Bab 8

10K 58 1
                                    

Tipu lah kalau ku kata aku tidak ada sedikit pun menaruh perasaan kat Encik Razak. Hampir 10 bulan sudah kami saling berbalas- balas text yang kadangnya berlarutan sampai pagi.

Aku perhatikan Encik Razak ni dia jenis baik, sopan, tidak tamak pengetahuan atau pengelaman, tidak sombong dan sedikit innocent .

Namun, aku mempunyai perancangan awal, dan sekiranya lah Razak mahu memperistrikan aku, aku tidak dapat menumpukan sepenuh tumpuanku, masa ku dan tenaga ku kepada dia. Kenapa? Kerana aku sebelum kejadian ini, aku sudah memohon untuk melanjutkan pelajaran ku ke luar negara.

Hati ku saban hari berbolak balik,setiap saja ada text masuk datang dari Razak, hati ku melompat gembira. Aku percaya Razak mempunyai perasaan yang sama dengan aku, cumanya malu untuk meluahkannya. Tetapi aku, mempunyai komitmen yang lain dan aku haruslah mengetepikan perasaan ini.

Ping

" Nora, dah 2 hari saya tak nampak kereta Nora. Nora pergi mana? Nora okay ke tak? " -  Razak, 5 pm.

Hati ku berbunga-bunga, sambil ku berkata pada diri ku, 'risau jugak orang tua ni kat aku ye, hehe'

" Oh hello, maaf Nora lupa bagitau, Nora kat Bandar now ambil leave for 2 weeks ada benda nak uruskan ",  - 5.15 pm

" oh okay ", - Razak, 5.18 pm

He sounded so cold, marah kot merajuk. Lol

Selang 2 hari selepas itu baru Razak text aku. Mungkin betul dia merajuk, aku melayan dia sepertinya dia tidak penting dalam hidup ku.

Ping

" Assalamualaikum Nora, saya kat Bandar ni. Awak sibuk ke? Kalau tak awak nak teman saya pergi jalan jalan tak? " - 10 am.

Ya Allah! Terus aku melompat keriangan aku menatap text dari Encik Razak. Encik Razak mengajak aku keluar ! Getus hati ku ' Nora relax Nora. Balas dengan tenang'

" Waalaikumsalam, oh iye ke? Kenapa tak bagitau awal? Nora okay je ni, today free. " - balas ku.

Ping

" Nora nak saya ambil Nora kat rumah pukul 12? " - Razak 10.20 am

" Tak pe la. Kita jumpa kat Seraiya Mall dan dari sana kita pergi satu kereta je. Okay ke tak Encik Razak? " - balas ku.

Ping

" Ok, jumpa kat sana dan hati-hati drive ye " - Razak 10.32.

Terus aku berjalan riang menuju almari baju ku, bersiulan memilih-milih baju yang tergantung dalam almari.

Selesai mandi, aku pun mengenakan baju berwarna salmon pink dengan sepasang jeans. Tudung bawal berbunga-bunga ku padankan dengan baju ku. Makeup yang sedikit natural, calitkan lipstick berwarna nude dan memakai minyak harum As Fresh As Spring .

Usai bersiap aku turun kebawah, dan kedua orang tua ku terkejut melihat aku yang happy seakan tidak ingat dunia.

" Eh cantik Nora hari ni ", sapa ayah ku.

" Haa, nak keluar jumpa kawan sekejap ", habis ku bersalaman dengan kedua ibu bapa ku.

Masuk ke dalam kereta, aku sempat melihat diri ku yang tak kurangnya cantiknya kat rear mirror. Aku terus memandu menuju ke Seraiya Mall.

Disebabkan aku sampai 30 minit awal, aku pun masuk ke dalam satu kafe ni, aku pesan ice lemon tea.

" Wak, saya kat Bistro cafe ni, sampai awal no rush " - sent, 11.32

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now