𝓑𝓐𝓑 20

5.6K 260 23
                                    

Bunyi bising membuatkan Antasya tersedar dari lenanya. Perlahan dia membuka mata, cahaya terang membuatkan matanya tertutup beberapa kali sebelum terbuka sepenuhnya. Tanganya yang terasa dipegang dilihat. Wajah lelah Tengku Dayran membuatkan dahinya berkerut. Satu persatu kejadian yang terjadi sebelum dia tidak sedarkan diri kembali bermain di mindanya. Matanya kembali memandang Tengku Dayren. Sudah bocor ke rahsia yang selama ini dia simpan selama ini?

Tangannya ditarik daripada genggaman Tengku Dayren. Lelaki itu tersedar dari lenanya. Pantas sahaja Tengku Dayren membantu isterinya bangun dri pembaringannya

"Dah berapa lama saya tak sedarkan diri?". Dingin sahaja Antasya bertanya, pandangan diarahkan ke tempat lain. Tangan yang sedang dipegang Tengku Dayren tadi ditarik pantas. Tidak mahu diri disentuh lelaki itu

"Satu hari". Tengku Dayren menjawab. Pandangan lembut diberikan kepada isterinya. Tangan yang dilepaskan Antasya masih terawang-awang. Hendak dipengang takut ditolak pula

"Awak buat apa dekat sini? Pegang tangan saya? Saya tak pernah izinkan awak pegang tangan saya". Masih dingin nada yang digunakan Antasya kepada Tengku Dayren. Lelaki itu mengeluh perlahan mendengar nada yang digunakan

"Saya jaga awak, maaf kalau awak tak selesa saya pegang tangan awak". Masih lembut cara bercakap Tengku Dayren. Tidak sikitpun dia meninggikan suara. Memanglah hatinya terasa dilayan begitu oleh isteri sendiri. Siapa sahaja yang tidak terasa kan? Tapi nak buat macam mana kalau Antasya sendiri tidak rela

"Lain kali tak perlu jaga saya, bukannya tak ada nurse yang boleh jaga saya, tak perlu menyusahkan diri sendiri untuk saya". Tengku Dayren memandang ke arah lain. Wajah kecewa disorokkan, tidak mahu gadis itu nampak wajah nya jelas yang kecewa. Senyuman diberikan kepada Antasya sebelum dia perlahan bangun dari kerusi yang ada disebelah Antasya

"Kalau macam itu saya balik dulu, nanti saya datang balik". Kakinya melangkah ingin keluar dari wad yang menempatkan Antasya. Namun langkahnya terhenti saat namanya dipanggil Antasya. Dia menoleh

"Iya?"

"Tolong callkan Andarish untuk jaga saya, awak rehatlah dekat rumah, saya boleh jaga diri sendiri"

Pesanan Antasya membuatkan Tengku Dayren mengeluh perlahan. Hatinya terasa dengan permintaan Antasya. dia suami, tapi Antasya mencari orang lain untuk menjaganya

"Saya akan datang balik, isteri saya sakit, hati saya takkan tenang untuk rehat dekat rumah". Sebaik sahaja berkata begitu Tengku Dayren berlalu keluar daripada bilik tersebut

Dia sendiri tidak tahu bagaimana lagi ingin menggambil hati Antasya, semua yang dia lakukan tidak pernah kena dimata gadis itu. Sekejab Antasya baik, sekejab Antasya seperti tidak mahu langsung melihat wajahnya. Kesempatan yang Antasya beri sekejab-sekejab, semestinya dia rimas begini. Suami orang lain boleh bermanja dengan bebas. Tapi dia.....

"Apa lagi yang kurang Antasya...". Tubuh disandarkan ke belakang di seat keretanya, memejamkan sedikit matanya. Mengusir keadaan penat yang sedang terasa menjalar di seluruh tubuhnya. Dengan kedinginan Antasya kepadanya membuatkan penat ini lagi terasa. Fikiranya terasa berat dengan beban yang tiba-tiba menimpanya ini

Antasya di dalam wad hanya memandang kosong persekitaran yang terasa tidak asing baginya. Beberapa orang doktor yang masuk setelah Tengku Dayren keluar sebentar tadi dipandang tanpa senyuman. Ada 3 orang doktor berada dihadapannya. Termasuk doktor yang merawatnya.

"Doktor, suami saya tahu pasal penyakit saya?". Sekadar ingin pengesahan

Doktor yang merawatnya menggeleng kepala. "Macam yang Puan Antasya minta, saya tidak dedahkan penyakit Puan kepada suami Puan". Mendengar jawapan doktor tersebut membuatkan Antasya lega sedikit. 3 hari lepas sudah dia beritahu kepada doktor yang merawatnya.

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now