𝓑𝓐𝓑 26

4.8K 264 40
                                    

"Adik kau memang tak guna! Sepatutnya aku korek jantung dia 5 bulan lepas! Biar dia mampus!". Jeritan Indah membuatkan Anhaura menutup mata dan telingganya. Takut menyelubungi dirinya Gadis itu sudah hilang pedoman. Sofa kulit dihadapannya sudah habis ditikam menggunakan pisau. Dicarik dan dirobek tanpa kasih.

Ya Allah... Aku takut... Selamatkan aku daripada kegilaan ini Ya Allah.

"Tak guna!". Habis isi sofa berterabu sana-sini. Hatinya panas melihat Antasya bersama orang gaji Tengku Dayren jalan berdua. Lagi memedihkan hatinya apabila kereta orang gaji lelaki itu terus meluncur laju ke rumah Tengku Dayren. Sudah semestinya Antasya juga ada sama. Dan sudah tentu Antasya akan berjumpa Tengku Dayren.

Ini semua tidak adil! Kenapa! Kenapa semuanya berpihak cantik ke arah gadis itu. Sudah dia bunuh Antasya 5 bulan lepas, kenapa perlu gadis itu muncul kembali! Antasya memang sengaja mencari masalah dengannya!

"Kau!". Pisau dihala tepat ke arah Anhaura. Kakinya melangkah laju, rambut Anhaura yang sedang ketakutan itu ditarik sepuas hatinya. "Kau dengan adik kau sama sahaja! Bodoh! Mengacau hubungan aku dengan Dayren! Liat betul aku nak bunuh!". Pisau dihalakan ke peha Anhaura, ditoreh kasar paha mulus itu.

"Sakit Indah!". Jeritan kesakitan Anhaura bergema. Namun seperti biasa hanya hilaian gelakan Indah yang kedengaran. Dia suka! Dia suka mendengar jeritan kesakitan Anhaura. Gadis itu berhak mendapat kesakitan. Kerana dia juga pendosa! Pendosa sama seperti dia. Melakukan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan!

"Kau berhak dapat sakit ni Anhaura! Sebab kau lagi teruk daripada aku". Kali ini pisau itu ditikam terus masuk ke daging paha Anhaura. Dibiarkan pisau itu tegak di paha tanpa ada niat ingin menarik kembali.

"Aku jijik dengan kau Indah!"

"Aku sekadar bunuh kawan aku. Tapi kau, nak bunuh adik sendiri. Siapa lagi jijik dekat sini Anhaura?". Pertanyaan Indah membuatkan Anhaura terdiam lemah. Iya perbuatannya lagi jijik daripada Indah. Merancang untuk bunuh darah daging sendiri kerana cinta. Memang, memang dia bodoh dahulu! Dia menyesal. Sumpah dia menyesal.

"Tapi takpa, aku akan tunaikan permintaan kau. Hajat kau akan tercapai nanti. Aku akan gunakan tangan kau untuk bunuh adik kau sendiri. Jangan risau okay". Wajah Anhaura dibelai lembut. Tidak lama kemudian, Indah ketawa terbahak-bahak. Badannya dibaringkan di atas sofa yang sudah ditikam tadi.

"Antasya.... Antasya.... Antasya..... Perempuan bodoh yang kacau hubungan aku dengan Dayren. Sepatutnya jantung dan hati kau aku ambil dari badan. Buat bukti hilangnya kekasih abadi Dayren. Tapi takpa, kau akan lalui benda yang sama dengan Zara... Kesakitan sebelum kematian". Wajahnya terukir senyuman sinis. Membayangkan kesakitan yang akan dia berikan kepada Antasya sebelum membunuh gadis itu.

"Kenapa.... Kenapa kau tak rampas je Dayren masa Antasya pergi tinggalkan dia 5 tahun lepas Indah. Tak cukup ke masa tu...uhuk!". Soalan Anhaura terhenti. Dia tidak larat lagi. Darahnya sudah terlalu banyak keluar. Kesakitan yang dirasai bagaikan nyawanya akan melayang pergi bila-bila masa sahaja.

Terlalu perit

"Memang itu rancangan aku, tapi adik kau tu dah buatkan Dayren tak fikir pasal benda lain. Aku rimas tahu tak! Dengan Zara dia setia, dengan Antasya pun tidak kurang setianya! Habistu aku! Aku yang selalu ada dengan dia dapat apa!? Dapat tengok perempuan lain bahagia dengan dia? Tak, tak boleh! Tengku Dayren Daniel hanya layak untuk aku! Hanya untuk aku...". Indah bangun dari pembaringannya. Anhaura didekati, tanpa amaran pisau yang masih tercucuk tegak di paha Anhaura ditarik kuat keluar dari daging gadis itu

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now