𝓑𝓐𝓑 10

7.4K 330 6
                                    

Antasya memandang gerak-geri si suami dan seorang gadis yang dia sendiri tidak tahu dari mana. Muncul tanpa diundang dan sekarang bergelak- ketawa macam Tengku Dayren itu dia yang punya

Hello Tengku Dayren isteri awak dekat sini!

"Antasya..."

Terus pandangannya terhala pada si ibu mertuanya. Bibirnya yang tadi memuncung kini dihiasi dengan senyuman manis.

"Ye Puan sri"

"Aish jangan panggil saya Puan sri, panggil saya mummy, macam Dayren". Punggung dilabuhkan di sisi menantunya

"Ouh mummy...". Ibu Antasya ada mummy baru!

"Mana Dayren?". Dia tercari-cari anak terunanya. Takkan tinggalkan isteri sendirian pula

Tanpa menjawab Antasya menghalakan pandangan diluar butik pengantin. Di mana Tengku Dayren sedang berbual dengan gadis yang dia sendiri tidak kenal. Sudah la cantiknya melebihi dirinya. Macam mana kalau Tengku Dayren terpikat?

"Indah rupanya..."

"Mummy kenal". Indah itukah nama gadis itu. Nama pun Indah orangnya mestilah Indah juga bukan?

"Kawan lama arwah isteri Dayren. Indah Dahlia"

"Ouhhh....". Aku.... Cemburu....

"Antasya jangan risaulah, Dayren takkan suka dekat Indah punya". Puan sri Wardah memberi jaminan. Bahu menantunya ditepuk lembut. Tahu sangat apa yang berlegar dikepala gadis itu. Riak muka sahaja cukup menunjukkan segalanya

"Mana ada mummy". Antasya cuba mengelak. Takkan nak jujur... Malu woi!

"Dah, pergi cuba baju kahwin kamu untuk esok, Intan tolong uruskan menantu saya". Salah satu pekerja disitu dipanggil. Antasya bangun dari duduknya mengikuti langkah pekerja yang dipanggil Puan sri Wardah tadi

"Ini baju yang Puan sri lakarkan sendiri untuk Puan". Baju pengantin yang mewah dengan manik menjadi perhatian.

Jaw drop! Antasya ternganga. Cantiknya sukar untuk diungkap. Memang patutlah ibu mertuanya itu ada butik sendiri. Idea fesyen memang mengikuti tren!

"Puan suka?"

"Mestilah, cantik sangat, terima kasih". Intan dipandang dengan mata panda

Intan hanya tergelak perlahan. Comel betul menantu boss mereka ini.

"Saya tolong puan pakaikan"

"Okay!".

Sudah hampir separuh jalan dress itu ditubuh Antasya tiba-tiba telefon Intan berbunyi. Intan melihat pemanggil

"Hmm puan kalau saya jawab panggilan ni sekejab boleh? Ibu saya call"

"Boleh, boleh, pergilah, take you time". Tangannya mencapai zip yang belum ditarik dibelakang badan, menahan dahulu sementara Intan menjawab panggilan telefonnya

Nak zip sendiri tangan tak sampai sehingga ke atas. Biasa lah hidup orang yang akan tinggi memang macam ni. Nak tengok cermin pun tiada cermin disini. Cermin besar ada di tempat lain. Entah kenapa berasingan. Hampir 10 minit menunggu akhirnya dia terdengar bunyi pintu dibuka. Terus wajahnya dinaikkan

"Intan.... Tolong zipkan". Badannya sudah sejuk. Namun sentuhan jari yang berlainan dibelakang badannya membuatkan dia tersentak. Badannya kaku

Siapa ni?

"Sejuknya badan...". Bisikan ditelinggnya membuatkan bahunya ternaik sedikit. Geli dengan bisikan yang terlalu hampir ditelingga

Tapi suara ini.....

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now