𝓑𝓐𝓑 31

4.5K 208 7
                                    

"Cantiknya penggantin perempuan". Bukan sikit, berlambak pujian yang diterima Indah sejak kakinya melangkah masuk ke dalam dewan mewah yang sudah terhias sempurna untuk majlis perkhawinannya. Cukup rimas dia mendengar pujian yang seakan tidak ada kata berhenti dari para tetamu yang hadir.

Inipun kaki sudah penat melangkah mengelak dari bertembung mata dengan para tetamu. Dyler juga sudah hilang entah kemana. Dia sendiri tidak pasti. Lebih baik lelaki itu tidak ada, cukup semalam dia ditangkap ingin bunuh diri di dalam bilik mandi.

Terasa pergelangan tangannya digenggam, Indah pusing memandang ke belakang untuk melihat siapa yang memenggangya. Saat mata bertatap dengan mata dingin milik suaminya. Tangan direntap kasar. Ah memyemak!

"Kenapa kau sentuh aku? Bukan kau jijik ke dengan aku?". Masih terpahat kemas diingatan setiap perkataan yang dilontarkan lelaki ini kepadanya. Hebat! Cukup hebat sehingga mengguris perasaan yang selama ini tidak pernah berdarah

Tak guna.

"Aku mengaku kata-kata aku semalam melampau, maafkan aku, aku cuma risau". Bersalah, iya dia bersalah kerana mencaci gadis ini. Tapi bukan salahnya juga, hampir ribut hatinya saat melihat wajah isterinya ini sudah 'hilang' di dalam tab mandi.

Nasib sahaja dia perasan Indah terlalu lama di dalam bilik mandi. Kalau tidak mungkin sekarang bukan majlis perkhawinan yang sedang berlangsung. Majlis tahlil untuk Indah agaknya sedang terjadi.

"Risau? Risau sampai mencaci jijik dengan aku? Kau tak berguna jadi laki aku Dyler. Kau dengan aku sikitpun tak serasi". Dada Dyler ditolak kasar dengan tangannya. Makin dia ingat dengan cacian yang dilontar semakin berdarah hatinya.

Bodoh punya hati! Selama ini kau dipukul dicaci oleh orang tua tak guna itu, sikitpun kau tak berkutik, kenapa masa lelaki ini mencaci sikitpun kau sudah terasa? Bodoh!

"Aku risau tengok isteri aku hampir mati depan mata aku! Otak aku tak waras, dengan kau dia jadi beku, hati aku sakit tengok kau cari nafas untuk hidup semalam. Aku... Aku caci untuk hilangkan risau pada kau!". Tangan Indah yang sudah digenggam dibawa ke dada.

"Jantung ni berdegup kencang tengok kau berlawan untuk hidup semalam". Lemah Dyler berkata, wajah ditundukkan, memang tipu jika dia kata sikitpun dia tidak terpikat dengan Indah, gadis ini sudah sah dengannya, mustahil untuk dia menidakkan perasaan yang semakin bercambah.

Saat akad terlafaz dari bibirnya, saat mereka menjadi suami dan isteri yang halal, hatinya sudah tertekad untuk menyayangi. Kenapa? Kerana dia juga sudah jatuh dalam perangkap cinta. Perasaan sempurna yang tidak dapat dielakkan.

"Dusta! Dengan perkhawinan yang kau sendiri tak rela, kau nak kata kau jatuh cinta dengan aku? Sumpah kau dusta!". Tangan lagi sekali ditarik kasar. Dia rimas, dia sakit, diri terasa jijik, lontaran perkataan yang diterima semalam semuanya membuatkan dirinya memilih mati. Baik dia pergi, jiwa tidak perlu terseksa dengan cacian lagi

Cacian Dyler seakan pedang yang terasah sentiasa. Tajam dan menikam, terbelah hatinya seakan tidak mampu untuk bercantum kembali. Dia cuma ingin pergi melepaskan dunia yang terasa tidak adil untuknya.

"Tak ada yang dusta, kau yang menidakkan apa yang cuba aku sampaikan, kau sedar aku tak sengaja, tapi kau tutup mata sebab kau benci aku kan!? Hati kau masih pada Dayren". Nada ditahan, tidak mahu menarik perhatian sesiapa. Namun dia tidak boleh menafikan, hatinya kecewa dipanggil dusta. Dusta ke dia hanya kerana risau pada yang halal?

"Iya! Memang hati aku masih pada Dayren! Kau yang tiba-tiba menyimpang masuk dalam hubungan aku dan dia! Kau punca segalanya!". Kali ini bahu Dyler pula ditolak kasar. Lebih baik jika lelaki ini berambus dari pandangannya.

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now