𝓑𝓐𝓑 13

6.7K 282 26
                                    

"Antasya! Kita dah lambat sayang". Satu rumah dicari isterinya. Masih juga tidak dijumpai. Tengku Dayren mengeluh perlahan. Masih mahu bermain gadis ini?

Akhirnya dia membuat pilihan untuk mengemas baju dahulu. Tubuh dibawa naik ke atas. Almari baju dibuka bahagian Antasya kosong. Satu surat yang berada di tengah-tengah almari diambil.

Maaf... Jangan cari saya....

Tengku Dayren terduduk. Lagi sekali dia ditinggalkan. Kenapa malang sangat hidupnya? Dua kali dia memberikan hati dan ditinggalkan berkali-kali.

Telefon dicapai. Nombor telefon Antasya dicari. 3 kali deringan dan berangkat.

"Kenapa kau buat aku macam ni?"

"Maaf". Dingin dan tidak semesra dahulu. Suara Antasya berubah membuatkan Tengku Dayren terkedu. Mengapa cepat sangat berubah?

"Aku tidak perlu maaf kau. Aku perlukan alasan"

"Takda. Cuma maaf je saya boleh kata". Tidak berubah. Nada yang sama digunakan kepada Tengku Dayren.

"Kau hanya mainkan aku selama ni?". Tengku Dayren masih tidak berpuas hati. Takkan semudah itu.

"Saya buat semua ini untuk duit Tengku Dayren. Awak yang bodoh percayakan saya".

"Aku sayangkan kau....."

"Maaf. Saya tak sayangkan Tengku. Saya cuma sayangkan duit Tengku".

"Aku tak kisah kau nak ambil berapa banyak pun duit aku. Aku cuma mintak kau balik dekat aku. Tolong Antasya. Aku tak boleh hidup tanpa kau". Rayu Tengku Dayren. Dia tidak boleh. Dia sudah terlalu sayang.

"Maaf....". Talian dimatikan. Tengku Dayren pantas menghubungi kembali nombor telefon isterinya tidak berangkat. Berkali-kali dia mencuba masih sama. Lebih teruk telefon dimatikan oleh Antasya.

"Kenapa!". Tengku Dayren menghempas pintu almari. Dinding ditumbuk berkali-kali. Sehingga darah mengalir dari tanganya. Tidak cukup dengan itu. Cermin meja solek juga di tumbuk kuat sehingga pecah berderai cermin tersebut.

Darah disana-sini. Tidak dihiraukan tangan yang sudah ada serpihan kaca. Dia terduduk, dinding menjadi penyadar. Di dalam bilik itu air matanya mengalir lagi. Dan kerana seorang perempuan

Lagi....

Telefon diambil. Nombor Antasya ditekan lagi sekali. Beberapa kali deringan dan diangkat orang disana.

"Apa awak nak Tengku Dayren?".

"Kau..."

"Jangan ganggu saya lagi lah"

"Kenapa aku malang sangat....?". Wajah ditundukkan. Sambil air mata yang mengalir setia dia bertanya.

"Kalau tiada urusan saya tutup dulu". Baru sahaja Antasya ingin meletakkan telefon. Tengku Dayren berkata lagi

"Kenapa kau kejam sangat....?"

"Maafkan saya...". Panggilan dimatikan Antasya. Dia juga menangis. Dia juga perit buat keputusan secepat ini. Dia juga sama derita. Apa yang dirasai Tengku Dayren. Dia juga sama

Dia juga sudah sayang pada Tengku Dayren....

"Antasya...". Andarish mendapatkan kakaknya. Dipeluk tubuh itu. Menyuruh gadis itu menangis sepuasnya didalam pelukannya. Kenapa perlu terjadi begini?

"Andarish. Antasya sayang Tengku Dayren....". Ujar Antasya. Tersedu-sedu dia didalam pelukan adiknya. Hatinya terseksa. Dia mahukan Tengku Dayren....

"Iya Andarish tahu...". Belakang badan Antasya diusap perlahan. Sayangnya pada kakak-kakaknya tidak pernah terlebih ataupun kurang. Tapi entah mengapa Anhaura kata dia melebihkan Antasya.

[OG] : PENGGODA MR DUDA حيث تعيش القصص. اكتشف الآن