Deel & Deen 52

3.9K 398 82
                                    

AYDEEN Hyraz.

"Kenapa nama nama saya susah sangat nak sebut?" Soal Idlan pada Qisha sambil memandu kereta menuju ke arah destinasi yang Qisha mahukan.

"Nama abang awak pun susah juga nak sebut. Kadang - kala saya nyaris nak keliru nama awak dan abang awak. Sama tau!" Cerita Qisha ramah.

"Siapa nama abang saya?" Soal Idlan ingin tahu.

"Nama abang awak, Aydeel Hyriz. Orang selalu panggil dia, Deel. Awak pula orang panggil Deen. Adik perempuan awak, Ayeen. Mula - mula kenal keluarga awak kan saya rasa tengok awak dan adik beradik awak semua ada rupa. Tapi, saya tak perlu tanya lagi sebab mama awak tu anak kacukan cina dan rusia. Papa awak pula boleh tahan. Memang tak pelik kalau anak mereka rupa macam ni..."

"Macam mana tu?" Soal Idlan nakal.

"Macam inilah. Handsome..." Pujian Qisha membuatkan Idlan tayang sengihan suka.

Pipi Qisha membahang.

Tiba - tiba rasa malu bila puji Idlan depan - depan. Mesti Idlan fikir dia gatal. Hish!

"Dah sampai". Seusai memarkir kereta di pekarangan rumah yang dituju, Qisha terus keluar dari kereta. Idlan juga sama - sama keluar dari kereta. Polos saja dia mengikuti langkah Qisha.

"Sini, Deen". Lengan Idlan di tarik.

Idlan baru aje berniat mahu menggenggam tangan gebu itu. Namun, niatnya dimatikan apabila dia melihat seorang lelaki sama seperti wajahnya keluar dari rumah.

Meskipun dia sudah berjumpa lelaki itu di kafe untuk kali pertama. Tapi, dia masih lagi rasa terkejut melihat muka lelaki itu sama dengan dirinya. Copy and paste saja.

"Abang Deel, ini Deen". Kata Qisha bersama - sama sengihan conel.

Idlan memandang Qisha dengan pandangan tak puas hati.

Dia salah dengar ke tadi? Gadis itu memanggil lelaki yang menggelarkan diri sebagai abang kembarnya itu abang?!

Tak sempat Idlan mahu membuka mulut tatkala Aydeel menerpa ke arahnya lalu tubuh Idlan dipeluk erat. Idlan terkedu apabila merasakan bahunya sudah basah dengan air mata lelaki itu.

Kenapa dia tiba - tiba rasa sedih?

Idlan hanya diam. Membiarkan lelaki itu melepaskan rindu yang terpendam. Memandangkan dia dah janji dengan Qisha untuk tak membuat perangai jadi dia harus menunaikan janjinya itu.

Dia nak kahwin dengan Qisha.

"Deen..." Seru Aydeel sebak.

Air mata masih lagi jatuh berjuraian walaupun pelukan mereka telah dileraikan. Sungguh, Aydeel rasa gembira kerana dia kembali dekat dengan adik kembarnya. Jiwanya seolah - olah kembali bersatu.

Idlan hanya diam.

Aydeel menekup lembut pipi Idlan lalu dahi Idlan itu diciumnya penuh kasih. Kasihnya Aydeel pada dia membuatkan tanpa sedar air mata jatuh jua.

"Selamat pulang, Deen". Ucap Aydeel lembut.

Idlan memandang Aydeel.

Dia tak faham. Kenapa dia rasa gembira?

Qisha menyimpulkan senyuman apabila dia memandang kembar yang saling bertatapan. Aydeel memang sudah jelas sekali bahawa dia rindu dengan Aydeen. Idlan pula mungkin kelihatan tak mengerti. Namun, Qisha pasti bahawa jauh disudut hati itu Idlan juga rindukan Aydeel.

+++

TRISHA rasa sebal dan tak puas hati. Kenapa lelaki itu sudah amnesia tapi lelaki itu masih enggan rebah di ribanya? Kenapa seorang Aydeen Hyraz itu sukar sangat dijinakan?

DEEL &  DEEN  (B4) Où les histoires vivent. Découvrez maintenant