𝓑𝓐𝓑 40

3.4K 214 11
                                    

"Kau.. okay?". Antasya memandang Indah yang berada disebelahnya. Nampak jelas berseri wajah itu, mungkin sedang bahagia dengan abangnya. Tapi dia? Ujian datang bertimpa-timpa. Kenapa dia tak mati sekali dengan anaknya. Lagi bagus kalau begitu.

Dunia... Terlalu kejam

"Tak". Air matanya mengalir lagi. Lagi? Ya, lagi dan lagi, entah berapa kali dia menangis dari waktu dia sedar, air matanya seakan meluahkan rasa, sedih, kecewa, sakit, derita.

Semuanya bersatu. Hati tidak terlalu kuat untuk berkata dia terima semuanya dengan rela. Tidak, dia tidak cukup rela lagi dengan kehilangan yang perlu dia tanggung sekarang.

"Aku tak tahu apa yang kau rasa, dan aku tak boleh nak kata sabar pada kau, sebab aku pun hampir gila dengan ujian aku sendiri, tapi aku datang sini aku nak minta maaf untuk semuanya, aku harap kau maafkan aku". Tangan menggengam satu sama lain. Kuat. Dia menyesal, cukup menyesal cuba merampas Tengku Dayren.

Dulu dia marah perancangannya ditukar begitu sahaja. Tapi harini, dia bersyukur, terlalu bersyukur dapat Dyler sebagai suaminya. Alhamdullilah, semuanya sudah terlalu indah sekarang. Hanya damai dan kemaafan, itu sahaja yang dia pinta sekarang.

"Dah lama saya maafkan awak Indah, saya tahu awak mesti bahagia dengan Dyler kan? Muka awak.. berseri". Air mata dikesat. Sudahlah, dia penat, wajahnya terasa perit asyik mengikis air mata dari wajah.

Cukuplah, cukup sampai sini.

"Iya, aku bahagia, terima kasih pada kau dan Tengku Dayren". Perlahan tangannya naik. Cuba mencapai jari-jemari mulus Antasya. Dia tahu gadis itu sedang lemah. Sama sepertinya dahulu. Lemah.

"Aku tahu perasaan penat nak menangis. Mungkin ujian kita berbeza, tapi perkataan ujian kita masih sama. Kehilangan, memang hati tak akan boleh terima sekarang, aku faham, dan aku tak paksa, tapi jangan sampai hati kau bengkak, terlalu taksub dengan sedih sampai bahagia depan mata kau abaikan. Jangan sesekali abaikan bahagia depan mata, aku... Aku hampir menyesal abaikan bahagia depan mata dulu. Jangan ulang kesilapan aku".

Dan lagi air mata Antasya mengalir. Entah mana perkataan yang keluar daripada mulut Indah buat dia terasa, tapi sumpah dia terasa. Baru tadi dia abaikan Tengku Dayren, melayan perasaan sedih kehilangan.

Ya Allah aku buat silap.

"Saya abaikan Tengku Dayren tadi, saya tengking dia, saya tak ada niat sebenarnya, tapi saya cuma, cuma terkilan, sedih dia tak percaya saya".

Indah menggengam tangan Antasya. Dia juga begitu, dia juga sama sahaja. Emosi tidak stabil. Kena salahkan dua-dua pihak. Tidak boleh hanya tanggung seorang diri.

"Takpa, Tengku Dayren mesti faham, emosi kau tak stabil, kau hilang anak, bukannya hilang benda lain. Tak apa kau tak salah". Indah menenangkan Antasya yang sudah mula menggigil tangan gadis itu.

Mesti perit.

"Assalamualaikum..". Perlahan. Hanya Indah yang menoleh, Antasya sudah masuk ke dunianya sendiri. Bibir digigit, tidak kisah siapa yang datang melawatnya.

"Kak Antasya dah okay?". Mendengar suara yang bertanya membuatkan Antasya yang termenung tadi mengangkat kepalanya. Membulat matanya memandang Nawarah yang berada dihadapannya.

Pembunuh! Perempuan ini pembunuh!

"Keluar! Kau keluar! Aku taknak tengok muka! Pembunuh! Keluar!". Antasya meliar. Tangannya dilayangkan ingin menghalau Nawarah, dia ingin turun dari katil namun ditahan Indah.

"Antasya sabar". Kuat.

"Keluar! Kau keluar! Aku taknak tengok muka kau! Keluar! Keluar!!". Makin kuat dan nyaring. Sehingga beberapa orang jururawat masuk ke dalam wad yang ditempatkan Antasya.

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now