Deel & Deen - 5

3.9K 317 31
                                    

SELURUH tubuh terasa sengal - sengal. Perlahan dia bangun dari pembaringan. Berteleku di atas katil. Kepala yang terasa sedikit pening di pegang kejap. Dia ada di dalam dormnya kan?

Perlahan mata meliar di keseluruhan ruang.

Dari pintu, tingkap... dan semuanya. Mana barangan rakan - rakannya? Mana katil - katil yang tersusun rapi? Tiada! Ini bukan dorm miliknya!

Menahan api amarah yang memuncak, dia menoleh ke sisinya.

Trisha tidur di sisinya tanpa seurat benang? Dia juga begitu!

"Sial... sial...." Rahangnya keras pantas dia bangun dari katil lalu mencapai pakaiannya yang bertaburan. Mata tajam merenung Trisha yang masih lena.

Sundal.

Pelacur.

Itu sahaja yang terlintas dalam fikirannya. Marah? Sudah menjadi kepastian.

"Bangun lah perempuan jalang!" Hamburnya. Rambut Trisha di tarik kasar sehingga gadis itu menjerit kesakitan.

"De.. Deen.. lepaslah!" Rayu Trisha.

"Kau buat apa kat aku hah sundal? Kau ada letak ubat dalam minuman aku kan semalam? Kau sengaja naikkan darah aku!" Tengking Aydeen. Jelas kelihatan urat pada lehernya menandakan Aydeen benar - benar marah.

"No! You yang ajak I tidur dengan you. I tak buat apa - apa pun!" Bantah Trisha.

"Kau penipu! Aku tak ingat apa - apa pun". Herdik Aydeen. Matanya tajam merenung Trisha.

Mustahil dia akan tidur dengan Trisha secara tiba - tiba. Dia bukannya suka pada sisa - sisa Shah. Menjijikan!

"You sentuh I. You kena bertanggungjawab. You jangan nak buat alasan!" Jerit Trisha. Matanya sudah merah.

Aydeen mengetap gigi.

"Aku bertanggungjawab? Kau tu bukannya suci! Kenapa aku pula yang kena? Kau suruhlah balak kau yang bertanggungjawab. Bukan aku!" Tengking Aydeen.

Butang baju di kancing.

Terus dia memusingkan tubuh berpaling daripada Trisha untuk melangkah keluar dari bilik.

Ada juga keluar berita perempuan mati di belasah nanti.

"Deen... I cintakan you!" Teresak - esak Trisha menangis bila Aydeen sudah memulas tombol pintu. Aydeen hanya endahkan saja tangisan Trisha. Sudah lali dengan lakonan - lakonan perempuan.

Drama Queen.

Saat pintu terkuak, wajah bengis Shah menjamu ruangan mata. Belum sempat Aydeen mahu membela diri, Shah terus - terusan menyerangnya!

"Kau sentuh awek aku!" Jerit Shah. Wajahnya membahang dengan api amarah. Matanya langsung tiada sinar. Hanya ada kebencian.

"Bukan salah akulah. Perempuan sundal tu yang rancang semuanya!" Hambur Aydeen. Membela diri.

"No Shah... dia tipu. Dia rogol I!" Kini Trisha pula menjadi batu api. Buatkan Shah menjerit marah pada Aydeen.

Buk!

Terleleng wajah Aydeen ke kanan tatkala wajahnya menerima tumbukan daripada Shah.

Dia ukir senyum sinis.

Darah yang tersisa pada hujung bibirnya di kesat kasar. Saat mata coklat cairnya bertukar gelap, api dendam mula terpancar.

"Kau memang melampau!" Aydeen regangkan urat lehernya lalu Shah di terkamnya. Berkali - kali Shah di belasah tanpa perasaan ingin berhenti.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now