Deel & Deen 42

3.6K 407 207
                                    

"ABANG, Lyra keguguran". Bicara Jessica hanya dibalas dengan kebisuan dari suaminya. Aysyafie hanya bergaya santai sambil bermain telefon bimbitnya.

"Abang, Lyra gugur!"

"So?" Soal Aysyafie tanpa nada.

Membulat mata Jessica mendengar soalan suaminya. Boleh pula suaminya bertanya dengan gaya begitu. Selama ini Lyra Ayreena ialah permata yang Aysyafie paling sayang. Pantang aje tahu adiknya sakit pasti Aysyafie menjadi orang pertama yang risau dan cemas.

"Abang, Lyra tu adik abang. Takkan abang tak rasa apa - apa?" Soal Jessica dalam nada kecewa.

"Biarkan saja dia dan Zaf uruskan keluarga dia. Lagipun, anak yang gugur itu anak mereka juga. Pandai - pandailah mereka berdua selesaikan hal tu. Abang tak ada kaitan dengan manusia yang tak faham nasihat orang". Bidas Aysyafie selamba.

"Abang..."

"Sudahlah, wife. Jangan serabutkan kepala awak dengan masalah Zaf dan Reen. Baik awak fikirkan tentang abang dan Luth aje. Dapat juga pahala". Tegur Aysyafie lembut.

Jessica menghela nafas lemah.

Selesai menikmati kopi, Aysyafie terus bangun. Kunci keretanya dicapai.

"Abang nak pergi ke mana pula?" Soal Jessica tatkala melihat suaminya menuju ke arah pintu utama.

"Abang nak pergi jumpa Reel dan Zeen. Nak ikut?"

"Saya nak sambung menjahit rekaan baju terbaru. Saya memang tak boleh ikut abang", Ucap Jessica serba salah.

"Tak apalah..." Balas Aysyafie perlahan.

Sepasang matanya memandang anak gadisnya yang sedang mewarna. Ceria aje anak gadisnya ini. Sejuk hati dia.

"Luth, nak ikut walid tak?" Soal Aysyafie.

"Nak!" Laju saja Luthfia membalas.

"Jom", Aysyafie mengukirkan senyuman lantas dia keluar dari ruamah. Luthfia bingkas bangkit dari meja belajarnya. Tangan melambai mesra pada umminya lantas Luthfia berlari anak mengejar walidnya.

"Nanti dulu, uncle!" Terhenti langkah Aysyafie mahu menuju ke arah keretanya tatkala mendengar suara seorang gadis memanggilnya.

Aysyafie menoleh ke arah kawasan luar rumahnya.

"Eh, si kecil molek". Tegur Aysyafie bersama - sama senyuman manis. Tak jadi hendak membuka pintu kereta. Aysyafie membuka langkah menuju ke arah Qisha yang sedang ditemani Zafir.

"Saya tahu Deen dah lari rumah. Tapi, saya nak tahu ke mana Deen pergi? Saya betul - betul nak cari dia sebab saya nak tunaikan janji untuk menjaga dia. Uncle boleh beritahu saya?" Soal Qisha penuh berharap.

"Maafkan uncle, si kecil molek. Uncle pun tak tahu Deen ada di mana sekarang. Tapi, uncle memang sedang mencari Deen. Si kecil molek doakan yang baik - baik untuk Deen ya?" Pujuk Aysyafie lembut.

Tubir mata Qisha mula bertakung.

"Macam mana kalau Deen jatuh sakit? Macam mana kalau Deen jumpa dan jatuh hati pada perempuan lain? Ma-macam mana dengan Qisha?" Soal Qisha sebak. Qisha menggigit bibirnya untuk menghalang dirinya daripada menangis.

"Uncle minta maaf". Ucap Aysyafie dengan nada serba salah tatkala Qisha sudah mula menangis teresak - esak dihadapannya.

Zafir menghela nafas.

"Maafkan saya, uncle. Adik saya ni terlalu rindukan anak buah uncle. Kami balik dulu", Pamit Zafir seraya menarik tubuh Qisha pergi bersama - samanya.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now