Deen & Qisha - 1❤️

7.2K 445 83
                                    

KERENAH PREGGY MUMMY

PENINGLAH seorang Aydeen Hyraz apabila dia terpaksa berulang - alik ke rumah mama dan mummy setiap bulan. Sudah lagaknya persis dia berkahwin dua. Walhal, dia mempunyai dua ibu.

Memandangkan dia berniat untuk menyambung perniagaan daddy, jadi dia terus menyambung tingkatan enam di sekolahnya. Untungnya, dia satu sekolah dengan isterinya yang gebu itu.

Lagi tiga bulan Qisha bakal menduduki SPM. Aydeen pula terpaksa berpuasa dari 'nakal - nakal' dengan Qisha sehingga habis SPM. Masalahnya, terseksa sungguh jiwa lelakinya. Meskipun memeluk mana cukup untuk menghilangkan perasaan gian. Hik...

Kepala Aydeen tiba - tiba saja ditunjal.

Aydeen mengangkat wajah memandang abang iparnya yang sudah memeluk tubuh. Aydeel tidak ada dengan mereka kerana Aydeel menyambung tingkatan enam di sekolah berlainan untuk mengambil jurusan medic. Abang kembarnya itu pandai. Aydeen pasti cita - cita Aydeel untuk menjadi seorang doktor akan tercapai.

"Lembab". Kutukan Zafir membuatkan Aydeen mula menarik muka.

Tak guna betul.

"Kau nak apa?" Soal Aydeen bengang.

"Kau tak mahu rehat ke? Qisha ajak kita rehat". Bicara Zafir membuatkan mata Aydeen mula bersinar.

Qisha?!

"Nak!" Laju saja Aydeen bangun lantas dia membuka langkah keluar dari kelasnya. Meninggalkan Zafir sendirian.

Rindunya bukan kepalang.

Di sekolah, Qisha suruh dia merahsiakan hubungan mereka berdua kerana Qisha malu jika orang tahu mereka kahwin awal. Masalahnya, dia lagi suka orang tahu. Cepatlah sikit dia nak mengandungkan Qisha.

Apa? Ingat senang ke nak tahan perasaan ini? Susah tau!

"Qishaaa!" Aydeen tersengih teruja melihat Qisha yang sedang duduk bersendirian di pondok taman bunga yang agak jauh dari kantin. Kelibat Lily, kawan baik Qisha juga tak kelihatan. Tanpa membuang masa Aydeen terus sahaja mendekati Qisha lalu dia melabuhkan punggung bersebelahan isterinya. Rapat!

"Abang, duduk jauh - jauh sikit. Nanti Lily pelik tengok kita". Tegur Qisha.

Aydeen tersengih - sengih.

"Abang tak nak duduk jauh. Nanti rindu dengan sayang abang yang cantik ni". Bidas Aydeen selamba sambil menarik lembut pipi gebu Qisha.

Qisha mencebik.

"Gedik". Kutuk Qisha bersahaja.

Aydeen mengukir sengihan senget. Gedik eh?

Buku rujukan sejarah yang dipegang Qisha dirampas lalu Aydeen melindungi wajahnya dan Qisha yang sudah berdekatan.

Bibir merah delima itu diciumnya.

Mata Qisha membulat melihat kelakuan nakal Aydeen.

Terus tubuh suaminya dijauhkan. Nafas tercungap - cungap. Dada berombak. Malahan, pipinya juga memerah.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now