𝓑𝓐𝓑 42

3.2K 205 14
                                    

"Antasya...".

Dengusan lembut ditelingga Antasya membuatkan gadis itu kaku seketika. Matanya dikatup serapat mungkin, takut untuk dibuka. Tangan digenggam seerat rasa. Peluh? Iya dahinya berpeluh sedikit hebat.

"Antasya..."

Siapa? Hati tertanya, dari tadi suara lembut itu memanggil dirinya. Tapi siapa? Dia takut dan lelah, daripada dia berada di hospital lagi suara itu sudah tegar menemaninya. Tapi siapa?

"Antasya....".

"Siapa!". Antasya cuba beranikan diri. Mata dibuka, sekeliling dipandang. Dia tidak tahan. Suara itu menganggu akal dan fikirannya. Semangatnya yang ingin dipulihkan selalunya sahaja menjadi lemah kembali kerana suara itu.

"Siapa!". Kali ini dia bangun, melihat sekeliling bilik tidurnya. Kosong dan sunyi tanpa ada sesiapa. Jadi yang berbisik lembut di telingganya tadi siapa?

Hantu? Tak mustahil. Tapi hati sukar nak percaya. Hantu? Takkan lah.

Antasya turun daripada katil, hampir sahaja dia jatuh, kaki terasa sedikit lemah apabila bersentuh dengan lantai. Terasa bergetar dan menggigil. Nasib sahaja punggung sempat mendarat di atas katil terlebih dahulu.

"Day.. Dayren..". Suaminya dicari, nama dipanggil, tiada sahutan, hatinya resah. Sumpah dia tidak larat. Matanya mula meliar mencari keberadaan suaminya. Mana Tengku Dayren.

Lagi sekali dia bangun, masih sedikit lemah, namun dia gagahkan juga kaki melangkah ke arah pintu bilik. Takut menguasai diri berada dalam bilik sendirian tanpa teman.

"Hubby". Tengku Dayren dipanggil. Masih juga sama, tingkap yang memaparkan pandangan luar yang sudah gelap membuatkan dia tahu hari sudah malam. Mak Jah mesti sudah balik ke rumahnya.

Hatinya kembali resah. Berseorangan dengan gelap sangat tidak bagus untuknya tika ini. Antasya berpusing tubuh, menaiki tangga yang tadi sudah dituruninya. Namun saat mata terpandang bayang di dapur membuatkan keningnya bertaut pelik.

Siapa pula di dapur?

Hatinya mula berbelah bahagi ingin pergi melihat ataupun tidak. Beberapa minit berperang dengan diri sendiri. Antasya memutuskan untuk pergi melihat bayang siapa di dapur. Fikirnya mungkin Mak Jah yang belum pulang ke rumahnya.

"Mak Jah?". Perlahan, tiada sahutan. Diri mula bimbang saat melihat tiada siapa di dapur. Tiada bayang mahupun manusia. Jadi bayang siapa yang dia lihat. Tiba-tiba tubuhnya terasa disapa angin.

Sejuk. Antasya sedikit menggigil menahan sejuk yang terasa sehingga ke tulang. Mana pula datangnya angin? Mencari dan mencari akhirnya dia mendapat jawapan sebaik sahaja pandangannya teralih pada pintu dapur yang terbuka.

Air liur ditelan. Nafas terasa sedikit sesak, kejadian di kampung terimbas di dalam kepala. Sama, keadaan begini terasa sama dengan kejadian di kampung. Perlahan langkah diambil mendekati pintu dapur.

Baru sahaja tangan ingin mencapai tombol pintu, pintu dapur ditolak kuat dan kasar, Antasya yang tidak bersedia terus tertolak kebelakang, pinggangnya terhentak dengan meja yang berdekatan. Dia jatuh terduduk, tangan naik memegang pinggangnya yang terasa perit.

Sumpah sakit.

Kepala diangkat memandang siapa yang merempuh masuk. Seakan tidak percaya dengan mata sendiri, Antasya menggosok matanya sedikit kasar. Tengku Dayren didepan mata sedang memandangnya tajam. Tiada senyuman seperti selalu. Keadaan terasa suram dan dingin.

Tengku Dayren seakan orang lain.

"Hubby kenapa tolak pintu kuat sangat?". Dia cuba bangun namun tidak berdaya, pinggang terasa sakit yang teramat. Matanya dipejam menahan sakit yang terasa terlalu perit.

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now