𝓑𝓐𝓑 18

5.6K 265 10
                                    

"Aku tak bagi kau pilihan, aku bagi kau arahan. Tinggalkan Tengku Dayren. Dan aku akan perlahan-lahan bagi kau mati. Okay adik". Amaran Anhaura berlegar-legar di dalam fikirannya. Amaran mati dari kakak sendiri.

Kelakar kan? Kakak sendiri cakap terang-terangan akan ambil nyawa adik dia sendiri. Mungkin dia sudah tiada tempat di dalam hati Anhaura. Atau mungkin dia hanya musuh seorang Anhaura. Dia tidak pasti.

"Puan, kita dah sampai". Panggilan daripada pramugari yang bertugas dalam kapal terbang peribadi Tengku Dayren membuatkan lamunanya pasal Anhaura terhenti.

"Tengku Dayren?". Pelik. Dia lihat sekeliling sudah tiada orang. Takkan dia kena tinggal.

"Tuan dah keluar tadi. Tuan suruh saya pesan dekat Puan untuk turun sendiri. Ada kereta sudah tunggu Puan dekat depan". Lancar sahaja pramugari tersebut menerangkan apa yang dipesan Tengku Dayren dan pertanyaan Antasya.

Antasya mengeluh perlahan. Dia tersenyum nipis. Dinginnya Tengku Dayren sudah mula nampak. Sejak mereka berangkat dari Italy tadi mereka sudah tidak bertegur lagi. Lagi-lagi selepas dia meminta cerai. Wajah dan perlakuan dingin Tengku Dayren sudah dia rasai.

"Okay. Terima kasih". Senyuman manis diberikan kepada pramugari tersebut sebelum keluar. Bagasinya sudah tiada. Mungkin Tengku Dayren sudah ambil tadi. Sebuah kereta hitam sudah menunggu dia dihadapan pintu kapal terbang.

Pintu kereta dibuka seorang lelaki. Memberikan ruang untuk Antasya masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja Antasya masuk, kereta bergerak meninggalkan kawasan luas itu. Antasya dibelakang hanya diam. Sunyi mengusai suasana sebelum terpecah oleh soalan daripada pemandu peribadi Tengku Dayren mungkin?

"Puan nak singgah mana-mana sebelum balik ke rumah Tuan?".

"Takda. Terus balik boleh. Saya nak rehat. Kepala saya sakit sikit. Tapi kalau awak nak pergi mana-mana, saya ikut sahaja, saya tak kisah". Kepala dia terasa berat sedikit. Mungkin kerana penyakitnya. Ubat sudah dia makan secara sembunyi di dalam kapal terbang tadi.

"Kalau macam itu. Saya hantar Puan terus balik ke rumah ye? Saya takda tempat nak pergi".

"Okay, terima kasih. Kalau dah sampai awak kejutkan saya boleh?". Sumpah kepalanya terasa berpusing sekarang. Dia tidak larat.

"Baik Puan".

Antasya menutup matanya. Cuba menahan sakit yang semakin menjalar di kepalanya. Akhirnya dia tertidur tanpa sedar. Perjalanan yang panjang dia tempuhi harini membuatkan dia penat. Ditambah pula dengan sakit yang sedang dihadapinya. Berkali ganda perit yang diterima.

Dengan amaran Anhaura. Kedinginan Tengku Dayren kepadanya. Sudah cukup untuk dia merasai sakit yang berlipat ganda. Sumpah dia penat.

Pemandu dihadapan yang berbicara bersama Antasya tadi melihat belakang menggunakan cermin dihadapan. Topi yang dipakai dibuka lalu dicampak ke seat sebelah apabila sudah pasti Antasya sudah lena tidur.

"Kenapa perlu mintak cerai, takda jalan lain lagi ke selain cerai. Antasya". Tengku Dayren bertanya seolah Antasya masih terjaga. Stearing kereta dihentak perlahan melepaskan geram yang terbuku di dalam hati. Baru sahaja dia ingin buka hatinya mendengar penjelasan Antasya tentang lelaki yang dipanggil Dyler itu. Alih-alih cerai pula yang diminta gadis itu.

Benci sangat ke Antasya pada dirinya sekarang? Ataupun Antasya ada rahsia dengannya? Entahlah dia buntu!

Kereta dipandu ke rumah yang sedikit pendalaman. Rumah yang agak jauh dari orang menjadi pilihannya. Disana senang dia mahu kawal Antasya.

Hampir 3 jam kereta dipandu Tengku Dayren ke rumah yang baru dia beli setahun lepas. Akhirnya sampai di perkarangan rumah. Kereta diparking di tempat yang sepatutnya. Tidak sampai hati ingin mengejutkan Antasya, Tengku Dayren mengangkat tubuh itu. Kunci kereta diberikan kepada pengawal yang berjaga.

Pintu rumah awal sudah dibuka oleh pembantu rumah yang dibayar. 20 orang pembantu rumah dibayar untuk menguruskan rumah ini. Selalunya hanya sehari, dua sahaja dia disini. Paling lama pun seminggu dia akan duduk di situ. Tempat ini penuh dengan tumbuhan. Jadi untuk mendapat ketenangan ataupun 'melarikan diri' dari dunia luar sahaja dia akan datang ke sini.

"Sediakan kelengkapan untuk isteri saya. Letak dalam bilik sebelah bilik baju saya". Sebelum kaki melangkah ke tingkat atas dia memberikan arahan.

"Lagi satu sekejab lagi sediakan baju isteri saya untuk malam ni. Letak dalam bilik saya". Selesai memberi arahan dan mendapat anggukan daripada Ketua Pembantu rumah disitu dia melangkah naik ke atas bersama tubuh Antasya yang ada dalam dukunganya.

"Wah! Cantiknya Puan...". Pembantu rumah didalam rumah tersebut sudah mula bercakap sesama sendiri. Gadis cantik yang berada dalam dukungan Tuan mereka membuatkan mereka cemburu. Namun ada juga yang menganggumi kecantikan Antasya.

"Sudah! Atikah, selesaikan kelengkapan untuk Puan guna sekejab lagi. Wani, Daysa, dan Dawin awak bertiga selesai kelengkapan yang Tuan minta untuk Puan. Letakkan dalam bilik sebelah bilik baju Tuan, yang lain pergi buat kerja macam biasa. Tyra dan Fiqa tolong saya masak". Semua pembantu rumah mengangguk faham sebelum semua sibuk membuat kerja masing-masing.

Kehadiran Puan besar dalam rumah tersebut betul-betul mengejutkan mereka. Namun mereka juga mencuba yang terbaik.

Sementara kelengkapan Antasya disiapkan. Tengku Dayren menilik wajah isterinya. Tidak dinafikan Antasya memang cantik, dari mata sehinggalah bibirnya yang menawan. Dan iya dia memang sudah jatuh hati pada Antasya.

Tapi lain pula keinginan gadis itu. Cerai, cerai dan cerai. Itu sahaja yang dia pinta, dan perkara itu yang dia tidak boleh lakukan. Sebenci mana sekalipun dia pada Antasya. Dia tidak boleh melepaskan gadis itu. Dia cuma terlalu sayang....

Dan itu satu kesalahan mungkin?

"Uhmm...". Tiba-tiba Antasya memeluk tubuh Tengku Dayren. Sedikit terdorong lelaki itu ke hadapan. Tengku Dayren menepuk perlahan belakang badan Antasya.

Kadang-kadang cinta dipaksa menjadi benci untuk orang yang terpaksa menerima.
.
.
.
.
"Saya taknak duduk sebilik dengan awak. Boleh tak awak bagi saya bilik lain?". Berpeluk tubuh Antasya menuturkan ucapannya. Wajahnya tegang saat memikirkan pelukan antara dia dan Tengku Dayren sebentar tadi.

"Bagi aku waktu..."

"Saya dah curang dengan awak Tengku Dayren. Awak tiada harga diri ke? Atau buat-buat takda?". Pedas Antasya mengeluarkan kata-kata. Namun disambut dengan senyuman nipis oleh si suaminya.

Iya sekarang Tengku Dayren memang tiada harga diri. Dia lebih pentingkan hubungan suami dan isteri berbanding harga dirinya.

"Tengku Dayren tolonglah! Bercakap! Saya taknak buat sesuka hati saya menerjah sana-sini dalam rumah awak ni. Bagitahu saya, bilik mana yang patut saya pergi". Melihat tiada respon kesabaran Antasya semakin nipis. Dia bisu ke?

Akibat daripada geram. Antasya berdiri membawa bagasi ingin keluar daripada bilik tersebut, namun langkahnya terhenti saat lengannya di genggam lembut. Dia melepaskan nafas perlahan.

"3 bulan, bagi saya jadi suami awak untuk 3 bulan, kalau..., Kalau kita tak boleh juga pertahankan hubungan ni, saya lepaskan awak". Nama panggilan juga sudah ditukarkan menjadi lagi lembut dari dahulu. Dia akan mencuba sedaya upaya membuatkan Antasya mencintainya.

Dia tidak boleh kehilangan Antasya

"Baik...". Antasya bersetuju. Cuma 3 bulan sahaja dia perlu bertahan. Selepas 3 bulan dia takkan ada kerisauan lagi. Dia akan pergi dengan tenang.

"Tapi.... Dengan syarat saya". Sambung Tengku Dayren. Antasya takkan boleh lari lagi darinya.

Antasya mengangguk setuju. Cuma 3 bulan Antasya. Bertahan....

Iya bertahan dari jatuh cinta sahaja yang kau mampu lakukan sekarang...
.
.
.
.
.
.
.

1107

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now