Deel & Deen 54

4.2K 402 96
                                    

WAJAH yang sama. Namun, jika diperhalusi dua raut wajah itu tentu mereka mampu membezakan kerana seraut wajah Aydeel Hyriz nampak lembut berbanding Idlan yang lebih kelihatan serius.

"Jadi kau berdua ada anak kembar. Apa salahnya kau bagi aje terus Idlan pada kami? Kau simpan sajalah yang seorang ini". Cadangan Indah membuatkan Ayreena mengetap bibir menahan geram.

"Kepala hangguk kau! Kau ingat anak aku tu anak ayam? Senang - senang nak bagi kat kau?" Soal Ayreena garang.

"Sayang. Sabar!" Kalut Harraz menahan Ayreena dari merengau Indah. Kalau dia biarkan isteri dia merengau Indah memang Harraz pasti Idlan akan merajuk dengan mereka.

"Betul juga apa isteri aku kata. Memandangkan anak kau sama saja rupa mereka. Jadi, aku rasa tak ada masalah kalau kami ambil semula Idlan". Tukas Saiful.

Tak sempat Harraz nak menjawab.

Aydeel mencelah.

"Maaf sebab kebiadaban saya mencelah". Sapa Aydeel dengan lembut. Aydeel menarik lembut lengan Idlan supaya berdiri disebelahnya.

"Wajah kami mungkin sama. Tapi, hati kami berbeza". Tutur Aydeel lembut.

Idlan memandang polos seraut wajah abang kembarnya.

"Kami tak ada hak nak membantah kalau kamu sendiri dah kata macam itu memandangkan kamu abang kembar Idlan. Tapi, jangan sesekali nak menghalang aunty untuk memanjakan dan mencurahkan kasih sayang pada Idlan". Buat pertama kalinya Indah menayangkan wajah tegas pada Aydeel dihadapan Idlan membuatkan Idlan menyimpan senyum.

Aydeel ketawa kecil.

"Saya takkan menghalang aunty untuk menyayangi adik saya sebab Deen lebih dari berhak untuk mendapatkan kasih sayang memandangkan dulu dia tak cukup kasih sayang. Saya bersyukur sangat sebab aunty dan uncle yang jumpa dan jaga Idlan dengan baik. Terima kasih", Ucap Aydeel seraya tersenyum ikhlas.

Tak kiralah sama ada Ayreena, Harraz, Indah, Saiful mahupun Idlan. Mereka terkedu dengan bicara telus Aydeel.

Idlan menggenggam tangan Aydeel.

Aydeel menoleh memandang Idlan.

"Terima kasih, abang". Ucapan Idlan mengundang senyuman bahagia Aydeel. Bahu Idlan dipeluknya erat.

"Sama - sama kasih, adik". Balas Aydeel lembut.

"Idlan bahagia?" Soalan Indah membuatkan Idlan memandang seraut wajah mummynya.

"Mummy nak Idlan jawab jujur. Idlan bahagia?" Soal Indah lagi.

"Mungkin jawapan Idlan pelik. Idlan pun rasa diri Idlan pelik sebab Idlan rasa bahagia. Tambahan lagi bila dekat dengan Deel. Idlan rasa kami dah terlalu lama berpisah. Idlan dapat rasa yang Deel rindukan Idlan dan Idlan juga semestinya rindukan dia". Jawapan jujur Idlan mengundang senyuman nipis Indah dan Saiful.

"Kebahagiaan Idlan ialah kebahagiaan kami juga". Balas Saiful tenang.

Idlan terharu.

"Erm... Maafkan saya".

Automatik semua memandang ke arah Qisha yang sedang tersenyum serba salah pada mereka.

"Sekarang, dah malam. Saya rasa tak elok kalau saya terus ada kat sini. Jadi..." Idlan menjauhkan diri dari Aydeel dan keempat ibu bapanya. Lantas, Idlan menarik lembut tangan Qisha.

"Kenapa nak balik? Awak dah janji nak stay dengan saya". Rungut Idlan manja.

"Tapi, sekarang dah malam".

"Tak apa. Kak Qisha boleh tidur kat bilik Ayeen! Ayeen dah lama tak ad kawan sebilik!" Cadang Ayeen dengan teruja.

Qisha mengemam bibir.

DEEL &  DEEN  (B4) Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu