𝓑𝓐𝓑 35

3.5K 227 11
                                    

"Indah tak salah, Indah cuma mangsa keadaan". Suara Hairi memecahkan suasana tegang dan dingin antara Tengku Dayren dan Dyler yang ada di dalam wad persendirian Anhaura.

Cukuplah selama ini dia bertahan, menyembunyikan kebenaran, menggorbankan Indah sehingga Indah jadi seteruk ini. Dia sayangkan Indah. Sumpah dia sayang.

"Apa maksud kau?". Tengku Dayren mengalihkan pandangan. Dia tidak mahu gaduh dengan Dyler sebenarnya. Tapi lelaki itu asyik 'selamat' kan isterinya sahaja.

Habistu dia? Isteri dia pula macam mana? Apa yang Indah lakukan terlalu melampau dan tak masuk akal. Sudah gila ke gadis itu sehingga sanggup bermain nyawa?

"Indah jadi mangsa pukul pakcik dengan ibu dari kecil. Depan aku, belakang aku, Dato Syamsol dan Datin Maimon bantai Indah. Parut? Luka? Darah? Itu semua biasa dengan Indah. Aku rasa sampai sekarang dia kena bantai lagi dengan pakcik".

Berkerut dahi Tengku Dayren. Indah kena pukul dengan Dato Syamsol? Tapi bukan ke Dato Syamsol sayang sangat dengan Indah?

"Tapi Dato Syamsol bukan sayangkan Indah ke?".

"Sayang? Sayang sampai sanggup rogol Indah? Sayang sampai sanggup tampar Indah? Pukul Indah? Sayang sampai sanggup racun Indah? Tak, itu bukan sayang, itu pentingkan diri sendiri. Dato Syamsol, ayah paling tak berguna aku pernah tengok dalam dunia ni".

Semuanya terkedu. Rogol? Pukul? Racun? Kenapa perkataan yang keluar kejam untuk didengar semuanya?

"Aku selalu nampak Dato Syamsol layan Indah baik dekat majlis-majlis rasmi. Macam mana aku nak percayakan kau?". Masih sangsi, Tengku Dayren bertanya. Takkan nak percaya bulat-bulat.

Hairi tersenyum nipis. Dia tahu tiada siapa akan percaya kerana dihadapan media. Dato Syamsol seperti malaikat yang tidak pernah berbuat kesalahan kepada anaknya. Bodoh!

Sebuah pendrive dicampak ke atas meja.

"Kalau kau tak percaya kau tengoklah sendiri. Dalam tu aku ada rakam Indah kena pukul. Dulu aku pertahankan Dato Syamsol sebab aku sayang ibu aku. Tapi aku tak sangka, ibu aku pun sama. Syaitan bertopengkan manusia".

Dyler terus mencapai pendrive itu. Dicucuk ke telefonnya. Nasib sahaja telefonnya boleh cucuk pendrive terus. Tengku Dayren dan Dyler tengok bersama

Mereka berdua terdiam. Seakan tidak percaya dengan apa yang sedang dilihat oleh mata. Allahu. Cukup kejam dan zalim

"Tolong, Indah janji Indah akan cuba dapatkan Dayren. Jangan pukul I dah ayah! Indah merayu! Sakit ayah! Sakit!"

Tengku Dayren mengalihkan pandangan apabila terdengar namanya disebut. Rasa bersalah berbungkus dalam hati apabila tahu ada orang terseksa kerananya.

"Ayah sakit! Jangan pukul Indah! Indah janji tak keluar dah lepas ni. Indah janji! Sakit ayah! Tolong lepaskan Indah ayah...".

"Kau jangan makan 3 hari! Kau makan makanan kucing ni. Kalau aku tahu kau ambil makanan dekat dapur. Siaplah kau!".

Semuanya seakan terkesima dengan apa yang baru sahaja mereka dengari. Makanan kucing? Siapa sahaja akan makan?

"Kau memang tak berguna! Mampus kau! Aku dah letak racun dalam makanan kau! Mampus kau!! Senang hati aku!!".

Dyler menarik pendrive tersebut apabila jelas dimatanya melihat Indah sedang terbaring lesu dengan buih keluar membuak-buak dari mulutnya. Dia tidak sanggup untuk melihat lagi. Terlalu kejam.

"Apa kau buat dalam rumah tu. Takkan kau tengok dan rakam je?". Dyler bertanya seakan tidak percaya. Takkan Hairi hanya lihat Indah dipukul dan diracun depan mata?

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now