Deel & Deen - 8

3.9K 313 29
                                    

LANGSUNG hilang seleranya untuk menjamah tatkala melihat tingkah mesra si abang dengan gadis yang entah siapa di tidak kenali. Pegang sini - sana. Ketawa lagi. Duduk rapat - rapat. Tidak pula mamanya bising?!

Aydeen merengus.

Jikalau si abang yang melakukan segalanya, pasti saja nampak baik di mata mama. Tapi apabila dia yang berbuat demikian, jijik benar jadinya!

Melihat Aydeel bangun dan mendekatinya untuk mencapai roti yang berintikan kacang, Aydeen ukir senyum sinis.

Mudah benar semua percaya dengan wajah naif abangnya. Kononnya suci dari segala dosa. Entah ia entah tidak saja abangnya itu jauh beza dengan dirinya.

"Kau kononnya bagus, baik, alim kat mata semua orang. Tapi kau lebih kurang aje macam aku sebenarnya. Munafik kau ni", Sindir Aydeen.

Semerta tubuh Aydeel mengeras tatkala mendengar bait kata si adik.

Mata Aydeel memanah wajah sinis si adik. Mata adiknya jelas menunjukan dendam yang membara padanya.

"Kau cakap apa ni, Deen?" Soal Aydeel hairan. Langsung tak mengerti apa yang di maksudkan Aydeen. Matanya terkerdip - kerdip memandang si adik.

"Kau jangan nak berlakon bodohlah Deel! Depan papa mama, kau lah anak yang paling soleh. Tapi ini apa? Kau tak jauh pun berbeza dengan aku. Kau bawa juga perempuan masuk rumah. Itupun papa dan mama buat tak kisah. Cuba kalau aku?" Aydeen berjeda seketika. Dia ketawa sinis.

Wajah kepura - puraan polos itu buat dia rasa benci!

"Mama pandang aku jijik. Semua pandang aku serong. Sedangkan kau, dia orang semua sanjung - sanjung". Tokok Aydeen lagi.

Aydeel diam sejenak. Akal cuba mentafsir setiap kata - kata si adik.

Hanya sebilangan sahaja dia fahami. Separuh lagi tidak. Lagipula, bila masa dia bawa perempuan yang bukan mahramnya masuk ke dalam rumah? Hanya Ayeen saja....

"Abang, kenapa ni?" Suara Ayeen berjaya mengalihkan perhatian kedua - duanya.

"Wow, sampai berabang - abang kau ya Deel? Baiknya kau..." Sindir Aydeen lagi. Wajah si abang di pandang sinis.

Aydeel terkebil - kebil tatkala di renung adiknya.

Sesaat, matanya meluas.

"Apa yang kau merepek ni Deen? Astaghfirullah... kau dah salah faham ni". Aydeel mengucap perlahan. Wajah di raup bersama senyuman kecil.

"Eh kau jangan nak bajet alim pulak. Buat salah tak mahu mengaku!" Herdik Aydeen geram. Jari telunjuknya di tunding - tunding ke arah Aydeel. Nasib baiklah si abang duduk jauh dari si adik. Jikalau tidak, mahunya terpusing - pusing kepala Aydeel dek di tunjal Aydeen.

"Ya Allah Deen... kau memang salah faham". Pujuk Aydeel lagi.

"Penipu!"

"Apa abang ni tengking - tengking Abang Deel? Tak reti hormat orang ke?" Tempelak Ayeen. Matanya meluas memandang Aydeen. Pipinya sudah memerah menahan amarah. Bibir halus di ketap.

"Eh, kau diam. Aku cakap dengan boyfriend kau. Kau jangan masuk campur". Tukas Aydeen kasar. Kali ini, Ayeen pula yang dimarahi Aydeen.

Aydeel sudah ketawa kecil. Pelipis di picit lalu dia menggeleng.

Terhibur dengan tingkah adiknya.

Ayeen di tuduh sebagai kekasihnya? Untung dia kalau dapat kekasih cantik seperti Ayeen. Tak tidur dah!

"Apa kau merepek ni? Kau kata Ayeen awek aku?" Soal Aydeel sambil tahan senyum. Mahu saja dia gelak kuat - kuat. Tapi bila memikirkan perasaan benci Aydeen akan meningkat, dia terus saja batalkan niatnya itu.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now