BAB 11

51 3 0
                                    

       Ketika aku dan Kaif sedang menikmati suasana malam di beranda, Kaif bersuara lembut di telingaku sambil dia masih dalam posisi sama memelukku dari belakang. ' Sayang, jom esok kita pergi honeymoon?' Abang dah mohon cuti dah dan daddy dah izinkan lagipun kita belum sempat pergi lagi kan'.

    'Eh! Abang biar betul. Kerja abang dekat pejabat tu macam mana?' tanyaku untuk mendapatkan kepastian.

    'Ala, sayang ni. Macam tak nak je pergi honeymoon dengan abang. Ye la, abang kan tak penting. Mesti sayang dah bosan kan tengok muka abang', dia terus merungkai pelukannya sambil memandang ke arah belakang.

     Aku tidak menyangka pertanyaanku membuatkan Kaif terasa. Aku terus memegang kedua-dua pipinya serta mendongakkan wajahnya memandangku. Mata kami bertaut. ' Alahai encik suamiku, Tengku Kaif Rezza. Pandang sayang ni. Bukan maksud sayang macam tu tau. Sayanglah yang paling gembira dapat spend time lama dengan abang. Cuma sayang tak nak la abang susahkan diri sebab sayang je. Please! Jangan merajuk dengan sayang. Please! Please!' Aku mengelip-ngelipkan mataku sambil tunak memandangnya.

        Aku terlihat bibirnya seakan-akan ternaik membentuk senyuman kecil namun dia berdehem untuk menghilangkannya. Dia terus mengambil tanganku dan diletakkan di dadanya sambil kembali memelukku. 'Asal isteri abang ni cute sangat. Geram abang tengok. Dengar sini! Sayang tak pernah dan takkan pernah menyusahkan abang. Abang sanggup buat apa sahaja untuk sayang sebab sayang segala-galanya bagi abang. So, kita pergi ea' tambahnya lagi sambil menghadiahkan kucupan lembut di dahiku.

       Aku meletakkan kepalaku di dada bidangnya sambil kedua-dua tangannya melingkar kemas di pinggangku. Aku tersenyum dan mengangguk dengan permintaannya. Dan tidak semena-mena, badanku dicempung ke dalam bilik, dalam pada itu, aku terus menepuk lembut dadanya bila mendengar bisikan di telingaku., ' Sebelum itu, kita ber' honeymoon' dulu kat sini' katanya seterusnya menutup lampu bilik peraduan kami. Aku hanya merelakan.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Donde viven las historias. Descúbrelo ahora