BAB 33

83 6 2
                                    

Di satu sudut yang lain,

            'You! I ada berita gembira nak share dengan you. Si Kaif tu dah ignore terus permpuan tu. Kalau you nak tahu, dia lagi care and sayang I. Tak sangka begitu mudah nak raih perhatian Kaif. I puas sangat sekarang you. And I tahu, you pun mesti happy dengar benda ni kan'. Leya bercerita dengan teruja kepada seseorang di dalam talian sana.

             'Goodjob honey. I bangga dengan you. Ni yang buat I makin sayang dan cinta dekat you ni. Apapun, keep going on buatkan Kaif bencikan perempuan tu kalau boleh tinggalkan sekaligus perempuan tu. I nak tengok hidup Kaif hancur'. Lelaki di sebalik talian membalas memuji tindakan si kekasih hatinya yang berjaya menakluk hati seorang tengku atau boleh dikatakan musuh ketatnya.

               'Thanks baby. I happy sangat dapat dengar suara you macam ni. I pun tak sangka begitu senang nak perbodohkan si Kaif tu. You! Bila kita boleh jumpa dan spend time together again. I rindu sangat dekat you, baby. Tak best la cakap dekat fon je' kata Leya manja. Belum sempat lelaki itu membalas, bunyi ketukan di pintu membuatkan Leya terus menyimpan telefon bimbitnya di dalam tas. Dia terus memulakan lakonannya agar tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun.

               Ketika melalui laman, dia menghadiahkan senyuman sinis saat melihatkan reaksi Ara yang keruh melihat aksi mesranya dengan Kaif. Kemudian, mereka turut bergerak ke arah mummy yang berbual-bual dengan Nial tanpa langsung memandang Ara.

             ' Ha Fil! Alang-alang dah datang sini, apa kata Fil dinner je kat sini terus. Kejap lagi boleh jumpa daddy dan Nuwail terus', kata Mummy membuatkan Nial mengangguk akur. Lagipun, dia pun nak jumpa daddy dengan Nuwail. Bolehlah lepak lama-lama sikit dekat sini.

                'Ha! yang kau ni pula perempuan. Kenapa masih tercegat lagi kat sini. Pergi masuk dalam dan buat kerja kau. Kejap lagi kami nak makan. Pastikan kau masak sedap-sedap kalau tak, siap kau aku kerjakan' kata mummy garang sambil memandangku tajam.

              Aku sempat mengerling ke arah Kaif, dia hanya tersenyum sinis ke arahku tanpa ada riak kasihan sedikitpun kepadaku begitu juga Leya. Aku menggenggam kedua-dua tanganku untuk menahan rasa. 

          Manakala, Nial dan akak ku lihat turut terkejut. Mungkin tidak menyangka mummy sanggup menengking dan mengugutku di hadapan mereka.

               Aku berusaha mempamerkan senyumanku kepada mereka walaupun hati sedikit terguris dengan layanan diterima. Aku meminta maaf kepada mummy dan bangun dari dudukku sebelum mengangkat kakiku masuk ke dalam rumah. 

               Tempat tujuanku adalah dapur. Ye, sebagai menantu dan orang yang menumpang di rumah ini, aku tetap perlu menjalankan serta memenuhi segala arahan yang diberikan. Tiada sebab lain cuma aku menghormatinya sebagai ibu mertuaku.

              'Eh Ara tunggu! Jom Nial tolong Ara dekat dapur', kata-kata Nial mengejutkanku. Aku yang terpinga-pinga membuatkan Nial tergelak kecil.'Eh!macammana Nial ada....' Belum sempat aku menyudahkan kata Nial terus menapak masuk ke dalam.

             Aku mengangkat bahu dan terus bergerak menyaingi langkahnya. Setidak-tidaknya adalah teman untuk borak. Haish! Nial! Nial.

               Habis sahaja tugas memasak, kami terus memanggil dan menjemput semua orang makan. Aku mencedok nasi untuk semua yang ada di atas meja. Macam biasa, aku bergerak ke kerusi sebelah Kaif. 

               Sebelum sempat aku melabuhkan dudukku, dia terus menyuruhku menjauhinya. Aku menghiraukan pandangan penghuni di meja disebabkan rasa malu dilayan begitu oleh suamiku sendiri.

               'Maaf sebab adik lambat turun dan membuatkan semua orang menunggu'. Bunyi suara Nuwail mengalihkan pandangan semua orang di meja makan ke arahnya. Dia terus menggosok lembut lehernya mungkin malu disebabkan tumpuan yang diberikan kepadanya. 

               Aku menahan ketawa melihatnya. Aku merasakan dia terlalu comel pula berbuat demikian. Dia memakai baju t-shirt short sleeves dan kain pelikat sahaja. Mungkin baru selesai solat.

              Dia mendekati meja makan 'eh Ara! asal tak duduk lagi ni' dia merenung hairan ke arahku. Namun, serta-merta raut wajahnya berubah saat dapat membaca apa yang berlaku. 

           Dia melepaskan keluhan kecil dan aku terus menarik kerusi sebelah Nial, berhadapan dengan Nuwail yang duduk sebelah Kaif. Selepas itu, meja makan kembali sunyi. 

              Aku mengangkat muka saat mendengar suara manja Leya kedengaran. Aku memerhatikan tingkah Kaif dan Leya, hatiku menjadi sebak. 'Bila agaknya aku akan dilayan begitu oleh Kaif. 

            Aku sangat sakit menahan rasa ini sendirian'. Aku menundukkan wajah sambil berpura-pura makan. Seleraku hilang tiba-tiba. Makanan di dalam mulut dah rasa macam pasir, payah untuk aku telan.

             Apabila aku mengangkat wajah, mataku bertembung dengan Nuwail namun cepat-cepat ku alihkan. Aku tahu Nuwail nampak riak wajahku tadi kerana pandangan redup dihadiahkan kepadaku. Selesai makan, Nial meminta izin untuk pulang ke rumahnya. 

           Dia sempat meninggalkan beberapa pesan kepadaku serta kami juga sempat bertukar nombor telefon. Kaif langsung tidak memandang ke arahku, malah perhatiannya hanya tertumpu kepada Leya.

              Aku mengambil angin di luar rumah berdekatan kolam renang yang sudah tersedia di rumah ini. Suasana malam yang sunyi membuatkan aku teringat kenangan antara aku dan Kaif. Mana pergi Kaif yang mengambil berat, sayang serta cintakan aku?

              Aku hanya mampu mengingat kembali kenangan indah yang pernah kami lalui bersama.Tapi itu dulu. Sekarang semuanya sudah berubah. Masih adakah peluang untuk aku kembali ke saat bahagia itu?

             Aku akan tetap bertahan demi perkahwinan kami berdua. Selagi aku merasa yakin cinta Kaif kepadaku masih ada, aku akan perjuangkan. Walaupun aku terpaksa menanggung segala kesakitan serta ketidakpastian tentang arah hubungan kami.

             Kaif takkan tergamak menceraikan aku kan? Perkara itu masih berlegar-legar dalam fikiranku. Dia pernah berjanji akan terus bahagiakan aku namun semua itu seakan-akan hilang.

             Apabila bayangan itu lenyap, automatik pipiku terasa basah. Huluran sapu tangan membuatkan aku terus memandang ke sebelah. Aku mengharapkan itu Kaif, suamiku. Namun, hampa saat wajah Nuwail yang terlihat di kornea mataku. 

             Aku terus menyambut hulurannya dan dia terus mengambil tempat di sebelahku sambil masih menjaga jarak antara kami. Dia turut melakukan perkara yang sama denganku, mencelupkan kakinya ke dalam air kolam. Aku leka memandang suasana malam sampai terlupa kehadiran orang di sebelahku. 



Hai guys.. new update for today. Hope enjoy. Mood nak menulis lambat nau nak dtgnya. Hehe. Tapi, sebab tak nak drag lama sgt..so, nah... 

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang