Bab 24

5.8K 55 4
                                    

Aku menarik dan menghembuskan  nafas seketika sebelum aku menyambung kata-kata, " Tapi seperti yang Nora cakap, kalau awak rasa Nora tak sepertinya bersedia untuk menempuh hidup bersama awak, Nora terima apa saja keputusan awak daripada kita berdua mempunyai harapan sebesar gunung terhadap satu sama lain dan akhirnya kecewa, lebih baik kita buat keputusan yang terbaik bagi both of us. Sekarang semua keputusan terletak di tangan awak".

Selesai kami membersihkan segala pinggan mangkuk, Razak pun meminta izin dari atok dan nenek untuk balik. Aku yang masih di dapur, mengemas, didatangi oleh nenek ku, dia memanggil aku untuk duduk di meja makan, " Nak, sini nak, nenek nak cakap dengan Nora".

Aku pun bejalan menuju meja makan dan aku ada sikit gambaran akan perkara yang nenek ku cakapkan.

" Nora, nenek nak cakap sedikit kat Nora boleh? ",  nenek ku berkata sambil memegang tangan ku.

Aku membalas, " haah, boleh je nek ".

" Hidup ni Nora kita kena, faham dan cuba bertolak ansur. Manusia tidak terlepas dari buat kesalahan nak, dan apa-apa hal bawa berbincang ya nak", nenek ku memberikan aku nasihat kepada sepertinya aku tahu apa yang dimaksudkannya.

Jam menunjukan pukul 9.30 malam dan aku pun baru sampai dirumah ku, lalu aku sambil aku merebah kan badan ku di atas sofa aku menerima satu text pesanan.

Ding ding ding

" Abang nampak Nora dah balik, abang nak bagitahu ni, walau apa pun terjadi abang tidak akan melepaskan Nora buat kali yang ke dua, dan abang cuba sedaya upaya membuktikan cinta abang terhadap Nora dengan menjaga dan mengembirakan Nora, sehingga akhir hayat abang. Walaupun Nora belum lagi warm up kat abang, takpe abang takkan berputus asa " - Razak, 9.32 pm

**************************************

Genap satu bulan dari hari pertunangan ku, dan hari yang di tunggu-tunggu pun datang. Hari ini aku akan dihalalkan oleh lelaki pertama yang ku berikan mahkota kesucian ku.

Pernikahan kami diadakan kecil-kecilan sahaja di masjid dekat kampung kami, tapi sebelum aku di iring keluar dari bilik persalinan, aku didandani oleh makeup artist yang agak terkenal dan aku menyarungi baju serba putih, direka oleh pereka fesyen terkenal tanah air.

Tok kadi masuk ke bilik persalinan selesai ku bersiap, diiring oleh wali ku iaitu bapa ku dan menyerah kan berberapa dokumen yang perlu ku tandatangani sebelum bermulanya akad.

Sepupu ku Aliya, yang sangat gembira ku jadikan pengiring ku, mengambil bunga gubahan hydrangeas biru, dan tulips putih yang simple.

Lalu ayah ku pun memulakan lafaz akad nikah, " Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Nora Karmila binti Hj Aziz dengan mas kahwinnya bernilai RM 150 tunai dan seperangkat barang solat!"

“Aku terima nikahnya Nora Karmila binti Hj Aziz dengan mas kahwinnya berjumlah RM 150 ringgit tunai dan seperangkat alat solat!", balas Razak dengan tegas.

Wali dan saksi saksi pun berkata

Sah! sah! sah!

Dengan sekali lafaz, aku telah dengan halal bergelar isteri kepada Razak Bin Ismail. Sepatutnya pengantin perempuan mengalirkan airmata namun aku duduk di tempat duduk di temani mama ku dan kaka ipar ku.

Doa pun di bacakan oleh imam dan sejurus itu ada dokumen yang perlu aku dan Razak tandatangani.

Part selepas ni buat lu berdebar, sesi penyerahan mas kahwin dan tentu sekali bersalaman dengan suami ku.

Sedang Razak menyerahkan dulang mas kahwin kepada ku, ada lah makcik makcik ku yang menyuruh kami agar rapat lagi, " rapat lah lagi, kamu tu kan suami isteri! ", aku yang merasa cuak dengan ikut.

Lalu, Razak menghulurkan tangannya seperti yang di arahkan fanatics kami, kalau ikutkan sebenarnya aku merasakan tidak selesa dan malu untuk bersalaman dengan Razak. Tanpa segan silu, Razak terus mencium dahi ku sambil berbisik, " terima kasih sayang, kerana mahu jadi isteri abang ".

Aku terasa kedu dan terkejut bercampur sedikit segan, dengan cepatnya aku melepaskan tangannya dan menjauhkan kepala ku dari Razak sambil getus ku dalam hati.

Ada banyak berani orang tua ni cium dahi ku, dah halal naik berani dia. Dah memang lelaki.

Selesai acara,  habis mengemas barang-barang hantaran. Razak menghampiri aku dan bertanya , " ikut abang balik? ", aku cepat-cepat balas, " oh takpe sebenarnya adik bawa kereta Nora, Nora nak ambik barang kat rumah dulu okay tak?"

Sebenarnya aku nampak kerut dahi Razak dan riak mukanya yang seolah-seolah dia keberatan menyuruh ku untuk pergi berasingan.

Jiran Ku Terlajak Bujang [ Complete ]Where stories live. Discover now