𝓑𝓐𝓑 24

4.5K 221 27
                                    

Tubuh disandarkan ke belakang. Memerhatikan gambar wajah si isteri yang tersenyum cantik dihadapannya. Dua jam sudah berlalu daripada dia pulang menghantar Indah. Dia memerapkan diri didalam bilik ini. Bilik kenangan dia dan Antasya. Lengkap di dinding gambar perkhawinan dia dan gadis itu. Termasuk gambar kahwin bertema mereka.

Lengkap ... Terlalu lengkap....

Dirinya sekarang seperti suami yang gilakan talak kepada isteri sendiri. Rambut sudah serabai akibat diramaskan tadi, kemeja yang rapi dari pagi sudah terbuka beberapa butangnya, tali leher yang melilit kemas di lehernya juga sudah menghilang dari pandangannya tadi.

"Kenapa awak sanggup duakan saya?". Tengku Dayren bertanya kepada gambar kaku dihadapannya. Seakan Antasya ada didepan mata. Jujur hatinya rindu. Rindu kepada isteri yang sudah menduakan dia. Kenapa perlu isterinya dikelilingi oleh lelaki?

Tidak cukupkah hanya dirinya disisi gadis itu sebagai gelaran suami? Tidak layakkah dia menjadi suami kepada Antasya Zara? Tidak cukupkah empat tahun yang dia gadaikan berpisah dengan isterinya sendiri? Terlalu malang rasanya dirinya sekarang. Kerjaya sudah cukup memberansangkan, nama dia mungkin sudah dikenali dunia, nama syarikat di bawah penguasaannya sudah terukir megah menjadi antara syarikat terbesar di asia.

Namun dalam cinta? Dia hanya seorang suami yang ditinggalkan oleh isteri sendiri. Diduakan tanpa rela. Kemana adilnya gelaran dia sebagai seorang suami?

"Awak tak pernah layan saya sebagai seorang suami. Apa hak awak nak kecewakan saya? Apa hak awak nak duakan saya Antasya? Mana hak saya sebagai seorang suami? Awak cuma tahu lari, lari dan terus lari....". Perasaanya diluahkan kepada gambar tersebut. Dia tergelak perlahan. Arak ditangan diambil dan dibawa ke bibir.

Meneguk sehingga habis. Perangai lamanya sudah kembali. Entah kali ini siapa pula yang akan menghentikan perbuatannya. Kalau dulu dia berhenti kerana sayang. Tapi sekarang dia mula kembali kerana cinta. Hatinya bagai dihiris pedang, perlahan dan cukup menyeksakan apabila melihat si isteri bersama lelaki lain.

Ditambah dengan dirinya yang diabaikan. Luka yang tadi akibat dihiris bagai disapu dengan garam pula. Pedihnya terlalu perit untuk diterima.

"Kenapa saya jugak yang perlu kecewa Antasya?". Kenapa terasa dunia terlalu kejam dengannya? Arak diletakkan sepenuhnya di dalam gelas. Lalu diteguk sekali harung

Tok... Tok...

Pandangannya teralih pada pintu. "Siapa?". Tiada jawapan. Tengku Dayren mendengus perlahan. Dia kembali memandang ke arah gambar dihadapannya. Menatap seluruh wajah yang sedang menyeksanya sekarang.

Tok... Tok...

Lagi sekali pintunya diketuk membuatkan Tengku Dayren mengalihkan pandangan ke arah pintu kembali. Dengan perasaan malas, dia bangun dari duduknya. Pintu dibuka. Matanya tidak berkelip memandang wajah didepan mata.

"Zara..."

"Hi kesayangan saya!". Tubuh Tengku Dayren ditolak ketepi. Meluru sahaja gadis itu melangkah masuk. Memandang teruja gambar yang tergantung di dalam bilik tersebut. Tengku Dayren hanya statik di depan pintu. Semua ini mustahil. Tapi ini yang dia tidak mahu lepas.

"Sayang...".

"Hmm..". Zara memandang Tengku Dayren bersama senyuman manis diwajahnya sebelum dia memandang kembali gambar yang tergantung cantik di dinding.

"Cantik... Dia cantik... Pengganti saya cantik...". Gambar Antasya diusap perlahan. Cantik. Iya cantik..

"Dia dah pergi...".

"Dapatkanlah dia balik... Abang, dia milik abang...". Entah bila gadis itu sudah berdiri dihadapannya. Mata mereka bersatu. "Dia takkan lari daripada abang lagi. Percayakan Zara abang, dia yang paling sesuai untuk abang".

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now