𝓑𝓐𝓑 39

3.1K 201 10
                                    

"Isteri encik kami dapat selamatkan. Nasib sahaja dibawa cepat ke hospital..."

Tengku Dayren memandang ke arah Antasya, pintu ditutup sebelum langkah perlahan diambil dan dibawa mendekati isterinya. Wajah lebam isterinya diusap perlahan.

Mesti sakit.

"Puan Antasya kehilangan banyak darah, tapi alhamdullilah ada darah dalam simpanan kami yang sama dengan darah Puan Antasya dan ada juga yang dermakan darah untuk Puan Antasya...".

Bersyukur? Sangat!

Tangan isterinya dicapai dan dicium berkali-kali. Memuaskan rindu yang bertandang dalam hati. Kalaulah dia bertegas membawa Antasya bersama. Pasti semua ini takkan terjadi.

Tapi

"Dan apa yang saya nak cakapkan seterusnya ini agak... Saya harap encik bertabah, kandungan isteri encik kami tak dapat selamatkan, maaf isteri encik keguguran..."

Tersentak? Siapa sahaja takkan tersentak apabila diberitahu isteri sendiri sedang keguguran. Begitu lama mereka menanti si kecil itu untuk hadir. Dan sekarang, si kecil itu sudah pergi meninggalkan mereka.

Sumpah tidak mudah untuk dia terima apa yang baru sahaja diberitahu. Kalau Antasya bangun, apa dia mahu jawab?

Anak mereka sudah meninggal. Ya Allah perit untuk dia terima.

"Dan saya rasa Puan Antasya dipukul. Banyak lebam yang saya jumpa di badan Puan Antasya, sama ada di wajah ataupun tubuh badan dia... Ini hanya andaian saya, mungkin Puan Antasya hampir dirogol"

Tangan Antasya menggengam erat, pasti dia akan cari siapa yang lakukan perkara terkutuk itu pada Antasya. Sampai lubang cacing dia akan cari, dia janji.

Hubby janji sayang.

"Dayren". Suara daripada belakang membuatkan Dayren mengesat air matanya. Dia menoleh memandang Faris yang baru masuk ke dalam bilik wad Antasya.

"Bila kau sampai?". Tengku Dayren bertanya. Cukuplah sekadar berbahasa. Dia juga bukan dalam keadaan yang baik sangat untuk berkata-kata.

Hatinya dibawa mati dengan tubuh lemah Antasya dan anaknya yang sudah dikebumikan tadi. Sayu hatinya, saat memegang janin yang diberikan pihak hospital kepadanya tadi.

Kecil. Masih tiada rupa. Sebesar ibu jari sahaja anaknya. Jantina juga dia tidak tahu apa. Sumpah sayu sungguh hatinya saat kebumikan si kecil itu. Bagai membawa separuh hatinya sekali masuk ke liang lahad

"Baru je, teruk isteri kau". Komen Faris membuatkan Tengku Dayren memandang kembali isterinya. Makin dia lihat wajah lebam isterinya itu. Makin bertambah sayu dalam hati.

"Entahlah". Tangan isterinya digenggam kembali. Sayang bangunlah. Rindu.

"Kau dah tahu siapa yang buat ke?". Kesian dia lihat Tengku Dayren yang kelihatan lemah. Baru sahaja nak bahagia. Datang lagi dugaan yang tidak terduga

Takpalah, Allah sayang.

"Belum, tapi adik sepupu aku kata dia nampak Nawarah dan Daus keluar dari laman rumah sebelum diorang jumpa Antasya, aku pun tak tahu nak percaya ke tak?". Tidak bermaya. Semua yang keluar daripada mulut Tengku Dayren semuanya lemah.

Sumpah dia tidak cukup kuat untuk membincangkan hal ini. Takut berdendam. Sudahlah keluarga sendiri.

"Habistu, kau nak biarkan je? Lebam isteri kau dia kerjakan. Kau pun ada beritahukan, yang Nawarah tu memang tak suka dekat Antasya, ataupun kau report polis. Ini kes rogolkan?". Tengok dari lebam, kuat betul tangan yang memukul. Kalau dera takkan Tengku Dayren pula yang dera Antasya? Dia pasti ini rogol

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now