TIGA tahun berlalu. Dia sudah mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki yang sihat sementara Shah menjalani pemulihan mental.
Meskipun tak boleh dinasabkan dengan nama Shah tapi Trisha terharu melihat anak mereka itu begitu tabah dan hebat meskipun orang seringkali mempersoalkan kewujudan dia. Jawapan anak mereka ialah "Caya macih manucia dan lahir dayi oyang yang cama menjaga caya",
Itu membuatkan Trisha terharu memiliki seorang anak yang pintar.
Perut yang kelihatan sedikit ini membukit ini membuktikan cinta kedua dia dengan Shah selepas Shah menjadi suaminya tahun lepas. Shah baru disahkan sembuh dari tekanan mental dan suaminya itu benar - benar berubah.
Shah begitu menyayangi anak lelaki mereka. Shah menghargainya dan Shah bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga kecil mereka dan tak sekalipun suaminya lupa tanggungjawabnya pada Yang Maha Esa.
Mungkin ini ialah hikmah dia melepaskan Aydeen kerana cinta. Dia memilih Shah kerana dari dulu Shah hanya bergantung harap pada dia dan sekarang dia cinta pada lelaki yang bergelar suaminya. Jika tak terlahir cinta manakan dia mampu membesarkan heronya sendirian. Meskipun Enrique mahu membantu tapi dia menegah kerana dia mahu mencorak anak lelakinya itu jauh dari pengaruh budaya barat. Dia tak mahu anaknya rosak macam mana dia dan Shah dah rosak.
"Cemekom ibu!" Ah, suara itu.
Hati Trisha terasa sejuk mendengar suara yang menyerunya membuatkan dia bingkas menuju ke daun pintu.
Bibirnya melorek senyuman manis apabila melihat suaminya pulang bersama - sama anak lelaki mereka.
"Waalaikumusalam, Dhani Seif al - Din". Balas Trisha lembut.
Kedengaran panjang. Tapi, sebenarnya terlalu mudah untuk disebut.
Dhani yang bermakna dekat dan Seif al - Din yang bermakna pedang keimanan. Maka, biarlah anaknya itu membawa makna indah mudah - mudahan anaknya juga indah seperti nama yang diberi.
Dhani gelak.
Usia tiga tahun. Tapi dia cerdik tau!
"Dhani, ibu. Tak yah panggil panjang - panjang". Balas Dhani tenang.
Shah mengusap lembut rambut Dhani.
"Cerdik anak ayah". Pujian Shah membuatkan Dhani tersengih meleret.
"Dhani macuk dulu. Babai". Kaki Shah dipeluk. Kemudian, kaki Trisha juga dipeluk. Perut si ibu diusap sebelum dicium lantas dia berlalu naik ke tingkat atas sambil bernyanyi riang.
Trisha ketawa melihat kerenah anak lelakinya.
Bahagia semedang. Bukan kisah orang nak kata apa kata dia. Dia buat bodoh je orang mengutuk sampai orang naik bosan. Haih, anak.
"Heaven..." Trisha memandang Shah yang menggenggam tangannya.
"Melihat Dhani, teringat dosa lalu kita. Abang menyesal. Sungguh..." Tutur Shah serba salah. Air mata mula mengalir hangat membasahi pipi.
![](https://img.wattpad.com/cover/161226353-288-k642522.jpg)
आप पढ़ रहे हैं
DEEL & DEEN (B4)
किशोर उपन्यासAYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata orang, Aydeel tak ubah seperti ubat pemikat hati! Namun dalam diam terselit rahsia yang tak ingin dia buka pada seorang Aydeen. AYDEEN Hyr...