Deel & Deen 49

3.7K 388 100
                                    

"PERTAMA, awak wajib cintakan saya seorang dan awak diharamkan untuk menggoda atau bermesraan dengan perempuan lain kecuali dengan mahram awak", Tutur Qisha sambil menguntumkan senyuman manis pada Idlan yang kelihatan blur.

"Kedua, saya nak awak percaya apa yang saya cakap".

"Ketiga, saya nak awak ikut saya pergi rumah parents kandung awak. Saya nak awak duduk kat rumah mereka sampai awak ikhlas dan boleh terima mereka. Bila awak boleh terima mereka saya akan setuju jadi isteri awak". Ujar Qisha bersama - sama sengihan.

Idlan merenung seraut wajah cantik Qisha.

"Awak akan ada dengan saya kan? Awak takkan tinggalkan saya sendirian kan?" Soal Idlan penuh berharap. Tangan Qisha digenggamnya seolah - olah dia tak mahu melepaskan tangan itu pergi.

Qisha ketawa.

"Saya ada aje. Awak janganlah takut. Awak kan, Deen saya". Idlan tunduk mahu mencium namun Qisha lekas menekup bibir merah milik Idlan. Qisha melorekkan sengihan comel.

"Haram, sayang. You're not allowed to kiss me before we get married". Pesan Qisha lembut.

Idlan melepaskan tangan Qisha lalu dia menghela nafas resah.

"Kahwin dulu baru saya ikut syarat awak. Tak boleh?" Soal Idlan dengan pandangan penuh berharap.

Qisha menggoyangkan jari telunjuk kanannya ke kiri dan kanan sambil kepalanya menggeleng menandakan Idlan tidak dibenarkan untuk buat begitu.

"Nanti kahwin awal saya takut kita terbabas. Saya kenal Deen saya perangai macam mana. Saya takut form five tak masuk lagi tapi dah pregnant". Mudah saja bicara Qisha membuatkan Idlan mengemam bibir.

"Qisha..." Seru Idlan perlahan sambil menarik lengan gadis itu.

"Hmmm?"

"Kita kahwin dulu. Pwiesh?" Pinta Idlan manja sambil mengerdipkan matanya bersama - sama pakej wajah comel demi memujuk Qisha. Idlan fikir dia sudah mampu memujuk Qisha apabila melihat gadis itu ketawa.

Tapi...

"My answer's still no, my handsome Deen. A big No!" Tegas Qisha membuatkan Idlan tertelan liur sendiri.

Seram!

"Saya nak sambung kerja. Ini nombor telefon saya". Sekeping nota kecil berwarna merah jambu diselit ke dalam poket baju Idlan.

"Bye future husband..." Pamit Qisha lantas dia mengeyitkan mata pada Idlan. Sejurus itu, Qisha berlalu masuk ke dalam kafe semula.

Idlan merengus geram.

Damn! Kenapa dia rasa nak kahwin sangat ni?!

Telefon bimbit Idlan berdering. Idlan lekas sahaja mengeluarkan telefon bimbit lalu ikon berwarna hijau ditekannya.

"Assalamualaikum, kau pergi mana? Lama aku tunggu kau". Rungut Idlan geram.

"Waalaikumusalam. Aku minta maaf, Idlan. Aku dah balik dulu dengan kakak aku. Baju dia basah dan dia menangis teruk sangat. Aku syak ada orang dah kenakan kakak aku". Adu Enrique.

"Balik pula..." Idlan menghela nafas geram.

Sabar, Idlan. Sabar...

"Aku betul - betul minta maaf. Next time, kita keluar balik tau". Tutur Enrique.

"Ya, boleh. Tapi start esok sampai Ahad depan kau tak boleh kacau aku tau. Aku ada hal penting nak diuruskan". Pamit Idlan seraya mematikan panggilan sebelum Enrique sempat bertanya.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now