Deel & Deen 21

3.2K 322 23
                                    

"MINTA maaf pun serupa nak cari gaduh. Apa dia ingat dia baik sangatlah sebab layan aku macam itu? Memang patut pun Abang Zafir tak suka kat dia. Perangai serupa syaitan jantan". Gumam Qisha sendiri.

"Qisha membebel tentang apa tu?" Teguran suara itu membuatkan langkah Qisha mati. Qisha terkebil - kebil memandang Aydeel yang tersenyum nipis. Lelaki itu berdiri dihadapannya sambil memegang fail hitam.

"Ta... Tak ada apa". Nafi Qisha.

"Muka masam aje. Ada masalah ke? Qisha masih marah pada Deen? Abang Deel betul - betul minta maaf sebab Deen buat perangai macam itu. Lain kali kalau dia buat lagi Qisha beritahu Abang Deel. Biar Abang Deel ikat mulut dia". Seloroh Aydeel lembut.

Qisha tersenyum kecil.

"Abang Deel tak salah. Em... Abang Deel nak pergi ke mana ni?" Soal Qisha prihatin.

"Abang Deel baru habis mesyuarat tadi. Sekarang, nak cari Nelly. Qisha ada nampak dia tak? Puas dah Abang Deel cari tadi. Takut kena kidnap je". Kata Aydeel bersama - sama ketawa kecil.

"Abang Deel macam suka Kak Nelly je".

Aydeel berdehem.

"Tak. Abang Deel cuma..."

"Deel!" Suara Aydeen mematikan bicara Aydeel. Pandangan mereka berdua tertumpu ke arah Aydeen yang melangkah penuh bergaya mendekati mereka. Aydeel tersengih. Manakala, Qisha pula mencebik.

Bila dia tak mahu berjumpa kerap pula Aydeen tunjuk muka.

"Kau merayap ke?" Soal Aydeel.

"Mana ada. Aku cuma sesat nak cari kelas. Tak sangka pula jumpa si kecil ni. Kan Qis-".

"Qisha pergi dulu, Abang Deel". Pamit Qisha pantas tanpa memandang seraut wajah kacak Aydeen yang merenung tajam wajahnya.

Auch.

Qisha panggil abang kembarnya abang? Habis, mana gelaran 'abang' untuk dia?

"Kau muka macam tempoyak dah kenapa?" Tegur Aydeel.

"Abang Deel. Heh. Mana abang untuk aku? Ini tak adil". Rungut Aydeen.

"Kau cemburu ke?" Sakat Aydeel.

"Aku nak cemburu? Dalam mimpi pun aku tak naklah, Deel. Setakat lerempuan macam Qisha masih bersepah stok sama macam dia kat masjid". Tukas Aydeen oenuh angkuh.

Aydeel tersenyum melihat Aydeen.

Adik kembarnya menipu.

Aydeen tak berani langsung pandang matanya. Jelas sangat menujukkan bahawa Aydeen Hyraz sedang menipu.

"Aku tak sukakan Qisha. Aku sayang dia macam adik aku. Kau boleh ambil dia tanpa sebarang kerisauan. Cumanya, kau kena rendahkan ego kau dan minta maaf pada Qisha dengan baik". Pesan Aydeel. Rambut Aydeen diusapnya penuh kasih lantas dia berlalu meninggalkan Aydeen sendirian.

Aydeen mencebik.

Dia cemburu? Nonsense!

+++

DEDAUN pintu stor ditutup Muiz dengan kemas. Lelaki itu menyeringai tatkala melihat seraut wajah cantik itu kelihatan ketakutan.

"Mu-Muiz nak apa?" Soal Ayeen perlahan.

Tubuh kecil itu dikepungnya sehingga Ayeen terperangkap diantara Muiz. Air mata Ayeen mula membasahi seraut wajahnya. Takut...

"Tak ada apa. Muiz cuma mahukan Ayeen". Balas Muiz mudah.

"Muiz. Ayeen sanggup buat apa - apa aje asalkan Muiz tak mengapa - apakan Ayeen. Ayeen merayu sangat pada Muiz". Ucap Ayeen sayu. Bergetar suaranya apabila memohon simpati Muiz.

"Apa - apa saja?"

Ayeen mengangguk dengan laju.

Muiz mencengkam lembut rahang Ayeen.

"Muiz nak Ayeen jauhkan diri daripada Rash. Muiz nak Ayeen berkawan dengan Muiz dan abaikan Rash. Ayeen juga tak boleh beritahu sesiapa tentang perkara ni. Kalau Ayeen beritahu Ayeen akan terima padahnya. Faham?!"

"Fa-faham".

Muiz lepaskan Ayeen.

"Pergilah masuk kelas. Buat macam biasa". Arahan Muiz dipatuhi Ayeen tanpa sebarang pertikaian.

Muiz tersengih sinis memerhatikan Ayeen keluar dari stor itu.

Kau sombong dengan aku, Rash? Aku akan buktikan yang aku boleh rampas Ayeen sekelip mata aje tanpa kau sempat perasan.

+++

AYDEEN tersengih memerhatikan Aydeel dan Nayli yang tampak akrab. Meskipun abang kembarnya itu kelihatan sedikit malu tapi dia harus puji keberanian abang kembarnya mendekati Nayli.

"Aku tengok kau berdua dah macam pasangan bercinta. Bila nak kahwin? Tak sabar nak makan nasi minyak kau berdua". Ujar Aydeen sambil mengusap lembut belakang tubuh Aydeel.

Aydeel menyepak perlahan kaki Aydeen.

Aydeen tersengih senget tatkala melihat wajah Aydeel dan Nayli masing - masing membahang malu.

"Kau orang kami dah bawa makanan!" Kata Firdaus ceria.

Zafir mengikuti belakang Firdaus sambil menjijit sebungkus plastik.

"Woi!" Panggil Aydeen apabila melihat Zafir melabuhkan punggung berhadapan dengannya.

"Ada apa?" Soal Zafir dingin.

"Aku minta maaf atas apa yang aku dah buat kat adik kau. Aku tahu aku tak patut buat macam tu. Aku kena faham perasaan sebagai seorang abang sebab aku pun ada adik juga". Bicara Aydeen membuatkan masing - masing terkedu.

Zafir juga terpana.

Namun, Aydeel mengukirkan senyuman manis.

Alhamdulillah, Allah telah membuka hati adik kembarnya untuk terus berubah.

"Aku..." Zafir cuba mencari ayat.

Firdaus meletakkan bungkusan makanan di atas meja. Bahu Zafir ditepuknya kuat.

"Maafkanlah. Seego Deen pun boleh minta maaf inikan pula kau, Af". Ujar Firdaus dalam nada memujuk.

"Maafkan Deen, Af. Deen kan ikhlas minta maaf". Sokong Nayli.

"Maafkan adik kembar aku". Tokok Aydeel.

Zafir menghela nafas.

"Fine. Aku maafkan kau". Putus Zafir.

Aydeen menghulurkan tangan kanannya pada Zafir.

"Kita kawan?"

Zafir menyambut huluran Aydeen.

"Kita kawan". Balas Zafir penuh yakin.

Aydeen tersenyum.

Terasa lapang dada Aydeel apabila melihat adik kembarnya dan kawan baiknya sudah mula berkawan. Nampaknya, lembaran baru perlu dibuka.

Aydeen Hyraz bukan lagi bad boy yang jahat. Tapi Aydeen Hyraz yang sekarang ialah bad boy with a good heart.

Firdaus memeluk bahu Zafir.

"Sekarang mari kita makan. Aku dah lapar nak nazak". Kata Firdaus seraya mencapai bungkusan makanannya.

Masing - masing ketawa melihat Firdaus.

Aydeel memeluk lembut bahu Aydeen.

"Aku sayang kau, Deen".

"Deel, kau sendiri pun tahu yang aku memang sayang kau". Balas Aydeen dalam nada nakal.

Aydeel tersengih.

Rambut Aydeen diusapnya.

"Pandai adik abang ni". Pujian Aydeel membuatkan Aydeen tersenyum lebar.

DEEL &  DEEN  (B4) Место, где живут истории. Откройте их для себя