𝓑𝓐𝓑 51

2.8K 138 6
                                    

"Hati-hati keluar dengan Indah, kalau ada apa-apa terus call hubby tau sayang". Rambut panjang hitam mayang milik Antasya dielus lembut. Rambut depan Antasya yang terkeluar daripada ikatan rambut yang dibuat isterinya itu ditarik lalu diselit ke belakang telingga sebelum wajah Antasya diusap perlahan.

Bukan berat hati nak lepaskan Antasya keluar. Cuma takut rindu hadir tanpa sengaja. Sudah lama dia tidak berjauhan dengan isterinya. Selalunya mana ada Antasya, pasti dia juga ada. Jarang sendiri-sendiri selepas dia kejadian dia kemalangan.

"Iyalah hubby, berapa kali nak bagitahu benda sama ni? Sakit dah telingga saya ni dengar pesanan hubby dari bilik tadi tahu tak". Antasya memuncung. Rimas dengan pesanan yang seakan tiada kata berhenti daripada Tengku Dayren. Jarak yang ada di antara dia dan suaminya dirapatkan sebelum tangan naik memeluk pinggang Tengku Dayren. Kepala didonggakkan memandang wajah kacak suaminya.

Maklumlah ketinggian tak menyokong sangat.

"Rasa lainlah sayang, lamakan kita tak keluar asing-asing. Selalu sayang keluar dengan hubby, kita dua. Sekarang sayang nak keluar dengan orang lain pulak, mestilah hubby banyak nak kena pesan". Kedua tangannya menekup wajah cantik isterinya. Kedua belah pipi putih gebu milik Antasya dicium sekilas sebelum bibir beralih arah dan dilabuhkan di atas bibir nipis kemerahan milik Antasya.

Dia cuma risau. Risau suami kepada isteri. Wajarlah kan?

"Hubby, saya ni 28 tahun, bukannya 8 tahun tau. Hubby tak payah risaulah, nanti kalau hubby risau, saya pun susah hati". Antasya membiarkan sahaja apabila bibir dan pipinya menjadi mangsa ciuman tanpa henti milik Tengku Dayren. Laju sahaja bibir itu mendarat di mana-mana wajahnya.

Pasrah.

Tapi biarlah asalkan Tengku Dayren tidak terlalu risau untuk membenarkan dia pergi.

"Sayang pergi lama ke? Nanti kalau hubby rindu macam mana?". Antasya tergelak. Alahai suami. Bisingnya macam kita nak lari jauh daripada dia gayanya.

"Janganlah rindu-rindu. Nanti susahlah saya nak keluar kalau hubby asyik rindu je".

"Kalau macam tu sayang tak payah keluarlah, sayang duduk rumah dengan hubby. Harini hubby cuti". Tangan diletakkan di atas bahu Antasya. Dia mahu Antasya batalkan sahaja niat ingin keluar petang ini. Biar dia sahaja yang meluangkan masa dengan Antasya.

Hanya dia dan Antasya. Tak perlu ada orang lain.

"Aip! Mana boleh macam tu hubby, takpalah harini je. Lepas ni kalau hubby cuti saya teman hubby, hubby nak pergi mana-mana saya ikut, deal?".

Tengku Dayren lambat-lambat mengangguk kepalanya. Rela tak rela sahaja melepaskan Antasya pergi. Biarlah harini sahaja pun Antasya keluar tanpa dirinya. InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja.

PIN

PIN

PIN

Bunyi hon kereta dari luar rumah membuatkan kedua-duanya memaling wajah memandang ke luar. Kereta BMW milik Indah yang sudah terparking elok di luar rumah mereka membuatkan Tengku Dayren mengeluh perlahan. Kepalanya diletak elok di atas kepala si isteri. Tangan yang ada di atas bahu Antasya tidak dialihkan.

Tiba-tiba hati jadi tak berapa rela pula.

"Sayang..."

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now