𝓑𝓐𝓑 41

3.3K 227 19
                                    

Antasya diam memerhati tanah perkuburan di depan mata. Tepat, namun anak mata itu tidak tahu ke mana arah yang patut dia lihat. Yang pasti di dalam ruangan itu ada satu nyawa yang pernah hidup di dalam rahimnya.

Si kecil yang selama ini dia dan Tengku Dayren menunggu dengan kesabaran yang menipis. Dia sedih, dia terkilan. Siapa sahaja akan terima anak yang baru sahaja tahu kehadirannya pergi tanpa sempat membesar.

Terasa tangan mengusap belakang badannya membuatkan air mata Antasya yang tadi ditahan mengalir pilu. Lemah. Terasa paksa air mata keluar dari anak matanya.

Perit dan sakit.

"Kita balik rumah Opah, ambil beg baju dan jumpa Opah sekejab". Antasya menganggukkan kepalanya. Tingkap kereta ditutup, tubuh disandarkan, mata ditutup menahan rasa.

Apa lagi dia harap, Tengku Dayren untuk percaya? Tidak, lelaki itu lebih pentingkan hubungan darah yang memang ternyata jahanam untuknya. Kali ini dia malas, dia penat nak bertekak mempertahankan diri. Sudahlah, nak percaya ataupun tidak. Terserah.

Saat terasa kereta sudah bergerak semakin menjauh dengan tanah perkuburan, tangannya naik mencengkam lengan Tengku Dayren yang sedang memandu disebelahnya.

"Berhenti sekejab". Tengku Dayren ikut. Signal diberi, mata tidak tega untuk memandang Antasya. Dia juga lemah sebenarnya. Dia juga rapuh dalam diam.

Acah kuat? Iya itulah yang sedang dia buat sekarang.

Tingkap diturunkan Antasya. Dia memandang tanah perkuburan. Kepala ditoleh kiri dan kanan. Entah dia sendiri tidak tahu mana harus dipandang.

"Awak, maafkan mama tak jaga awak betul-betul, mama tahu mama salah, mama tak pertahankan awak, mama minta maaf, mama... Mama sayang awak, mama sayang awak sepenuh hati...".

Luahan Antasya membuatkan Tengku Dayren memandang ke arah tingkap memandu. Air mata mengalir dari matanya. Sumpah hatinya tidak kuat. Dia gagal. Dia gagal pertahankan anak dia sendiri.

Maaf sayang, papa gagal jaga awak dengan mama. Papa minta maaf.

"Kita gerak sekarang ye sayang". Dia tidak kuat. Tanpa persetujuan Antasya tingkap ditutup. Kereta bergerak pergi menjauhi tanah perkuburan yang menyimpan jasad si kecilnya.

Antasya tersandar di kerusi kereta. Air matanya tidak berhenti mengalir. Dikesat dan dilap, namun masih juga mengalir pilu. Tangan Tengku Dayren dicapai dan digenggam seerat yang mungkin. Dia nak kuat, tapi dia tidak mampu.

Maafkan mama ya sayang.

Tengku Dayren membalas pautan jari-jemari isterinya. Dia juga perlu kekuatan. Bukan hanya Antasya, dia juga lemah dan sakit untuk merelakan kenyataan ini. Dia juga manusia yang ada hati dan perasaan.

Emosi dia juga terganggu dan terjejas. Tapi dia sedar, kalau dia lemah, Antasya tiada tempat untuk kuat. Mereka sekarang hanya berdua. Tempat bergantung paling kuat adalah mereka sendiri. Terpaksa dia tipu diri sendiri.

"Dia takkan kecewakan ada mama macam saya awak".

"Tak, hubby yakin dia bangga ada mama macam sayang, kita relakan dia pergi ye sayang". Perlahan Antasya mengangguk. Ya Tuhan relakan hati, lepaskan dia yang hati terlalu inginkan.

Keadaan sunyi mencengkam suasana. Tengku Dayren mahupun Antasya hanyut dalam fikiran sendiri. Jari-jamari yang bertaut masih kekal erat menggengam satu sama lain.

Kuat, kuat dan kuat. Perkataan itu ditegaskan dalam fikiran masing-masing. Perkataan yang terpaksa menjadi sebati dalam hati dan akal sihat. Sedih? Cuba mereka ketepikan.

[OG] : PENGGODA MR DUDA Donde viven las historias. Descúbrelo ahora