𝓑𝓐𝓑 52

2.2K 125 15
                                    

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

Antasya menarik nafas sedalam mungkin berusaha menahan air mata yang ingin keluar memberitahu betapa sakitnya perasaanya ketika ini. Matanya memandang sayu di suami yang sudah sah menjadi milik yang lain. Tengku Dayren bukan milik mutlaknya lagi.

Sudah ada wanita yang lain. Sudah ada wanita yang akan menggantikan tempatnya nanti membahagiakan Tengku Dayren. Paling sakit untuk diterima. Wanita itu adalah Nawarah. Gadis yang membuatkan dirinya kehilangan anak kecilnya. Kenyataan ini terlalu kejam

Kepala ditoleh ke tepi apabila terasa ada tangan mengusap lembut bahunya. Wajah Indah yang tersenyum nipis kepadanya cuba dibalas. Senyuman cuba diukir. Namun gagal. Kali ini, diri sudah penat untuk menipu. Jujur hatinya hancur. Terlalu hancur.

"Kenapa you benarkan Antasya? Kenapa you tak lawan dia? You tahukan cinta Tengku Dayren hanya pada you". Antasya keluhan lemah dilepaskan perlahan. Sayu matanya memandang ke arah Indah.

"Kalau dia cintakan saya, dia takkan ada yang kedua Indah. Takpalah, saya terima kalau memang ditakdirkan saya akan berkongsi kasih suami saya dengan orang lain. Saya redha". Perlahan sahaja suara Antasya menjawab pertanyaan Indah. Kali ini dia gagal. Dia betul-betul gagal mempertahankan haknya.

Tengku Dayren sudah ada yang lain. Sudah menjadi kepuyaan yang lain. Sudah terima yang lain. Dia bukan lagi yang tunggal. Bukan lagi yang satu. Dia sudah bermadu. Dengan Nawarah.

"Tapi kenapa cepat sangat. You sendiri tahu Nawarah tu orangnya macam mana. Dia jahat Antasya, dia buat something yang tak terfikir akal. Macam mana kalau dia pisahkan you dengan Dayren. You tak takut?". Tegas bisikan Indah ditelingga Antasya sebelum matanya tajamnya beralih pada wajah Nawarah dan Tengku Dayren yang sedang bergambar dengan hantaran mereka.

"Takut, saya takut Indah, tapi saya pasrah. Saya terima apa sahaja yang akan jadi nanti. Walaupun Tengku Dayren kemungkinan akan ceraikan saya. Saya akan bertahan selagi mampu, asalkan dia bahagia, saya akan tumpang bahagia". Sunyi. Indah terdiam dengan jawapan pasrah Antasya. Dalam diam dia jatuh kasihan. Antasya. Gadis itu terlalu banyak derita.

"Saya nak pergi dapur sekejap. Nak tengok lauk untuk tetamu. Sekejap ye". Antasya bangun dari duduknya. Berkerut dahinya apabila Indah juga ikut bangun.

"I nak ikut you pergi dapur. Menyampah I tengok dua orang manusia tu". Tangan Antasya dipeluk erat sebelum kedua-duannya berjalan ke dapur.

Berita gembira yang ingin dikongsi bersama Tengku Dayren sebulan yang lalu bertukar arah apabila Tengku Dayren menyatakan hasrat ingin bernikah dengan Nawarah. Sudah semestinya mereka bertikam lidah dan terjadi pergaduhan besar. Tapi Tengku Dayren lelaki dan terlebih mampu.

Macam mana sekalipun dia menghalang. Tetap juga Tengku Dayren dengan keputusan yang sama. Takpalah dia mengalah. Dia mengalah sampai tiba waktu dia undur diri.

"Adik". Suara garau milik Dyler membuatkan Antasya menoleh. Dapur yang sudah diatur kemas dipandang sekilas, dia sengaja lari ke dapur. Tidak mahu melihat wajah suaminya. Bukannya dia tidak tahu, lirikkan mata Tengku Dayren masih tertumpu kepadanya.

"You okay?". Bahunya dipeluk Dyler. Terasa sedikit usapan lembut di tepi lengannya. Tangannya juga digenggam erat oleh Indah. Antasya tersenyum nipis.

"Okay, sikit je ni, kuman je". Antasya cuba tertawa dengan kata-katanya namun tetap terasa sakit di dalam hatinya. Masih berbekas di telingga ungkapan akad nikah yang dilafazkan Tengku Dayren sebentar tadi.

Mimpi ngeri. Iya semuanya terasa seperti mimpi ngeri.

"Antasya, kalau tak mampu, jangan setuju dari awal. Kan adik sendiri yang sakit hati". Kata-kata Dyler membuatkan tangan Indah laju sahaja menampar kuat lengan lelaki itu.

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now