"DEEN!" Aydeen yang baru saja masuk ke dalam rumah terkebil - kebil dengan sergahan mamanya. Muka nampak gembira saja.
"Kenapa, ma?" Soal Aydeen hairan.
"Qisha preggy ke? Hari ni dia macam marah - marah saja pada Deen. Kalau Qisha mengandung macam mana?" Soal Ayreena sambil memandang seraut wajah kacak Aydeen.
"Tak apa, mama. Memang niatnya Deen sengaja nak buat dia mengandung. Penatlah Deen usaha sebulan kat rumah mummy and daddy kalau tak membuahkan hasil. Mama doakan untuk Deen eh?" Ucap Aydeen penuh berharap.
"Mestilah mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Deen. Anak mama ni..." Ayreena mengusap lembut kepala Aydeen.
Tinggi betul Aydeen.
Dia pula rasa semakin pendek. Haih...
Aydeen mengukirkan senyuman.
"Papa mana? Sunyi je". Soal Aydeen hairan. Selalunya mesti papa akan temani mamanya di ruang tamu.
"Kat dapur berbual dengan Deel dan Ayeen. Deen pergilah jenguk Qisha. Nanti makin marah isteri kamu tu". Kata Ayreena.
Aydeen tersengih.
"Ini, Deen ada belikan pie strawberry. Mama bawalah pergi dapur makan sama - sama. Deen naik dulu tau". Ucap Aydeen sambil menyalam tangan mama. Lantas, Aydeen membuka langkah menuju ke tingkat atas rumah mereka.
Sebaik sahaja membuka pintu, matanya dijamukan dengan Qisha yang sedang terlena di atas katil. Baju pijama hitam betul - betul menangkap dengan kulit gebu isterinya.
Aydeen melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu biliknya ditutup perlahan - lahan supaya dia tak mengganggu lena Qisha. Aydeen terus melabuhkan punggung dibirai katil sambil memerhatikan seraut wajah cantik isterinya.
Tangan Aydeen perlahan - lahan turut pada perut kempis Qisha.
Semoga perasaan daddy bukan sekadar perasaan. Daddy harap firasat daddy betul yang kamu ada di dalam ini. Daddy tak sabar nak jumpa kamu.
"Abang..." Qisha terpisat - pisat bangun.
"Uiks, si bunting".
"Apa bunting - bunting?! Ingat saya haiwan ke?!" Balik - balik saja sudah kena marah.
Aydeen ketawa.
"Okey, tak bunting tapi mengandung. Penat ya?" Soal Aydeen lembut. Rambut Qisha yang menutupi wajah jelita itu dialihkan dengan begitu lembut.
Aydeen tersenyum melihat bibir semerah delima itu mencebik.
Cantiknya lahai,
"Kenapa balik lewat? Abang solat maghrib kat mana?" Qisha memulakan siasatan.
Aydeen tersengih.
"Abang pergi beli baju baby. Abang jatuh hati dengan baju baby ni. Sayang suka tak?" Soal Aydeen sambil menunjukkan baju bayi itu pada Qisha.
![](https://img.wattpad.com/cover/161226353-288-k642522.jpg)
YOU ARE READING
DEEL & DEEN (B4)
Teen FictionAYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata orang, Aydeel tak ubah seperti ubat pemikat hati! Namun dalam diam terselit rahsia yang tak ingin dia buka pada seorang Aydeen. AYDEEN Hyr...