AWAL pagi Firash sudah tiba di kawasan sekolah hanya kerana mahu menunggu seorang Ayeen. Apatah lagi dengan bantuan Aydeel semalam, alhamdulillah... hubungan dinginnya dengan Ayeen sudah bertambah baik.
“Abang Rash, selamat pagi!” Suara itu membuatkan Firash rasa mahu cepat - cepat berlalu dari situ. Tetapi memikirkan Ayeen, dia hanya keraskan tubuh sehinggalah gadis itu berdiri betul - betul dihadapan matanya.
Sakit mata Firash tatkala melihat rambut karat milik gadis yang berdiri di hadapannya.
“Abang Rashhhhh”.
Firash ketap gigi.
Berbulu rasa telinganya mendengar suara gedik gadis di hadapannya. Mana sifat malu gadis itu sebagai seorang perempuan? Apatah lagi gadis itu tanpa segan silu seringkali menganggunya tatkala ketiadaan Ayeen.
“Abang Ra...”
“Kau nak apa Betty?” Kali ini Firash tak mampu nak menahan sabar lagi. Kesabarannya sudah berkurang ke skala dua.
Ayeen pun tak pernah sesekali buat dia marah ataupun menyampah. Hanya Batrisya sahaja yang sentiasa membuatkan hati dia meluap - luap panas. Sudahlah dia ni bukannya lelaki yang baik. Tak mustahil kalau Batrisya berterusan mencabar kesabarannya dia bakal mengasari gadis itu.
“Apa Abang Rash ni? Asyik - asyik marah Betty”. Rungut Batrisya sambil muncungkan bibir.
Firash gelak sinis.
“Siapa abang kau? Aku tak rasa mak aku pernah lahirkan perempuan rambut berkarat macam kau”. Bidas Firash dalam nada sarkastik.
Batrisya ketap bibir.
Benci betul. Acapkali dia menyapa, Firash tak pernah sekalipun berikan dia kata - kata manis seperti yang sentiasa Ayeen peroleh. Entah apa yang istimewa sangat pada Ayeen dia sendiri tak pasti. Sehinggakan hampir setiap orang yang mengenali gadis itu pasti akan menjadikan gadis itu idola dan juga menyukai gadis itu.
“Apa yang Abang Rash nampak sangat pada Ayeen sampaikan Betty ni abang langsung tak pandang!” Bentak Batrisya marah. Cemburu. Ya, dia sangat - sangat cemburu sekarang ini.
Firash tayang senyuman menyindir.
“Kau nak tahu kenapa? Ayeen tu lemah lembut. Sopan. Paling penting semua aurat dia terjaga. Mencabar dan beruntung kalau dapat batu permata yang masih berkilat dan susah untuk didapati. Semua orang nak. Tapi rugi kalau dah dapat batu permata yang menunggu hari menanti retak dan takkan berkilat lagi”. Sengaja Firash tuturkan makna yang tersirat. Bukannya Batrisya faham apa yang dikatakan. Hanya Ayeen sahaja yang mampu faham andai kata gadis itu mendengar butir bicaranya sekarang ini.
Batrisya terkedip - kedip memandang wajah Firash.
Tak faham makna yang diberikan.
Apa kaitannya dia dengan batu permata? Adakah Firash ingin samakan dia dengan batu permata yang berharga? Ataupun Firash menghargai dia sebenarnya selama ini?
Bibir Batrisya terus mengukir senyuman bahagia.
“Ab...”
“Ayeen!” Bagaikan terlupa Batrisya berdiri di hadapannya, terus sahaja dia mendapatkan Ayeen sebaik sahaja dia melihat gadis itu masuk ke dalam kawasan sekolah.
YOU ARE READING
DEEL & DEEN (B4)
Teen FictionAYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata orang, Aydeel tak ubah seperti ubat pemikat hati! Namun dalam diam terselit rahsia yang tak ingin dia buka pada seorang Aydeen. AYDEEN Hyr...