𝓑𝓐𝓑 1

10.5K 453 10
                                    

5 tahun kemudian....

"Aish! Cepatlah Andarish. Kakak dah lambat ni!". Tangan adiknya yang sedang mengawal stering dipukul

Orang dah lambat boleh pulak dia bersiul-siul!

"Lek lah Antasya. Baru pukul 8:30 pagi. Nak pergi mana awal-awal".

"Akak lambat. Akak pelangkung kau!". Amaran diberikan. Tangan disilangkan didada

"Takutnya adik!".

"Andarish!"

Andarish hanya ketawa memandang kakaknya. Padan muka umur dah 25 pun menyusahkan orang. Lesen kereta pun takda

Salah siapa? Of course salah Antasya Zara!

"Akak. Nanti belanja adik makan"

"Akak kerja pun baru nak pergi interview ni adik oiii! Kau pulak lambat-lambat macam ni. Kau rasa akak dapat kerja tu"

"Adik percaya kan kau kak!".

"Banyaklah kau!".

"Ok dah sampai! Aku doakan kau sepenuh hati kak!".

Antasya terus menutup pintu kereta. Jeritan adiknya memalukan. Langkah laju dibawa ke arah lif. Lif ditekan. Dia menunggu namun beberapa mata memandang kearahnya. Mata terus memandang pakaian yang ada ditubuhnya

Ada yang tak kena ke?

Pandangan itu hanya dibiarkan sahaja. Terbuka sahaja lif terus dia masuk tanpa menghiraukan sesiapa

Lif tertutup hanya dia seorang sahaja di dalam lif itu. Terasa janggal pula naik seorang diri. Sampai di tingkat yang betul. Dia keluar. Ramai yang sedang menunggu giliran untuk di interview. Semakin nipis peluangnya umtuk berkerja disitu

"Antasya Zara sila masuk ke bilik interview".

Antasya membetulkan rambutnya sedikit supaya kemas. Baju kurung yang tersarung dikemaskan juga

"Bismillah...". Dia menuju masuk dengan senyuman

"Berapa ramai yang datang interview untuk jawatan PA". Dayren memandang Faris. Meminta jawapan sahabatnya itu

"Lebih 100 orang". Jawab Faris. Dia bukan PA Dayren tapi sudah menjadi kebiasaan dia menguruskan perkara yang diiginkan sahabatnya itu

"Bagi aku semua profile diorang".

"Ok"

Dayren memandang barisan-barisan panjang yang sedang mencuba nasib menjadi Personal Assistant nya sebelum matanya tertumpu pada seorang gadis yang baru sahaja masuk ke dalam untuk di interview

"Macam Zara". Bibirnya terukir sedikit senyuman sebelum kembali dengan wajah bekunya. Dia berjalan meninggalkan kawasan itu. Banyak lagi kerjanya yang memanggil

Faris yang mendengar nama arwah isteri kawannya itu terus memandang ke arah gadis yang dikata serupa dengan arwah

Memang betul dari belakang memang tidak tumpah seperti Zara. Sama namun wajahnya tidak dapat dilihat kemudian dia hilang ke dalam bilik interview itu

Faris berjalan pergi ke pejabatnya. Mungkin hanya kebetulan ataupun takdir mungkin?

Zara keluar dengan nafas lega. Interview nya berjalan lancar hanya tinggal dipanggil jika dapat. Dia bawa langkah ceria keluar dari bangunan ini. Namun senyuman nya pudar apabila baru perasan cuaca sedang hujan di luar sana

Pantas telefon dikeluarkan

"Andarish... Datang ambil akak. Hujan la". Suara dilembutkan sehabis mungkin

[OG] : PENGGODA MR DUDA Where stories live. Discover now