𝓑𝓐𝓑 8

7K 334 5
                                    

"Tahniah Antasya!, akhirnya kau lupakan juga arwah Haikal". Dyah memandang sahabatnya itu. Tangan naik membetulkan bunga kecil yang diselitkan di tocang sahabatnya itu. Tema light and fancy betul-betul sesuai dengan wajah sahabatnya yang putih. Tidak dinafikan gadis ini memang cantik

Dress panjang yang berwarna purple pekat yang kelihatan simple tapi mewah juga serasi dengannya.

Harini dia yang menjadi mak andam bagi sahabatnya ini, terkejut juga dia apabila Antasya menyuruhnya menjadi mak andam, seingatnya Antasya memang belum move on dari arwah tunangnya, dan tiba-tiba sekarang ingin berkhawin, namun dia bersyukur juga apabila kawannya itu memutuskan untuk berkhawin

"Dia bukan arwah, dia hidup lagi". Wajah ditunduk sedikit. Terasa sedih sedikit mengingatkan alasan kenapa perkhawinan ini terjadi

"Apa kau cakap ni, aku sendiri ikut keluarga diorang pergi kubur".

"Dia tipu, sebab dia juga perkhawinan ni terjadi". Matanya dan sahabatnya itu bertentangan apabila dia memandang kehadapan. Cermin solek menyatukan mata mereka. Dia hanya boleh tersenyum hambar sahaja

"Takpalah, kau dah selamat dah pun. Setia je dekat suami kau. Lupakan Haikal". Bahu kawannya dipeluk erat

"Thanks baby". Tangannya naik memegang yang tangan sahabatnya yang ada dibahunya. Terasa indah bila ada orang bersamanya. Memberikan dia semangat

"Dah jangan muram-muram, kita sepatutnya happy, it your wedding bestfriend!".

"Betul tu lupakan Haikal!". Dia memandang kawannya yang lain. Ada 6 orang kawannya yang lain disitu. Mereka akan menjadi pengiringnya sebentar lagi. 6 orang bridesmaid

"Terima kasih korang...". Dia memandang satu persatu sahabatnya. Mereka yang paling setia memberi sokongan kepadanya, setiap hari pasti ada sahaja yang akan dikongsikan. Gambar dan video lucu juga. Baikkan mereka semata-mata hanya ingin lihat dia gelak

"Awww sama-sama". Fadilah memeluk tubuh sahabatnya itu. Aihh dah jadi isteri orang pun kawannya ini

Yang lain hanya tergelak sahaja melihat telatah mereka berdua. Tiba-tiba mereka dikacau dengan ketukan di pintu bilik Antasya

"Ye?" Dyah menyambut

"Pengantin perempuan dah siap. Kita kena gerak sekarang". Ujar orang di luar

"Ouhh pengantin perempuan dah siap. Kejab lagi kitaorang bawak dia keluar. 5 minit ye". Balas Dyah

"Ok. Cepat sikit ye".

"Ok"

Tiada lagi suara yang menganggu mereka

"It's time!". Dyah membetulkan apa yang patut

"Selamat pengantin baru Antasya!". Mereka semua berkata serentak

Antasya tergelak. Mereka terus berpelukan.

"Kitaorang akan rindu kau". Sebak

"Dah cukup dengan drama. Jom, gerak sekarang kesian pula suami Antasya tunggu isteri dia tak sampai-sampai". Mereka tergelak sedikit

Majlis sanding sudah ditukar lokasinya ke dewan yang agak besar, Ibu dan Papa baru sahaja memberi tahu mereka pagi tadi. Mereka kata guna dewan lagi besar, senang nak uruskan tetamu yang hadir. Antasya dan Dayren hanya bersetuju sahaja. Biarlah mereka sudah bersusah payah untuk majlisnya. Dia ikutkan sahaja apa yang terbaik

Disebabkan itu juga Dayren pergi dahulu atas perintah Mummynya. Katanya tak surprise la kalau Tengku Dayren tengok dulu dirinya.

"Amboi, pengantin cantiknya, untung la encik suami". Adik kepada ibunya mula mengusiknya.

[OG] : PENGGODA MR DUDA Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu