𝓑𝓐𝓑 15

6.2K 283 21
                                    

"Setia awak tak akan menjamin kebahagian awak dengan dia Dayren. Ceraikan dia. Entah-entah sekarang dia dah ada orang lain dah Dayren". Indah berkata. Kesian. Iya dia kesian lihat Tengku Dayren yang bermati-matian setia pada orang yang dia sendiri tidak pasti masih wujud ataupun tidak.

Sudah 3 tahun gadis itu menghilang. Tiada langsung khabar berita yang diterima orang disini. Entah masih hidup ataupun sudah tiada. Mereka sendiri tidak terlalu pasti. Dan lelaki ini pula tidak pernah berhenti untuk setia.

Dalam masa 3 tahun Tengku Dayren sudah memegang gelaran jutawan di usia muda. Setiap kali ditanya pasti dijawab. Semua kekayaan dia milik Antasya. Mereka semua tidak boleh berkata apa sudah. Lagi-lagi apabila Puan sri Wardah menyokong Tengku Dayren untuk setia.

"Indah, kalau setakat awak datang sini nak suruh saya ceraikan isteri saya. Saya rasa baik awak balik. Keputusan saya muktamad. Antasya akan jadi isteri dia sampai bila-bila". Tenang sahaja Tengku Dayren berkata. Mata langsung tidak memandang Indah. Rimas ditanya berulang kali soalan yang sama.

Mummy dia sendiri tidak bertanya pasal hal ini. Kenapa perlu orang luar beria-ria menyuruh dia cerai? Biarlah dia setia. Diri dia bukan menyusah orang lain untuk dia setia.

"Tapi Dayren...."

"Keluar"

"Saya taknak awak kecewa!"

"Saya takkan kecewa. Saya bukannya budak-budak untuk orang lain beritahu apa yang bagus atau tidak untuk hidup saya. Saya dah dewasa untuk atur hidup saya sendiri. Jadi tolong hormat keputusan saya".

"Apa yang awak nampak dekat Antasya tu? Anhaura kakak dia saya rasa lagi baik daripada Antasya. Dia selalu ada untuk awak. Tak boleh ke awak bagi dia peluang Dayren?".

"Tak"

"Dayren tolonglah!"

"Awak bukan sesiapa untuk tentukan hidup saya Indah! Keluar!". Mendengar suara yang sudah mula meninggi dari Tengku Dayren. Indah terus sahaja mencapai beg tanganya.

"Yang baik ada depan mata awak sia-siakan. Nak jugak yang dah tinggalkan awak. Awak memang buta Dayren". Ucap Indah sebelum keluar dari pejabat milik Tengku Dayren

Tengku Dayren melepaskan keluhan. Badan disandarkan ke belakang. Penat untuk meninggikan suara untuk perkara-perkara begini. Bukan sekali atau dua kali. Banyak kali masalahnya.

Rimas!

"Maaf menganggu Tuan Dayren. Pengganti PA Tuan dah sampai".

"Suruh dia masuk bilik saya".

Tok...tok

"Masuk!"

"Maaf mengangguk Tuan...." Suara seorang gadis membuatkan Tengku Dayren mengangkat wajahnya. Dia terkedu melihat wajah dihadapan

"Zara..."

"Macam mana Tuan tahu nama saya?". Pelik. Dia baru sahaja masuk ke dalam pejabat ini dan boss barunya sudah tahu namanya. Tidak sempat dia kenalkan diri lagi

"Nama awak Zara?". Macam mana boleh sama?

"Iya Tuan. Bunga Zara nama saya tapi orang selalu panggil saya Zara. Saya PA baru tuan". Terang Zara.

Tengku Dayren terdiam. Dia hanya memandang gadis dihadapannya itu. Wajah Zara dihadapannya sama dengan wajah Zara arwah isterinya. Dia tersenyum sendirian. Wajah ini mendatangkan rindu..

"Tuan!?". Zara menguatkan sedikit suaranya. Tidak selesa dipandang begitu. Seperti apa sahaja.

Tengku Dayren berdehem sebentar. "Maaf. Awak boleh bertanya pada Rania jadual saya. Terima kasih".

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now