Deel & Deen 45

3.9K 365 170
                                    

KETAWA Idlan membuatkan Enrique menjeling geram pada kawan baiknya itu. Disebabkan tumbukkan gadis comel itu telah memberikan kesan lebam pada wajah kacak Enrique.

"Gelak - gelak. Kau tak kena tumbuk tak apa lah! Habis rosak muka handsome aku. Habislah aku kalau awek aku tanya kenapa dengan muka aku". Rungut Enrique sedih.

"Kena tumbuk dengan perempuan pun beria nak merungut. Siapa suruh kau pandai - pandai merepek? Memang kenalah dengan dia". Balas Idlan bersahaja. Telefon bimbitnya kembali dibuka lalu dia kembali bermain game cooking mama.

"Tapi, kenapa dia orang asyik panggil kau... Deen? Bukan sekali tau. Dah dua kali aku dengar. Peliklah aku". Tutur

"Deen? Kalau ikut islam Deen tu bermakna cara kehidupan. Mungkin, dia orang suka dengan cara kehidupan kita kut". Bidas Idlan bersahaja.

Enrique mencebik.

"Positif kau memang tak boleh bawa bincang".

Idlan tersengih.

"Tapi, serius aku kata. Budak perempuan yang tumbuk kau tu comel. Aku tak pernah jumpa dia. Tapi, bila dia cakap dia cintakan aku. Aku rasa happy. Aku sendiri tak tahu kenapa". Cerita Idlan dengan polos.

"Kau bukan happy. Kau terkejut bila stranger kata dia cintakan kau. Logiklah kalau perempuan tu nak buat drama. Kau pun handsome. Cara kau layan orang sekeliling kau charming sangat. Mestilah dia terus cakap kau sebagai Deen dia". Ujar Enrique tak puas hati.

Sah Enrique sudah melancarkan perang dengan gadis comel itu sebaik sahaja gadis comel itu menyakiti wajah kacaknya.

"Aku nampak dia menangis. Aku tak rasa dia menipu".

"Jangan senang sangat kesian pada orang, Idlan. Takut nanti kau yang jadi mangsa dia orang. Zaman sekarang mana boleh baik sangat. Jahat sangat lagilah tak boleh".

"Aku harap mom kau suka dengan pilihan aku".

"Mesti mom aku suka. Oh, ya memandangkan malam ni birthday my mom... Aku nak kau, Aunty Indah dan Uncle Saiful datang ke rumah aku tau. Alang - alang, kalau kakak aku balik bolehlah aku kenalkan dengan kau".

"Kakak kau balik? Bukan kau kata dia balik next week?"

"Aku rasa mesti kakak aku dah balik sekarang sebab kakak aku tak pernah lagi terlepas sambutan birthday mom. Kau datang tau, Idlan". Rengek Enrique manja sambil memeluk lengan Idlan.

Setiap kali orang lalu lalang saja pasti berselisihan dengan mereka.

Lelaki muka jambu menggedik - gedik peluk lengan lelaki matang. Tentu sahaja orang akan 'cop' sebagai gay. Tapi, Idlan bukan jenis yang mendengar kata orang. Jadi, dia hanya menghiraukan kemanjaan Enrique sambil bermain dengan game kegemarannya.

Sewaktu hendak keluar pula tubuh Enrique dirempuh. Mujur saja Idlan pantas memegang kawan baiknya itu. Jika tidak tentu sahaja punggung Enrique sudah mencium lantai mall.

"Kau buta ke?!" Jerkah lelaki itu kasar.

Enrique menayangkan wajah serba salah.

"Ma-maafkan saya, bang". Tutur Enrique lembut.

Lelaki itu mara mahu mencekak leher Enrique namun perbuatannya dihalang apabila Idlan menahan tangan lelaki itu. Lelaki itu memandang bengis ke arah Idlan. Namun, Idlan hanya mengukirkan senyuman manis.

"Kawan saya dah minta maaf, bang. Tak baik bila orang minta maaf. Abang tak maafkan. Lagipun, bukan kawan saya yang salah. Abang sendiri yang rempuh dia. Dia nak jatuh sedangkan abang elok aje berdiri". Ujar Idlan lembut.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now