“MAMA tak faham apa silap mama dalam mendidik Deen sehingga Deen jadi seteruk ini. Mama suruh Deen pergi ke sekolah untuk belajar dan memperbaiki adab. Bukannya pergi sekolah untuk memalukan Deel!” Suara amukkan mama masih jelas terngiang - ngiang di telinganya meskipun kejadian itu sudah pun berlalu seketika tadi.
Berombak dada Aydeen tatkala kembali terbayang wajah mamanya yang benar - benar marah terhadap dirinya. Seolah - olah mamanya itu menyesali kelahirannya di dunia ini.
Pintu bilik dikuak dari luar.
“Deen...”
Suara itu membuatkan nafas Aydeen kembali laju. Dia menjadi marah terhadap pemilik suara itu. Gara - gara abangnya, dia dimarahi mama.
“Aku benci kau. Kau berambus lah!” Tengking Aydeen.
Aydeel terkaku di hadapan pintu. Tangan kanannya menolak lembut pintu agar tertutup rapat. Tak mahu mamanya mendengar amukkan Aydeen. Biarkan sahaja dia yang mendengar. Cukuplah tadi hatinya terluka melihat Aydeen langsung tiada peluang untuk membela diri.
“Deen, aku minta maaf”. Ucap Aydeel lembut.
Meskipun aduan itu bukan asalnya dari dirinya. Tetapi dia tetap juga mahu bertanggungjawab. Kerana dia jugalah Aydeen jadi begini.
“Aku benci kau lah! Baik kau pergi mati. Aku tak nak pun tengok kau dah!” Tengking Aydeen. Penumbuk di kepalnya lalu dia menapak ke arah cermin. Jelas wajah bengisnya terpantul pada cermin itu.
“Tak baik kau doa macam tu... lagipun, mama tak sengaja marah kau. Jangan ambil hati ya? Mama kan mengandung. Dia tertekan tu”. Pujuk Aydeel.
“Tertekan? Kau bolehlah kata macam tu sebab bukan kau yang kena marah. Bukan kau yang di benci. Aku ni dari dulu asyik jadi watak jahat dan sedangkan kau pula jadi watak baik. Apa yang aku buat semuanya ada cacat cela. Sedangkan kau? Di sanjung, di puji - puji oleh semua. Kau tak nampak lagi ke Deel? Kau tak nampak semua orang bencikan aku? Kau tak nampak mama benci aku?” Soal Aydeen kasar. Namun nada suaranya kedengaran bergetar. Seakan - akan cuba menahan tangis.
Aydeel diam.
Dia hanya membiarkan Aydeen meluahkan rasa. Biarkan adik kembarnya itu bercerita segala yang terbuku agar segala perkara yang terbeban di dada akhirnya menghilang.
“Aku ni menyusahkan semua orang. Aku ni sentiasa bagi malu papa dan mama. Aku tak layak pun jadi abang kepada Ayeen. Aku ni jahat. Kadang - kadang aku terfikir kenapa mama tak bunuh aje aku masa kecil? Senang hidup kan kalau aku tak ada”. Bicara Aydeen itu akhirnya membuatkan Aydeel merenung adik kembarnya.
“Apa yang kau merepek ni? Kenapa kau fikir sampai macam tu sekali? Semua orang sayangkan kau. Mama, papa, Ayeen, aku dan yang paling penting Sang Pencipta”. Tegur Aydeel lembut.
Aydeen tergelak sinis.
Bagaimana Allah mahu sayangkan dia? Dia sudah berzina. Mainkan hati perempuan, lukakan hati mama serta menghina abangnya dengan pelbagai kata yang kesat.
![](https://img.wattpad.com/cover/161226353-288-k642522.jpg)
ESTÁS LEYENDO
DEEL & DEEN (B4)
Novela JuvenilAYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata orang, Aydeel tak ubah seperti ubat pemikat hati! Namun dalam diam terselit rahsia yang tak ingin dia buka pada seorang Aydeen. AYDEEN Hyr...