Bab 13

8.5K 50 1
                                    

Esok adalah hari mana aku akan keluar jalan-jalan dengan abang Razak. Dan tanpa aku sedari, aku prep diriku dari atas ke bawah seperti wax bahagian-bahagian tertentu badan ku, aku membuat manicure dan pedicure sendiri dan segalanya.

" Assalamualaikum Nora, esok nak abang ambil Nora tak? " - Abang Razak ❤ 10 pm

" Boleh juga, tapi boleh abang ambil Nora kat kawasan letak kereta bangunan Sekolah Menengah Dayang Senandung" - sent 10.10 pm

Ke esokan harinya pun telah sampai, aku datang 15 minit lebih awal daripada jam janji temu kami. Aku pun menunggu dalam kereta sambil melihat diri ku dalam cermi memastikan diri ku rapi dan kemas. Berberapa minit kemudian aku melihat ada sebua kereta pacuant empat roda yang berjenama hilux datang menghampiri kereta ku dan berhenti sebelah kereta ku.

Jendela kereta itu di turunkan, dan terpampang aku ternampak muka lelaki kesayang ku yang memanggil aku

" Assalamualaikum! cik adik, ada order grab ke? Kalau ye jom la naik", teriak Abang Razak

" Waalaikumsalam, takde order grab, tengah tunggu boyfriend , saya tak berani la nak naik grab yang saya tak order", - sambil aku mematikan enjin dan keluar dari kereta.

Aku masuk ke dalam kereta Abang Razak dengan rasa gementar dan hati berbunga- bunga.

" Abang sihat? " - kata ku untuk memecah kan keheningan dalam kereta.

" Haah, Alhamdulilah, Nora yang sibuk sangat, sihat? ", - Abang Razak balas.

" Okay je, kursus, so sibuk la, sorry, kalau text abang, Nora tak terbalas yee ", - aku balas dengan membuat mata kasihan.

" Eh tak apa la, abang faham" - Abang Razak mematikan convo kami di situ

Aku merasakan ada kelainan hari ini, selalunya Abang Razak jarang sekali nak plan our dates awal, namun kali ni ,aku mempunyai perasaan yang gusar dan tidak tentu rasa namun aku cuba untuk tidak melayan perasaan itu.

Aku bertanya lagi, " Abang, saja nak tahu, kenapa abang plan everything selalu kita kalau nak keluar we just go, spontan?

Aku mencapai tangan abang Razak dan memegangnya, dan kali ini dia tidak mengelak.

Malah dia bawa tangan ku dan menciumnya sambil berkata, " Harum sangat sayang hari ni, apa perfume sayang pakai eh? Abang nak beli, kalau abang rindu teramat sangat abang bolehlah spray. And jugak abang ada nak cakap something dengan Nora, tu laa kena plan everything awal".

Sudah dia cakap nak cakap something yang membuat aku berdebar2.

Kami sampai di bistro semasa mula- mula kami date , kali ni Abang Razak, booking private room, untuk kami berdua yang membuatkan aku lebih pelik.

Kami pun duduk, membelek2 menu. Abang Razak pun terus bercakap

" Nora pesan apa je ye, Abang belanja. " Aku yang masih pelik dengan kelakuan abang Razak yang telampau ni cuba membuat hati ku tenang.

Kami pun memanggil pelayan dan aku memesan lamb shoulder with mash potato, carrot cake dan apple juice. Sementara itu abang Razak mengorder Wagyu Steak butter seared dan orange juice. Kami berbual dan bergurau senda sepertinya selalu. Kali ni abang Razak mencadangkan kami untuk be selfie ( satu kelakuannya yang amat membingungkan kerana jarang sekali di mahu be selfie ). Tapi aku layan jugak permintaannya.

Berberapa minit kemudian, datang lah makanan pesanan kami. Aku dengan cerianya sambil tersenyum melihat makanan sudah sampai, namun aku ternampak riak muka abang Razak tanpa dia sadari sunggul dan tidak gembira. Tapi aku cuba untuk tidak mengendahkannya.

Ketika di pertengahan kami sedang menikmati makanan, abang Razak pun bercakap.

" Nora, abang ada hal penting nak cakap ni, walau apa pun terjadi abang harap Nora boleh terima dengan hati yang tenang ", ketika ini aku merasa gusar dan takut akan apa yang abang Razak cakapkan. Aku meletakkan garpu dan pisau ku.

Abang Razak menyambung, " Hari tu Nora nampak abang keluar dari butik menjual barangan pengantin kan? Sebenarnya abang bukan saja menemani Mizi, tapi abang juga membeli barangan untuk hari pertunangan Abang dengan Saadah".

Aku cuba untuk mengulangi perkataan yang telah dicakapkan oleh Razak, memastikan adakah apa yang aku dengar betul, " Pertunangan abang dengan Saadah? Saadah anak Mak Cik Salbiah ?".

" Haa, anak Mak Cik Salbiah, sebenarnya sudah lama sebelum Nora pindah kat sini abang dah nak ditunangkan dengan Saadah, cumanya Saadah menolak kerena dia sudah mempunyai teman, namun abang tak tahu kenapa dia berubah hati dan bersetuju untuk dijodohkan dengan abang. Nora abang sangat- sangat nak minta maaf dengan Nora, abang cuba memberitahu semua orang yang abang dah ada teman istimewa tapi tidak ada yang percaya. Disebabkan itu lah abang plan semua ini, agar kita boleh berpisah sebaik mungkin."

Ketika ini, aku rasa nak menangis cumanya aku tahan, hati ku terasa remuk dan luluh. Namun aku tahu dan cuba menenangkan diri ku, memikirkan perkara yang positif serta kenangan yang baik- baik dengan Razak.

" Abang rasa Nora belum sedia nak settle down, Nora pun kata nak sambung belajar. Jadinya abang rasa ini adalah jalan terbaik bagi kita berdua ", kata abang Razak lagi.

Aku menarik nafas dan menghembuskannya, aku cuba menahan diri ku daripada menangis dan bertindak di luar rasional. Aku memegang tangan lelaki yang ku hormati, " Abang... takpe, mungkin jodoh kita tak berpanjangan, dan Saadah tu pasangan yang lebih baik bagi abang, Nora terima dengan terbuka hati dan ikhlas sentiasa mendoakan akan kebahagiaan abang. Walaupun sukar Nora untuk melepaskan abang, tapi kalau dah takdir tak jugak kita dapat buat apa-apa dan ini bukan salah abang."

Luaran sepertinya aku kelihatan happy dan tenang namun dalamannya aku merasakan sepertinya hati ku berkecai. Aku mengalihkan pandangan ku kepada abang Razak, mukanya ternampak sunggul dan tidak bermaya, dari situ aku boleh melihat dia sangat sayang kepada ku.

Aku mengusap tanganya sambil berkata, " Abang... jangan lah bersedih, hehe. Nora nak berterima kasih tau, kerana abang telah izinkan Nora untuk mencintai abang. Seperti Nora cakap, Nora tak menyesal, sedangkan Nora amat bersyukur mencintai abang dan dicintai abang."

Ternampak sedikit, kegembiraan di wajah abang Razak walaupun dia terpaksa. Dia membalas, " apasaja Nora nak buat hari ni abang tunaikan".

" Betul ni? " , aku memastikan.

" Betul....", dia membalas

Selesai kami habis makan, abang Razak membayar semua bill pesanan kami, sambil kami keluar dari bistro tu, abang Razak menghulur kan tangannya menandakan aku boleh pegang tangannya sehingga date ini berakhir. Jam menunjukkan sudah pukul 3 petang, abang Razak pergi mengerjakan solat zohor d surau yang ada di Mall itu. Dan aku menunggu, membuat sedikit window shopping.

Aku terhenti di depan satu kedai barang kemas, dan aku memerhatikan cincin yang kena display, lalu sepertinya ada orang berbisik ditelinga ku, " Nora sayang, mari kita kahwin je. Nanti kalau keluarga abang dan keluarga Saadah tanya abang akan jawab." Aku menoleh kerana sedikit terkejut, dan muka kami sangatlah hampir yang kami sedikit lagi tercium.

Aku memukul manja abang Razak, " Ehhh! Abang ni kan! Terkejut Nora tau. Mungkin abang boleh belikan Saadah ni, cantik cincin tu."

" Saadah je Saadah.. kalau tak Nora je yang kahwin dengan Saadah", Abang Razak terus pergi cepat meninggalkan aku tanda merajuk lah tu.

Kami berdua pergi ke tempat letak kereta, dan dari tadi aku tidak melepaskan tangan ku dari memegang tangan Abang Razak.

Abang Razak bertanya sambil menghidupkan enjin kereta, " Nora nak pergi mana lagi? Abang nak spend time dengan Nora ni hari ni ".

" Hmmm..", aku balas dan lalu aku memberikan hand gesture, untuk dia merapatkan mukanya, lalu aku berbisik. Ternampak di muka Abang Razak yang dia amat terkejut dengan request sebegitu, sebabnya dia tahu dia serba salah nak menunaikan permintaan itu.

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now