Deel & Deen 39

3.5K 400 170
                                    

"ABANG!" Berkerut dahi Aysyafie tatkala melihat seraut wajah cemas isterinya pada pagi sebegini.

"Kenapa ni?" Soal Aysyafie hairan.

"Abang, saya nak kejutkan Deen untuk bangun mandi. Tapi, Deen tak ada dalam bilik. Deen dah lari!" Adu Jessica sambil menangis. Sungguh, dia sangat cemas. Bagaimana jika Harraz dan Ayreena akan memarahi mereka kerana kecuaian mereka?

Aysyafie terus berlari menuju ke arah bilik Aydeen.

Memang benar.

Aydeen tiada di dalam bilik. Bilik itu pula bersih dan kemas seolah - olah tiada siapa yang menghuni bilik itu.

Aysyafie terus sahaja masuk ke dalam bilik itu.

Dia membuka pintu tandas. Kemudian, Aysyafie membelek katil.

Namun, Aysyafie hanya terlihat sehelai kertas yang berlipat kemas tersimpan dibawah bantal. Kelibat Aydeen juga ghaib tanpa dikesan.

Assalamualaikum, pak long. Deen nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan Deen dari buat kerja bodoh. Deen lupa pesanan arwah Nelly yang melarang Deen dari merampas kerja malaikat maut. Tapi, Deen rasa tertekan. Deen tak tahu macam mana nak lepaskan semua ni melainkan dengan menyakiti diri sendiri. Atas nama Allah, jika dengan menyerahkan nyawa Deen dapat menghidupkan Nelly semula. Deen memang akan buat. Tapi, yang pergi takkan dikembalikan lagi. Deen redha menerima aturan Allah. Deen tak tahu apa yang mama bencikan Deen sangat. Deen tetap sayang mama dan papa. Maafkan Deen sebab Deen bawa diri. Deen tak mampu tahan lagi. Deen takut Deen akan pukul mama kalau Deen terus ada dekat dengan mama. Ampunkan Deen, mama dan papa. Halalkan makan minum dan kasih sayang yang pak long pernah berikan pada Deen. Deen sayang pak long. Lupakan Deen. Selamat tinggal.

Lemah lutut Aysyafie sebaik sahaja dia membaca surat yang ditulis Aydeen.

Dia sedar bahawa Aydeen tak lagi mampu menahan tekanan Ayreena yang berterusan mendesak.

Aysyafie mengetap rahang.

Aysyafie terus sahaja bangun lantas dia melangkah keluar dari bilik.

"Abang nak pergi ke mana?" Soal Jessica risau.

"Abang nak pergi ke rumah Reen dan Zaf sekejap. Ada hal yang abang nak uruskan dengan mereka. Mereka memang dah melampau sangat!" Gumam Aysyafie marah.

"Abang jangan berkasar dengan Lyra. Dia mengandung". Pesanan Jessica ibarat angin lalu saja.

Aysyafie hanya menghiraukan pesanan isterinya lantas dia memandu kereta menuju ke rumah adiknya.

Perasaan geramnya memang tak lagi mampu dipendam!

+++

KE MANA Nayli pergi?

Itu persoalan yang menjengah fikirannya apabila Nayli tidak juga datang melawatnya. Nayli betul - betul sudah membencikan dia ke?

"Fir...!" Aydeel bingkas menarik tangan Firdaus apabila dia melihat kawan baiknya itu datang mendekatinya.

"Eh, kau nampak Nelly tak? Dia masih tak datang melawat aku lagi. Aku tunggu dia dari semalam tapi dia masih tak muncul - muncul. Nelly mesti marah aku kan sebab aku dah marah dia. Aku terlalu ikutkan perasaan cemburu aku. Fir, mana Nelly?" Soal Aydeel lagi.

Lengan kawan baiknya itu digoyangkan.

Firdaus nampak muram saja.

"Af!" Aydeel terus turun dari katilnya apabila dia melihat Zafir juga masuk ke dalam bilik rawatannya.

"Mana Nelly? Kau mesti tahu dia kat mana sebab kau aje yang selalu ajar dia menyorok dari aku kalau dia merajuk. Mana Nelly? Aku tunggu dia dari semalam. Aku nak minta maaf kat dia sebab aku ikut perasaan marah aku. Af..." Seru Aydeel lagi.

DEEL &  DEEN  (B4) Où les histoires vivent. Découvrez maintenant