Deel & Deen 19

3.2K 294 12
                                    

AYDEEN memerhatikan Ayeen yang menyalam abang kembarnya. Kedua - dua pipi Aydeel menjadi sasaran seulas bibir nipis itu mendarat. Aydeen mengetap bibir. Dia nak juga...

Aydeel menekup lembut pipi Ayeen. Dahi gadis itu dicium penuh kasih.

"Belajar rajin - rajin". Pesan Aydeel lembut.

Ayeen tersenyum.

"Baik, Abang Deel", Balas Ayeen seraya membuka langkah mendekati Aydeen yang tidak lepas melihat dia dan Aydeel.

Tangan Aydeen disalam lalu kedua - dua pipi Aydeen dicium.

Aydeen tersenyum suka.

Dahi Ayeen diciumnya.

"Jaga diri. I love you", Bisik Aydeen bersama - sama sengihan. Tiba - tiba sahaja perasaan gembira menjengah lubuk hatinya membuatkan dia mengusap kedua - dua pipi yang memerah itu.

"Abang Deen pun sama. Jangan buat perangai dah. Kesiankan Abang Deel". Pesan Ayeen. Hidung mancung Aydeen dicuit lembut kemudian dia membuka langkah meninggalkan kedua - dua abangnya.

Aydeen tersengih kecil.

Hidung mancungnya yang disentuh Ayeen tadi disentuh.

Happy.

"Ayeen memang macam tu. Nakal". Kata Aydeel.

Aydeen memandang Aydeel.

"Aku seronok bila layankan perangai dia. Banyak masa yang aku dah buang tanpa bersama - sama kau dan Ayeen. Ruginya aku". Tutur Aydeen sayu.

Aydeel menepuk lembut bahu Aydeen.

"Apa yang sudah berlalu sememangnya takkan kembali lagi. Tapi, apa yang bakal mendatang kau boleh bersiap sedia untuk menghadapinya. Aku tahu kau masih cuba untuk berubah, Deen. Aku percayakan kau dan kau juga kena percayakan diri kau". Terang Aydeel.

Aydeen memegang tangan Aydeel yang berada di atas bahunya.

"Terima kasih percayakan aku".

Aydeel tersenyum.

Mereka memerhatikan Ayeen yang sudah selamat masuk ke dalam kawasan sekolah. Kemudian, kelihatan seorang pelajar lelaki mendekati Ayeen untuk menyambut kedatangan gadis itu.

"Mereka berdua memang rapat?"

Aydeel mengangguk.

"Papa dan mama percayakan Rash untuk menjaga Ayeen di sekolah. Jadi, kita kena percayakan dia. Rash tu baik. Setiap kali Ayeen ada masalah dia tentu akan cuba membantu Ayeen menyelesaikan masalah".

Aydeen mengukir senyuman segaris.

"Ayeen nampak selesa berkawan dengan lelaki tu".

"Mestilah. Rash ialah lelaki yang berdiri disisi Ayeen lepas papa, aku dan kau". Terang Aydeel.

Aydeen memerhatikan Ayeen dan Rash.

"Jomlah pergi sekolah. Nanti kalau kita lewat mesti awek kau risau". Kata Aydeen seraya memanah nakal ke arah Aydeel.

"Awek? Siapa awek aku?" Soal Aydeel hairan.

"Eleh, saja buat tak tahu. Nelly, lah. Kau kan suka dia".

"Nelly bukan awek aku lah!" Nafi Aydeel bersama - sama wajah yang cukup membahang.

Ketawa Aydeen meletus.

"Muka kau tu merah. Aku tahulah, Deel. Tak perlulah nak tipu". Tukas Aydeen seraya mengukir senyuman senget pada abang kembarnya.

Aydeel menumbuk lembut bahu kanan Aydeen.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now