Deel & Deen 56

4.3K 387 55
                                    

IDLAN melangkah keluar dari biliknya apabila dia sudah kembali bertenaga. Idlan bingkas membuka langkah menuju ke arah dapur mencari kelibat mamanya yang tidak kelihatan dari tadi.

"Ma..." Seru Idlan perlahan.

Mamanya kelihatan sedang memasak sesuatu bersama - sama mummynya. Mereka berdua juga sudah mula kelihatan akrab.

Alhamdulillah, bagusnya.

Ayreena menoleh memandang Idlan. Pisau yang dipegangnya diletakkan di atas papan memotong.

Idlan mendekati Ayreena lalu tubuh Ayreena dipeluknya.

Ayreena terkedu.

"Terima kasih sebab masakan makanan untuk Deen tadi. Minta maaf sebab Deen tak boleh habiskan. Lepas ni Deen akan cuba ma-". Bicara Idlan mati tatkala Ayreena membalas pelukan Idlan dengan erat.

Air mata Ayreena mula gugur.

"Mama minta maaf. Mama sepatutnya dengar nasihat mummy Deen. Mama janji mama akan masakan makanan yang lebih sedap. Deen tak perlu makan tom yam tu dah. Mama tak mahu Deen sakit. Deen suka paprik?" Soal Ayreena lembut sebaik sahaja pelukan dileraikan.

Pipi Idlan ditekupnya.

"Tak pernah makan tapi Deen akan sukakan kalau mama yang masak". Balas Idlan lembut.

Air mata Ayreena jatuh lagi.

Idlan menyeka air mata mamanya.

"Jangan menangis ya? Mama akan buat Deen rasa sedih kalau mama menangis. Mama kena senyum selalu. Ceria!" Pesan Idlan bersama - sama sengihan.

Ayreena tersenyum. Dahi Idlan diciumnya penuh kasih.

Idlan tersenyum.

Indah menyeka air matanya.

Cemburu. Tapi, dia juga gembira melihat Idlan bahagia. Kebahagiaan Idlan ialah kebahagiaan dia.

"Deen nak pergi tempat kerja Deel. Nak kacau dia orang. Deen pergi dulu tau".

"Mama suruh papa hantar ya?" Soal Ayreena lembut.

Idlan menggeleng.

"Deen bawa kereta. Idlan pergi dulu mummy. I lebiu both of you. Muah!" Pamit Idlan seraya melangkah pergi meninggalkan Ayreena dan Indah berdua di dapur.

Ayreena hanya memerhatikan Idlan yang sudah menjauh.

"Itu perangai dia. Manja". Kata Indah.

Ayreena tersenyum kecil.

"Aku sepatutnya berikan kasih sayang pada dia. Kalau dulu aku berikan kasih sayang yang cukup mesti dari dulu lagi dia dah manja macam ini..." Tutur Ayreena lirih.

Indah menggosok lembut bahu Ayreena.

"Tak apa. Masa lalu mungkin tak boleh diubah tapi masa yang akan datang mampu berubah asalkan kau cuba memulihkan keadaan. Mari kita masak sama - sama. Jangan sedih dah". Pujuk Indah lembut.

Ayreena menyeka air matanya.

"Okey, mari kita masak sama - sama". Balas Ayreena seraya mengukirkan senyuman nipis.

Bak kata Idlan semuanya akan menjadi pulih sekiranya mereka sentiasa menjadi positif. Lagipun, Idlan sudah kembali pada pangkuannya dan anaknya itu kembali dalam keadaan yang sihat dan lebih bahagia berbanding dulu.

Jadi, dia sepatut bersyukur serta berterima kasih pada Ilahi kerana Indah dan Saiful menjaga Idlan dengan baik bukannya memusuhi pasangan itu.

Aduhai, kenapalah otak kau lambat berfungsi, Reen? Kesian Deen terpaksa menghadap perangai tak matang selama ni.

DEEL &  DEEN  (B4) Onde histórias criam vida. Descubra agora