak perasaannya. Dia hanya akur bila aku mengatakan hal itu. Dia juga kelihatan gembira bila dapat menjadi abang kepadaku.

               Kembali kepada Azra dan Nial, aku harap hubungan mereka akan berkekalan. Sesungguhnya, mereka berdua adalah insan terpenting dalam hidupku. Mereka juga selalu ada denganku tatkala senang atau susah.

               'Ara, saya nak pergi ambil kereta dulu. Ara dengan umi duduk dekat sini ea kejap'. Kata Azra kepada kami berdua.

                 'Ala, takpelah. Biar kitorang ikut awak sekali. Tak payah dah awak nak berhenti kat sini kejap lagi. Boleh terus gerak je', aku pula bersuara.

                 'Eh! tak boleh. Awak tu dah penat sangat. Kesian dekat baby dalam perut tu. Tengok umi pun sama. Saya tengok awak pun dah tak larat sangat dah tu. Sekejap je ea. Awak dan umi tunggu sini'. Azra terus berlari kecil meninggalkan kami berdua di sini.

                Aku mengajak umi untuk duduk di salah sebuah kerusi yang disediakan. Belum sempat aku melabuhkan duduk, kedengaran suara orang menjerit di kawasan itu membuatkan tingkahku turut terhenti. Aku terus bergegas ke arah itu untuk melihat apa yang terjadi.

              Aku melilaukan pandangan ke kawasan sekeliling untuk meminta tolong saat melihat seorang wanita sedang bergelut dengan peragut tetapi kawasan itu kelihatan sunyi. Saat mengenalpasti wajah itu, aku terus berlari ke arahnya. Mummy!

               Dia masih menjerit meminta tolong. Apabila sampai di situ, aku terus memukul peragut itu dengan beg di tanganku. Akhirnya, beg mummy berjaya ditarik. Peragut itu kelihatan agak marah sebelum pisau ditangannya ditoreh ke lenganku. Kemudian, dia melarikan diri bila melihat Azra dan umi mendekati kami.

                Aku menekup tempat torehan dengan tangan kiriku dan bergerak ke arah mummy. 'Mummy ok ke? Ada cedera kat mana-mana?', aku bertanya risau ke arahnya. Melihatkan gelengannya, aku berasa lega.

                 'Darah!', mummy menunjuk ke arah kesan torehan. Dia cuba menyentuhku namun terhalang tatkala suara cemas Azra dan umi menerpa di telinga kami berdua.

                'Terima kasih!', mummy terus naik ke keretanya dan bergerak meninggalkan kami bertiga. Aku hanya memandang pemergian mummy dengan ekor mata. Pertama kali dengar ucapan itu dari mulut mummy, walaupun pendek cukup bermakna.

              'Ya Allah, Ara. lengan awak berdarah ni. Jom kita pergi klinik'. Suara Azra cemas kedengaran.

               'Eh tak ada apa-apalah. Sikit je ni. Please Azra! Saya penat, nak balik dan rest je sekarang', aku cuba memujuknya. Dan dengan lemah dia mengangguk. Dia memimpin aku masuk ke dalam kereta. Dia mengambil first aid di dalam bonet kereta dan mencuci darah di lenganku sebelum dibalut.

              Keesokan harinya, aku bangun membersihkan diri sebelum solat subuh. Kemudian, aku membuat rutin harianku di depan cermin iaitu menggosok perut untuk memastikan bayi dalam kandunganku sentiasa aktif.

             Aku mengaduh tatkala ada pergerakan dari baby. Puas hati dengan keadaan itu, aku terus mengambil langkah untuk keluar dari bilik dan memulakan tugas harianku membersihkan rumah.

               Pergerakanku agak perlahan disebabkan kandunganku yang semakin membesar. Siap memasak, aku membasuh kain dan membersihkan rumah. Apabila merasakan pinggang sedikit lenguh, aku berehat sebelum menyambung kembali tugas.

                 Semua ini perlu disiapkan sebelum Kaif dan Leya bangun. Kalau tidak adalah habuan yang aku akan dapat. Aku menilik jam dinding, hampir pukul 8 pagi. Tanpa berlengah, aku terus menyusun pinggan dan gelas di atas meja serta meletakkan hidangan di situ.

                 Kaif dan Leya terus melabuhkan duduk di atas meja. Dalam tanganku sibuk mencedok nasi ke dalam pinggan mereka, perutku terasa sedikit senak. Aku terus bertindak memegang perutku. Dua pasang mata hanya melihatku bersahaja tanpa sebarang reaksi mahupun tindakan.

             Aku duduk di salah satu kerusi untuk mengurangkan rasa senak. Tapi...

               'Hei! Siapa suruh kau duduk kat sini ha! Kau tak nampak ke kami nak makan ni'. Nada kasar yang biasa digunakan Kaif terhadapku.

                'Abang, sayang minta maaf. Anak abang dalam perut ni aktif sangat. Tu yang sayang duduk, sebab rasa senak sikit'. Tanganku terus bertindak menyentuh perut.

                'Dah berapa kali aku cakap! Jangan pernah babitkan aku dengan budak dalam perut kau tu! Aku takkan pernah anggap dia anak aku. Kau faham tak! Sekarang aku tak kira, aku nak kau bangun dan blah dari sini. Tak payah nak menyemak depan mata kami. Hilang selera aku tahu tak'. Sekali lagi kata-kata kasar dilontarkan kepadaku.

             Aku tanpa banyak bicara, bangun perlahan-lahan dari kerusi sebelum menapak meninggalkan mereka berdua. Sempat lagi aku mendengar perkataan 'menyusahkan' terbit dari mulut mereka.

           'Baby! Jangan marahkan papa ea.  Papa tak sengaja cakap macamtu dekat baby tadi. Papa tengah penat tu sebab tu marah-marah. Tapi, mama yakin suatu hari nanti papa akan terima kita. Inshaallah'. Aku menyeka air mata yang terbit dari tubir mata dengan menggunakan ibu jari. Bilikku dituju.


Assalamualaikum guys, hope semua sentiasa happy even still dalam mood pkpb. Anyway,  new chapter for today. Sorry kalau x best n cliche sangat. Hope u guys enjoy. Peace. #stayathome

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Where stories live. Discover now