𝓑𝓐𝓑 45

3.5K 205 26
                                    

"Sayang nak air tak?". Pinggang Antasya ditarik mendekat dengan dirinya. Berjalan seiring dengan langkah kecil isterinya sambil mata melilau memandang sekeliling pusat beli-belah

Ramai.

"Nak, hubby belikan boleh, saya nak beli waffle dekat kedai tu". Kedai hujung yang menjual waffle ditunjukkan kepada Tengku Dayren. Lelaki itu menganggukkan kepalanya dan melepaskan pinggang Antasya sebelum mereka membawa haluan masing-masing.

Tengku Dayren beratur di barisan yang sedikit panjang, biasalah air terkenal memanglah ramai. Sambil menunggu sempat matanya memandang ke arah kedai yang dituju Antasya. Melihat kalau-kalau isterinya itu sudah siap ataupun belum.

Orang yang terlalu ramai membuatkan pandangannya terhadap Antasya terbatas. Sekejap nampak sekejap hilang. Namun diusahakan juga sebaik mungkin untuk tetap melihat keberadaan isterinya itu

Hampir beberapa minit berdiri, akhirnya tiba giliran dirinya. Fokus diberikan kepada pekerja kedai yang ada dihadapannya itu. Memberi tahu apa yang dia inginkan, bayar dan dia harus menunggu seketika lagi.

Menunggu membuatkan matanya kembali beralih kepada kedai waffle yang dituju Antasya sebentar tadi. Tegak badannya yang tadi sedikit bersandar di kaunter apabila melihat isterinya sudah tiada disitu.

Kepala memandang kiri dan kanan berdekatan kedai itu. Masih juga tiada. Bimbang. Jantungnya berdengup kencang. Mana Antasya?

"Ini air Encik. Terima kasih datang lagi". Air dicapai pantas dan Tengku Dayren berlalu keluar. Sempat kepala ditundukkan ke arah pekerja kedai tadi. Langkah panjang dibawa ke kedai waffle sambil mata melilau.

Tiada.

Antasya tiada di kedai waffle.

Tengku Dayren berpusing. Dan akhirnya mula mengorak langkah apabila sudah yakin Antasya sudah tiada berdekatan situ. Langkah ingin dibawa ke kauter penguguman namun terhenti apabila mendengar ucapan salah seorang pengunjung di situ.

"Siapalah perempuan tadi tu. Cantik tapi macam gila je. Keluar nak langgar orang sana-sini".

Tengku Dayren membawa langkah keluar daripada pusat beli-belah itu. Pandangan terhala ke arah seorang perempuan yang sedang berdiri di celah-celah kereta sambil menutup telingganya diserang jalan.

Baju dan gaya tubuh sama seperti isterinya.

"Antasya?". Tengku Dayren pergi. Ingin mendekat dengan perempuan itu. Kiri kanan dilihat sebelum melintas jalan. Sudah yakin dan pasti tiada kereta baru dia melangkah ingin menyeberang.

Pon!

Kaki Tengku Dayren bagaikan terpaku di jalan raya saat mendengar bunyi hon yang dibunyikan. Perlahan wajahnya berpaling memandang ke mana arahnya bunyi itu. Dan tepat kereta itu sudah hampir dengannya.

Lari? Tak boleh, tak sempat, kakinya terasa dipaku disitu. Jantung semakin berdebar. Nafas sudah tidak teratur. Mungkin ini kesudahan dia. Mata ditutup serapat mungkin. Dia pasrah

Allah..

Berapa saat kemudian, dia terasa dirinya sedikit melayang ke udara sebelum jatuh menghempam tanah. Sakit terasa cepat menjalar seluruh tubuhnya. Tidak boleh bergerak langsung. Terasa kaku sahaja tubuhnya berbaring di atas jalan tar yang terasa panas saat menyapa wajah dan kulit.

Mata cuba dibuka, namun hampa, hanya kabur. Telingga juga seakan tiada bunyi. Kosong, kosong dan kosong.

Itu sahaja yang dia rasa sekarang. Kosong.

Dia tahu sudah ramai menggelilinginya. Dia tahu salah satunya ada Antasya. Dia tahu tapi dia tidak pasti. Dia terasa kekurangan sekarang. Di tidak tahu mana satu Antasya. Mana satu orang yang hanya bersimpati dengannya.

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now