Deel & Deen 43

3.9K 418 199
                                    

Dua bulan kemudian...

SEMENJAK Aydeel merajuk dan membawa Ayeen tinggal di rumah Ayzeen memuatkan hatti Ayreena tak tenang kerana rumah mereka yang sepatutnya riuh dengan suara anak - anak hanya bertemankan kesepian saja.

"Sayang..." Harraz melabuhkan punggungnya berhadapan si isteri.

"Abang dah balik". Tutur Ayreena seraya menyeka air matanya. Bibirnya mengukirkan senyuman manis lalu Ayreena menunduk mencium tangan suaminya. Harraz mengusap lembut kepala Ayreena.

Dahi Ayreena dicium lembut.

"Maafkan abang sebab abang tak mampu menjadi suami yang sempurna untuk sayang dan juga papa yang baik anak - anak kita. Abang tak pandai nak bagi nasihat pada sayang. Nak didik sayang menjadi isteri yang solehah..." Tutur Harras serba salah.

Sepanjang dua bulan ini hanya mereka berdua aje yang tinggal di rumah ini memandangkan Aydeel dan Ayeen tak mahu pulang walaupun dipujuk Harraz berkali - kali.

"Sayang yang salah. Sayang yang pilih kasih pada Deen. Sayang jahat sebab sayang berikan Deen tekanan mental. Sayang tak pernah pedulikan Deen. T-tapi, sayang tetap sayang Deen..." Tutur Ayreena sambil menangis.

Harraz menggenggam erat tangan Ayreena.

"Jangan menangis. Kita pergi pujuk mereka. Sebelum tu, kita pergi keluar pergi beli hadiah untuk Deel dan Ayeen. Mana tahu mereka berdua boleh maafkan kita?" Soal Harraz lembut.

"Sayang berdosa..." Ayreena menangis dihadapan Harraz.

Dia tak mampu tidur lena semenjak dua bulan ini. Dia rasa menyesal atas apa yang dia dah buat. Aydeel betul - betul sudah keras hati dengan mereka seolah - olah anak mereka itu takkan memaafkan mereka selagi mereka tak membawa Aydeen pulang.

"Sayang...."

"Mana kita nak cari Deen, abang? Sebulan lepas kita cari kita tak jumpa pun dia kat mana - mana. Deen memang dah pergi dari hidup kita ke abang? Deen memang tak sayangkan kita?" Soal Ayreena sayu.

"Abang tak tahu..."

"Sayang rindukan Deen. Walaupun Deen tu nakal tapi sebenarnya dia baik. Deen tak pernah pun buat apa - apa pada sayang bila sayang pukul dia. Disebabkan Deen tak mahu melawan cakap sayang... Sayang jadi makin jahat untuk terus membenci dia. Sayang memang mama yang teruk!"

Tak sempat Harraz mahu menahan Ayreena yang melorot jatuh.

Ayreena menangis teresak - esak.

"Sayang sedar Allah ambil semula anak bongsu kita sebab Allah nak tegur sikap kita berdua. Kita dah ada tiga orang anak tapi perhatian kita lebih pada Deel dan Ayeen. Semua ini sebab sayang marah sangat pada Deen yang berdegil membuat keputusan untuk tinggal di asrama swasta tu..." Ayreena menangis.

Harraz menggosok belakang tubuhnya.

"Abang tahu Deel merajuk dengan kita sebab kita pisahkan Deen dari Deel. Abang juga tahu yang abang silap dalam mendidik singa abang ini menjadi mama yang penyayang. Sayang, seorang mama takkan mudah naik tangan pada anak - anak. Kita kena bersabar dengan mereka. Kita kena ingat yang kita juga pernah remaja. Pernah nakal..." Tutur Harraz lembut.

Ayreena diam.

Harraz mencengkam lembut rahang isterinya.

"Sayang pun pernah buat silap kan? Sayang pernah lari dari sebab sayang salah faham dengan abang. Silap sayang satu aje. Sayang tak suka bertanya dulu sebelum bertindak. Sayang suka melulu sehinggakan sayang menyesal atas apa yang terjadi pada akhirnya. Abang pula silap sebab tak tegas dengan sayang sebab abang takut abang akan kehilangan sayang macam dulu. Abang takut sayang buat perangai degil sayang dan...." Bicara Harraz mati apabila Ayreena memeluk erat tubuh Harraz.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now