BAB 4

60 3 0
                                    

       Malam itu, setelah siap makan malam, kami duduk di ruang tamu sambil menonton TV. Ibu datang ke arah kami semua sambil menatang dulang minuman dan pinggan berisi karipap. Kami terus makan dan suamiku pula menyuapkan aku. Aku pun dah redha dah. Jadi layankanlah angin manjanya.

      Ibu kemudiannya menepuk pahaku. Aku kalih ke arahnya. 'Ada apa ibu?' tanyaku.

   'Ibu nak tanya ni. Lupa nak tanya tadi. Bila Kaif nak bawa anak ibu balik ke rumah keluarga belah sana pula?'.

     Suamiku yang sedang menyuapkan karipap ke mulutnya, berhenti dan menjawab pertanyaan ibuku, 'Kaif berniat nak bawa Ara ke sana esok ibu sebelum pindah ke vila milik Kaif dekat Shah Alam 3 atau 4 hari lagi.

    ' Oh begitu. Ha adik, baju dah kemas ke belum tu? Kan esok kelam kabut pula nak mengemas la apa la.' tambah ibuku lagi.

   Aku menggeleng sebelum menjawab ' belum lagi ibu. Adik rasa lepas ni, terus adik kemas barang-barang tu'.

    ' Ha! Baguslah kalau macam tu. Esok takdelah terkejar sana sini. Ni Kaif ayah nak pesan, jaga anak ayah elok-elok tau. Dia sangat penting pada kami. Kalau boleh kamu sabar dengan dia okay'. Kami hanya mengangguk mendengar kata-kata ayah.

    Masuk sahaja ke bilik, aku terus mengambil bagasi dan mengemas pakaian kami. Suamiku masih di bawah, berborak dengan keluargaku. Aku meyusun pakaian di dalam bagasi dan saat khusyuk dengan aktivitiku, terasa lengan seseorang melingkar di pinggangku sambil bibirnya mencium lembut pipi dan leherku.

     Aku hanya membiarkan kalau larang pun sama je. Asal dia bahagia pun dah cukup bagi aku.

   ' Sian isteri abang, banyak sangat nak kena buat. Meh abang tolong kesayangan abang ni kemas sekali, cepat siap sikit' kata suamiku lembut.

    ' Takde apalah abang. Tak banyak sangat pun. Lagipun ni dah tanggungjawab sayang' kataku sambil mencubit pipinya. Comel.

      'No, no! Abang nak tolong sayang jugak. Abang taknak la sayang penat sangat. Esok kita nak berjalan jauh', tambahnya lagi dan mencium dahiku sebelum melangkah ke arah almari.

     Aku hanya tersenyum melihat tingkahnya. Ya Allah, aku sayangkan suamiku sangat-sangat. Aku terlalu bahagia dengannya. Bilik kami dihiasi gelak ketawa sambil tangan kami lincah mengemas segala pakaian. Suamiku terlalu nakal dan aku happy melayan tingkah manjanya.

     Siap sahaja mengemas, kami berdua tidur di atas katil. Posisi aku adalah mengadap suamiku sambil berlapikkan lengannya manakala tangan suamiku memeluk erat pinggangku. Malam yang begitu indah berlalu begitu sahaja dan aku gembira dengan keadaan ini. Aku mengeratkan lagi pelukan antara kami untuk lebih selesa. Aku bahagia begini.


Manja dan nakal sangat si Kaif ni. Nasiblah Ara jenis yang redha je. Hhaahaha. Hope enjoy reading guys. Tq kpd yang sudi singgah and baca this story. 

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Where stories live. Discover now