𝓑𝓐𝓑 21

5K 255 15
                                    

"Antasya, cuba jangan degil, boleh tak kau duduk je diam-diam dalam wad kau tu, kau tu sakit tahu tak?". Fadilah menghalau kawannya balik ke dalam wad persendirian. Sudah dia kata banyak kali Antasya perlukan rehat yang secukupnya. Tapi perempuan ini haih, kepala ada batu agaknya keras semacam!

"Aku belum nak mati lagilah, kenapa kau tahan aku lama-lama dekat sini?". Antasya mengeluh perlahan. Tangan ditongkatkan di atas kaunter itu, sudah 2 hari dia ditahan di dalam hospital ini, alasan doktor disini, Puan Antasya belum sihat sepenuhnya.

Dia dah rasa sihat. Boleh berjalan lagi, berlari pun boleh rasanya, apa yang tidak sihat sepenuhnya pun dia tidak tahu. Nasib sahaja kawan baiknya, Fadilah ada disini sebagai doktor di ruangannya, adalah juga dia peneman kalau tidak, akan dia paksa Tengku Dayren keluarkan dia dari sini

"Sebab kau tak sihat la sayang oi, itu sebab kau kena tahan, faham". Fadilah memberikan fail ditangan kepada nurse yang ada dihadapannya sebelum memandang kearah Antasya. Nampak betul bosan muka tu

"Tapi aku rasa aku dah sihat je, tak ada sakit pun". Fadilah menggeleng kepala. Kan aku dah kata kepala dia ada batu agaknya budak ni

"Tak kan la kitaorang pihak hospital ni saja nak tahan kau tanpa sebab, ada ramai lagi dekat luar sana yang nakkan rawatan perubatan. Jadi Puan Antasya kalau kau tak sakit, aku sendiri yang keluarkan kau dari hospital ni, boleh kita lepak, tapi sekarang kau sakit, kena lah kau duduk dekat dalam hospital ni, ada faham Puan Antasya". Fadilah menerangkan panjang lebar, betul apa, kalau kau tak ada sakit tak ada makna pihak hospital nak tahan kau, baik dia bagi rawatan dekat yang betul-betul ada sakit.

Antasya terdiam, betul jugak tu kan.

"Dah aku nak buat kerja, kau masuk bilik kau okay, nanti cik abang kau tu datang, kau takda dekat bilik, menangis dia nanti". Fadilah mengusik

"Tak ada maknanya dia nak nangis, kau suka hati je cakap suami aku macam itu". Apa yang dikatakan Antasya membuatkan Fadilah tergelak. Dia berlalu pergi, ada banyak pesakit yang menunggunya di bahagian kecemasan sana

Antasya pula berlalu pergi ke biliknya kembali, terkejut dia melihat Tengku Dayren yang sedang duduk menghadap laptopnya. Perlahan Antasya kembali ke katilnya. Kadang-kadang matanya mencuri lihat ke arah Tengku Dayren

"Apa yang pandang-pandang tu sayang?". Tengku Dayren menegur, Antasya dipandang sekilas

"Bila masa saya pandang awak?"

"Tadi".

"Tak mana ada... saya cuma nak Tanya bila awak sampai?". Tidak pula dia Nampak kelibat Tengku Dayren di jalan utama tadi. Takkan la dia punya berbual sampai lelaki ini lalu pun dia tak Nampak

"Masa awak tengah borak dekat kaunter tadi". Tengku Dayren menjawab tanpa memandang ke arah Antasya. Leka sangat berbual sampai aku datang pun dia tak Nampak. Tengku Dayren tergelak perlahan

"Awak Nampak saya dekat kaunter, tapi saya tak Nampak awak jalan pun dekat kaunter tu"

"Saya jadi hantu kot sampai awak tak boleh Nampak". Tengku Dayren menjawab dalam gurauan

"Jangan la main-main Tengku Dayren, saya serius ni, saya tak Nampak awak langsung". Tahu tak dia tengah seram sejuk ni. Macam mana Tengku Dayren boleh Nampak dia, tapi dia tak boleh Nampak lelaki itu berjalan di kaunter, dasarkan jalan mereka sama

Mustahil dia tak Nampak!

"Betullah sayang, mana ada saya main-main, saya Nampak awak tengah berbual dengan kawan baik awak yang doktor tu, mata awak la kot yang tak Nampak saya". Pandangannya beralih pada Antasya.

Antasya menelan air liur. Gila macam mana aku boleh tak Nampak dia

"Dah la tak payah fikir sangat, saya dah ada dekat depan mata awak pun kan". Tengku Dayren menukar topik. Antasya dah la penakut

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now