𝓑𝓐𝓑 9

6.7K 319 7
                                    

"Tengku saya dah siap mandi". Antasya keluar dari tandas sambil mengelap rambutnya. Namun langkahnya terhenti apabila terasa kehadiran seseorang sedang berdiri tegak dihadapan. Tangannya juga berhenti mengelap rambut. Dia memandang ke atas

"Tengku...."

"Jaga dia macam mana kau jaga Zara"

Tengku Dayren meletakkan tanganya diatas kepala basah Antasya. Matanya tidak lepas memandang wajah bingung itu

"Sayang dia selayaknya seorang isteri"

Tengku Dayren mengusap lembut rambut gadis itu. Wajahnya dibiarkan dingin. Tiada reaksi. Hanya membiarkan tangan mengusap lembut

"Dia milik kau, jangan biarkan sesiapa ambil tempat kau"

Tengkuk Antasya ditarik mendekati wajahnya. Bibir mereka bersatu. Matanya ditutup rapat. Menghayati suasana. Dia tahu Antasya masih lagi terkejut. Buktinya Antasya kaku dihadapannya.

10 minit berlalu, dia melepaskan ciuman dibibir gadis itu. Pantas sahaja mata hitam itu lari dari pandangannya. Bibir digigit perlahan. Tengku Dayren senyum. Pengalaman pertama. Biasalah tu. Tengkuk gadis itu dilepaskan. Lagi sekali kepala Antasya diusap sebelum dia berlalu keluar dari bilik mereka

Dia sudah mandi dibilik tetamu tadi. Fikirnya Antasya memerlukan ruang untuk memakai baju. Jadi dia ambil keputusan untuk mandi dibilik tetamu. Menghormati privasi gadis itu

Antasya memegang bibirnya yang dicium tadi. Senyuman tidak dapat ditahan. Dada dipengang. Laju!

Ahhhhh! Sukanya! Kita kena cium dengan Encik Husband! Kaki menghentak beberapa kali lantai bilik itu. Terlalu teruja dengan apa yang terjadi tadi. Tubuh dibaringkan di atas katil. Berguling-guling dia diatas katil

Nafas cuba distabilkan. Mencari nafas yang hampir hilang akibat keterujaan

"Sweetnya Encik husband kita!". Kaki menendang angin. Parah! Antasya sudah kritikal dengan ciuman Encik Suami. Akhirnya dia terbaring sambil mengingati moments tadi. Termenung punya termenung tidak sedar masa berlalu. Telefon diambil dan dilihat. Sudah pukul 12:30 malam.

Pintu bilik dilihat masih tiada tanda-tanda akan ada seseorang akan masuk. Dan parahnya dia juga tidak gantuk sama sekali. Entah kenapa matanya tidak terasa tidak mahu lelap

10 minit berlalu. Tetap tiada tanda-tanda Tengku Dayren akan masuk. Mana Encik Husband ni. Takkan malu pasal tadi. Matanya juga terasa segar bugar lagi

Akhirnya dia buat keputusan ingin mencari Tengku Dayren. Rambut yang sudah kering diikat sanggul tinggi. Kaki melangkah keluar dari bilik tidur. Berjalan sahaja kemana kaki terasa ingin melangkah dan akhirnya sampai dihadapan sebuah bilik. Pintu diketuk. Mana tahu Tengku Dayren ada didalam

Tidak mendapat jawapan. Dia buka pintu kayu itu perlahan-lahan. Ditilik apa yang ada didalam bilik itu dengan suasana gelap. Yang terlihat hanyalah rak kayu seperti rak buku memandang banyak buku tersusun disitu. Rembulan cahaya sedikit sebanyak membantu. Serasanya kalau tidak buka lampu pun okay lagi untuk membaca. Masih nampak lagi

Dia masuk kedalam lagi.

"Ye kau nak apa, kenapa masuk sini?". Suara garau itu jelas berada dibelakangnya. Dia hanya kaku berdiri takut ingin bersemuka

"Antasya, aku tanya ni?"

"Sa... Saya cari Tengku". Jujur

"Cari aku? Kenapa?". Dia sudah rasa tubuh tinggi itu melintasi sebelahnya. Berjalan kehadapan

"Saya tak boleh tidur". Kenapa jujur sangat ni. Dia mengikut langkah suaminya. Jika masuk kedalam lagi ada sebuah meja sesuai untuk membuat kerja. Dan ada lampu meja. Mungkin sebab itu Tengku Dayren tidak membuka lampu dihadapan. Lampu meja sudah ada untuk dia membaca

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now