Deel & Deen - 9

4K 308 46
                                    

MATA dikerdip berkali - kali melihat kawasan seperti hospital yang agak suram dan lenggang tanpa orang yang lalu lalang. Pelbagai soalan menjengah benaknya. Kenapa dia berada di sini? Walhal, tadi dia sudah lena dibuai mimpi diatas katil empuknya.

Kaki melangkah tanpa hala tuju. Walaupun musykil, tapi dia pasti ada sesuatu yang mungkin terjadi. Siapa tahu?

"Sayang!"

Mendengarkan suara itu, langkahnya mati. Dia menoleh dan terkedu tatkala wajah resah si papa menjamu ruangan mata.

"Papa?" Soalnya sendiri.

"Sayang, janganlah macam ni. Kita kena kuat kalau nak Deel kuat", Kata si papa dalam nada memujuk. Wajah cantik mamanya terus lecun dengan air mata.

"Sayang tak boleh... abang. Deel..." Teresak - esak si mama menangis.

Berderau darahnya.

Ah sudah... kenapa dengan abangnya?

Spontan, kaki melangkah mendekati pintu yang sedikit terkuak. Nalurinya seakan - akan yakin bahawa si abang ada di dalam bilik itu.

"Deel!" Pintu bilik ditolaknya kasar.

Bibir melopong. Wajah memucat.

"Deel... ", Kaki di atur longlai mendekati si abang yang terbaring kaku di atas katil. Sunyi, hanya kedengaran bunyi IV drips.

"Deel.. bangunlah, bodoh!" Marahnya sambil teresak - esak. Lengan kanan si abang dipegangnya kuat.

Kenapa semua ni jadi pada dia?!

"Deel!" Saat bibir mengucapkan nama itu, terus dia bangun dari pembaringan. Nafas kencang bersama jantung yang berdegup laju. Seraya itu pandangan di lempar pada katil milik abangnya mencari susuk tubuh si abang.

Tiada.

Mahu menangis rasanya. Tak mungkin mimpinya itu benar.

"Eh, kau dah bangun Deen?" Suara itu membuatkan Aydeen angkat wajah. Entah mengapa, sekeping hati miliknya bagaikan lega melihat wajah tenang dan lembut milik si abang.

"Deel.." Gumam Aydeen sendiri.

Jika diikut rasa hatinya, mahu saja dia melompat dan memeluk erat tubuh si abang. Namun, pantas di tahan. Mana boleh dia buat begitu. Takkan nak memeluk si abang dan bersyukur kerana mimpinya itu tidak benar? Jatuh ego dia!

"Aku baru nak kejutkan kau tadi. Pergilah mandi. Lepas tu, Solat Subuh tau. Aku nak pergi jenguk mama dan Ayeen kat dapur". Ujar Aydeel. Tuala berwarna hitam putih dicampak pada si adik.

Aydeen hanya mengekalkan wajah sombongnya. Sengaja dia berpura tidak dengar kata - kata si abang.

"Aku keluar dulu. Assalamualaikum", Pamit Aydeel sambil tersengih melihat si adik yang tak lepas memandangnya. Perasaannya atau Aydeen sememangnya memandang dirinya dengan penuh risau?

"Hmm..." Mendengarkan jawapan si adik, Aydeel terus buka langkah keluar dari bilik.

Sebaik saja pintu ditutup rapat, Aydeen menghela nafas kasar. Wajahnya diraup berkali - kali.

Mujur hanya mimpi.



LANGKAH diatur perlahan mendekati si gadis yang leka memenuhkan bekas berwarna merah jambu dengan bihun singapore. Si mama hanya menggeleng saja melihat tingkahnya.

"Morning budak cantik!" Pipi kemerahan Ayeen dikucup sekilas membuatkan bibir halus itu diketap dan wajahnya dicerlung tajam.

"Abang!"

Aydeel tersengih. Tangan diseluk ke dalam poket seluarnya.

Suka dia melihat wajah marah Ayeen. Pantang sungguh kalau orang panggil dia cantik. Kerjanya nak mengaum aje. Haih, nasib comel.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now