Bab 22

5.6K 41 1
                                    

Genap satu minggu aku sudah menjadi tunangan Mr. Razak, namun aku belum terbuka hati untuk menjawab pertanyaannya kerana  perasaan ku masih tawar terhadap Razak dan fikiran ku masih bercelaru.

Mama ku sudah balik bertanyakan bilakah aku mau mengadakan acara perkahwinan itu kerana pihak lelaki nak sangat acara perkahwinan diadakan dengan secepat mungkin. Setiap kali mama ku menghubungi ku , aku selalu berkata dalam hati ku dan bersangka buruk terhadap Razak.

I knew it, this is his trick ni nak mempercepatkan perkahwinan ini.

Tengahari tu ada satu text masuk dari seseorang yang memang telah ku sangka akan menghubungi ku, Mr. Razak.

Ding ding ding

" Assalamualaikum Nora, abang ni. Abang text Nora ni nak tnya kalau Nora dah ready nak berbincang dengan abang? Abang tahu, Nora betul-betul taknak ada apa-apa dengan abang dan Nora dah pun tawar hati dengan abang. Tapi abang merayu kat Nora, apa apa kita selesai kan lah dengan baik Nora. Apa pun keputusan Nora, abang hormat dan InsyaAllah terima dengan seadanya" - +60111234567, 11.42 am.

" Waalaikumsalam, okay bagi saya masa lagi berberapa hari, mungkin kita boleh jumpa hari Ahad depan? ", - sent 12.05 pm

" Oh betul ke ni Nora?! 😀 nak abang pickup Nora tak? ", +60111234567, 12.10 pm.

" Tak perlu", sent 12.30 pm

" Tempat biasa ye sayang? Betul ni, Nora taknak abang ambil Nora?", +60111234567, 12.35 pm.

" okay, nope ", sent , 1 pm

Sepanjang minggu tu aku mengerjakan solat sunat meminta petunjuk dari Tuhan Yang Maha Esa, dan sebenarnya aku tidak dapat apa- apa petunjuk atau tanda sama ada aku patut membatalkan pertunangan/ perkahwinan ini atau meneruskannya saja. Aku merasakan ada ketenangan dan keterangan hati ku ketika ku membuat keputusan itu.

Malam sebelum pertemuan kami, Razak ada menghantar text kepada ku

Ding Ding Ding

" Assalamualaikum Nora, abang just nak bagitau Nora yang abang tak sabar nak go on a date dengan Nora dan abang dah book pukul 1 petang ", +60111234567, 7.35 pm.

Sebenarnya aku memang taknak balas, tapi aku tetap jugak balas dengan tak endah nya, " Waalaikumsalam, okay terima kasih. Nora drive sendiri and jumpa esok, InsyaAllah ".

Keesokkan harinya pun datang, aku memandu sendiri dengan laju ke Seraya Mall sebabnya aku sudah terlambat.

Aku pun cepat-cepat mencari parking dan memang tuah ku dapat parking berdepanan dengan entrance mall itu terutama sekali on a Sunday.

Cepat-cepat aku mengorak langkah, naik lif dan semasa aku di dalam lif ada seseorang memberitahu ku untuk menunggu kerena dia ingin ikut sama dalam lif. " Hold the lif! ", dan tak ku sangka- sangka orang itu adalah Daniel.

" Eh !", kami berdua terpana dan tersenyum lebar.

" Didn't expect gonna see you here again", aku berkata pada Daniel.

" Haa likewise lah Nora! Anyway what are doing here? And yet you look stunning, nak gi dating ke?", balas Daniel.

" Well you can say that, I'm an engaged woman now ", balas ku kepada Daniel sambil menunjukkan tangan ku yang di hiasi cincin pertunangan.

Daniel dengan muka yang berseri, " Wahh!! Congratulations la Puan Nora".

Ting! Lif berhenti di lantai Ground

" My floor Daniel, see you around ", aku keluar dari lif menuju bistro yang aku dan Razak selalu kunjungi.

Aku nampak sosok tubuhnya yang telah menunggu ku di dalam private room yang telah Razak booking, aku tahu aku lambat 15 minit dan aku jarang sekali lambat.

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now