AYDEEL duduk bersila memerhatikan Aydeen yang sudah lena dibuai mimpi. Awal pula adik kembarnya tidur hari ini. Bulan dan bintang yang menghiasi dada langit direnungnya lama.
Siapa yang akan ikhlas menjaga Aydeen kalau dia tiada kelak?
Pintu dikuak dari luar mengalihkan perhatian Aydeel. Berkerut halus dahinya tatkala melihat pak ngahnya melangkah masuk bersama baju casual. Kenapa pak ngahnya datang ke sini?
“Deen tidur dah ke?” Soal Ayreel tenang.
Aydeel mengangguk.
Dia memerhati Ayreel menapak duduk di birai katil Aydeen.
“Pak ngah datang sini buat apa? Ada apa - apa hal?” Soal Aydeel prihatin. Manalah tahu pak ngahnya salah masuk bilik.
Ayreel tersenyum nipis.
“Pak ngah datang nak check Deen. Mama kamu menangis suruh pak ngah datang. Jadi pak ngah datang la...”
Aydeel diam.
Dia faham apa yang pak ngahnya cuba sampaikan.
Sejurus itu Aydeel cuba menahan pak ngahnya tatkala pak ngahnya ingin memusingkan tubuh Aydeen yang berbaring mengiring.
Bahaya. Adiknya itu mudah terjaga.
Namun...
Sentuhan tangan hangat Ayreel membuatkan Aydeen tersentak. Drastik dia bangun dari pembaringan. Muka dingin dan terkejut di tayang.
“Kau siapa!?” Soal Aydeen kasar.
“Deen, bawa bertenang”. Pujuk Ayreel lembut. Dia mahu menyentuh bahu Aydeen namun laju sahaja remaja lelaki itu menampar tangannya.
“Kau siapa? Deel, siapa mamat ni? Masuk - masuk main sentuh aku pula. Kau gay ke apa?” Soal Aydeen kasar.
Aydeel ketap bibir.
Serba salah dia melihat pak ngahnya. Namun begitu pak ngahnya masih tenang dan tersenyum saja. Mungkin pak ngahnya sudah faham dengan sikap Aydeen sama seperti pak longnya.
Alhamdulillah, lega rasa hatinya.
“Mari tangan tu”, Ujar Ayreel lagi.
Aydeen menggeleng.
Dia mengesot sedikit menjauhi Ayreel. Sumpah tak selesa apabila lelaki sama sepertinya duduk satu katil dengannya. Apatah lagi selama ini seumur hidupnya dia hanya pernah tidur sekatil bersama insan yang bergelar perempuan!“Deen, itu pak ngah kita. Ayreel Iskandar. Abang kedua mama”.
Tubuh Aydeen mengeras.
“Apa kau kata tadi Deel?” Soal Aydeen semula. Dia salah dengar? Ataupun memang Aydeel kata begitu?
“Lelaki ni pak ngah kita. Abang kedua mama. Namanya Ayreel Iskandar. Takkan kau dah lupa? Masa kecil - kecil dulu kita selalu tapau pak ngah dan pak cik”. Terang Aydeel.
Aydeen terdiam.
Lama dia merenung wajah Ayreel yang sudah sedikit berusia.
“Ayreel Iskandar. Pak ngah, kamu”. Mesra Ayreel hulurkan tangan pada Aydeen. Dia tayang sengihan manis.
YOU ARE READING
DEEL & DEEN (B4)
Teen FictionAYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata orang, Aydeel tak ubah seperti ubat pemikat hati! Namun dalam diam terselit rahsia yang tak ingin dia buka pada seorang Aydeen. AYDEEN Hyr...